Friday, May 3, 2013

Ikan Yang Hilang




ada sekali hr tu, aku defrostkan ikan kat atas table top.
biar la kejap & semua dok lepak kat atas.
ada la budak2 & mr abah turun kejap makan minum what not.
aku biasa la, kalau dah dok kat bilik atas bergelumang dengan baju bajan,
mmg makan jam la br turun bawah balik.



tup tup bila aku turun, tengok2 ikan yg aku defrost tu hilang.
dengan bekas plastik tu dok terbiar atas table top.
aku jumpa plak sekor ikan tu kat tepi tong sampah.
mula la aku nih...
dalam hati dah start dah membebel "abg nih x de keja kot buang2 ikan" hihi...
(apa ke halnya plak tetiba mr abah nak buang ikan kan?).



bila aku tanya mr abah dia kata dia x buang pon.
mungkin kucing, dia kata.
aku ni x de terlintas pun kucing akan curik ikan aku.
mula la seram sejuk padahal kejadian berlaku siang2 buta.
(tu la tengok lagi cerita 1 malam kubur berasap haha...).


tiba2 minggu lepas mmg aku nampak ada sekor kucing dok naik kat tingkap dapur.
wahhhh...mmg angkara kucing rupanya.
tp waktu tu aku ada kat ruang tamu & sempat menjerit kat kucing tu.
maka, x de lah apa2 yang dicuri.







ini lah keadaan tingkap dapur rumah aku.
pengajarannya : x boleh bukak tingkap besar2 huhu...
boleh la nak bukak sikit ala ala angin sepoi2 boleh masuk.
kalau rasa2 kucing boleh muat, mmg saje la carik nahas nak hilang ikan lagi.
kecuali aku ada kat dapur.


& kucing tu sebenarnya bertuan sbb ada neck clip kat leher dia.
mr abah plak kata "ohh, kucing tu abg ada bg makan hr tu"


patut laaaaaaaaaa...huhu


1 comment:

Amz said...

Salam perkenalan
Masalah kucing ni, sama macam kat rumah saya. Pantang bukak tingkap je nak menceroboh. Saya letak jaring kat tingkap dapur saya, beli kat kedai hardware murah je.