Friday, June 28, 2013

Zoo Mini




masa g kuantan hari tu,
sempat bawak budak2 pegi sini...







(sempat g mini zoo je la kenn?
nak g mandi kat TC, macam kesuntukan masa huhu...)


layan gambar je la ek...
(macam banyak sangat ko amik gambar pon hihi...)







x besar sangat pun tempat ni.
(dah kata mini...)
tp nampak budak2 happy, kira ok la drp x de ke mana2.


"eh, ada lembu lah" - kata2 iz.ryn bila nampak kuda.

"besarnya itik tuuu" - kata2 iz.ryn bila nampak ostrich.


wahahaha...kesiannya anak aku!


nota :
eh, aku try g makan kat gerai po.k su & mo.k su kat ta.njung lu.mpur.
ikan celup tepung dia mmg sedap.
budak2 suka sotong ball.
udang pun ok.
kopok lekor dia biasa2 je, x brp nak sedap pada aku.
otak2 pun biasa2 je.

yg aku x dapat rasa ialah sata huhu...
ada my fren cakap x brp nak sedap sangat satanya.
tp kalau dah skali letak habis, letak lagi abis camno?
tu yg buat nak rasa tu hihi...

x pe, dah tau tempat dia katne,
len kali boleh serbu lagi.

Thursday, June 27, 2013

Ma.gic Me.als



hari tu mr abah bawak balik ini...




walaupun aku jarang (ke x penah?!) beli instant2 camni,
tp kalau dapat free, i olss ok je...
boleh je nak try.
kebetulan weekend lepas mr abah request nak kari ayam.
so, kita potong2 sket daging ayam tu & boleh la try...





dah gaul2 ayam ngan perencah dia tu,
kena letak dalam plastik yang memang disediakan.

cara masak dia, kena masak bersama2 dengan beras dalam periuk nasi.
hasilnya...






ok laaaa...untuk orang yang x de dapur & cuma ada periuk nasik hihi...
serius.
in terms of rasa, ok je boleh makan.
rasa tu ada tp a bit of terlebih pak aji
(eh...makanan instant mmg macam tu kan?!)

mungkin kalau tambah perencah lain ikut citarasa kita ok kot.
or lebihkan sikit air supaya x pekat sangat.
aku rasa mmg masak ni pekat sbb air tu aku sukat betul2 ikut instruction.


yg ni, mmg aku saje ikut arahan sbb nak tgk rs dia camne.
kalau dapat free lagi, boleh la aku experimenkan nanti.
tp untuk sesaja nak beli, x la kot.
bukan sebab x sedap smpi x leh makan ye...
sbb aku x minat sangat guna msg dalam masakan,
& aku rasa aku masak lagi sedap wahahahaha...


cuba lahhhh...
taste orang lain2!


Tuesday, June 25, 2013

Him & H.F.M.D



sharing is caring...
info from http://www.klinikkesihatan.com/2011/04/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut.html


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). 
    • Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

KomplikasiBiasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.


Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.


Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.



selalu jugak terdengar anak2 yang terkena penyakit ni.
pernah baca info pasal ni, tp x berapa nak ingat sangat.

refreshing my memory hari ni sebab...
is.yraf dijangkiti hfmd huwaaaaaa...


jumaat malam badan dia dah start dedar & demam.
sabtu pun demam jugak.
untuk 2 malam ni, mmg dia merengek je la.

ahad start dia x mau makan.
suap nasik, dia nangis.
try plak suap cereal je.
ok pulak walaupun mulut tu x brp nak bukak.
tengok dalam mulut macam x de pape.
mr abah buat teori, is.yraf nak tumbuh gigi hihihi...
sebabnya air liur meleleh2 dgn jayanya smpi bsh2 baju.
(doktor kata, banyak blister kat area anak tekak dia)


dah mula dah nampak ruam2 & biji2 kat area tangan, lutut & bahagian punggung.
aku ingat ruam lampin je huhuhu...
(gigih ni sapu nappy rash cream huwahaha...)
tu la aku ni, cetek pembacaan.
ingatkan hfmd hanya di bahagian tangan, kaki & mulut saje.
rupa2nya di bahagian2 lain jugak.


kebetulan semalam mmg kena pegi KK untuk injection setahun.
doktor sahkan hfmd so injection ditunda ke minggu depan.


adoiiii laaa...
kebetulan lagi, mr abah keja shift malam.
dapat la dia tolong jaga is.yraf minggu ni.
aku ni, bila start fieldwork mmg x keruan la.
tension macam apa je nih...
nak cuti karang, deadline bukan boleh diubah2 be it ko sakit nak mati pun
(andaiannya lebih kurang macam tu laaaa...)


is.yraf dikuarantin di bilik sekrg ni.
x de siapa boleh masuk bilik & is.yraf x boleh kluar bilik.
risau jugak aku ni sbb aku mana tau hfmd kan?
so bersepah2 dah air liur is.yraf di mana2.
share makanan dengan iz.ryn pun ada huhuhu...

dengan usaha aku kuarantinkan is.yraf ni,
aku harap x de siapa lagi yg akan terjangkit insyaAllah...


to my baby, semoga cepat sembuh!!


Monday, June 24, 2013

Is.yraf Is 1 : 24062013




a birthday shout to my beloved "budak kecik"...






semoga is.yraf menjadi anak yang soleh,
sentiasa mendengar kata abah & mama,
sentiasa dilindungi Allah,
sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik,
membesar dengan sempurna,
sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat,


semua lah, semua yang baik2 insyaAllah...aminnn!





memang dah niat nak sedekah goodies bags untuk kawan-kawan is.yraf.
sekali la 1 taska aku buat, ngan kawan2 iz.ryn sekali.
x ramai mana pun.
40 orang je.
curik masa sikit2 semalam buat ni semua.


perkembangan is.yraf :

- still x boleh berjalan lagi.  berdiri tanpa pegang apa2, dah boleh.
  tp bila ala2 nak melangkah je, dia akan duduk & terus merangkak huhu...
  x pe, pelan2 dik.  sama la nanti macam abang kamu yg sorang tu.
  setahun 2 bulan baru berjalan...

- suka menggigit (ikut perangai sape la kamu nih ek...)
  orang yang paling dia suka gigit ialah mr abah hihi...

- dah pandai main + dah pandai gaduh.
  syok tengok dia gaduh dgn iz.ryn sbb iz.ryn ni jenis ganas sket dgn adik.
  mmg luruh jantung mak kamu nih iz.ryn oiii...
  nyaris2 nak hempap adik pun ada huhu...

lain-lain perkembangan, lbh kurang macam anak2 lain jugak sebaya dia...
(aku dah compare dah dgn buku check-up bulan2 tu, semuanya tick hihi...)


Friday, June 14, 2013

Kenduri



lepas settle kat klinik hari tu, kami terus zasss ke ku.antan.
lunch kat go.mbak, pastu straight terus.
alhamdulillah x jem.  risau jugak kalau jem dengan is.yraf yang x sihatnya tu.


alhamdulillah...is.yraf jugak nampak lebih sihat masa kat ku.antan.
(syukur sangat...kalau x jenuh jugak dengan kendurinya lagi kan)

aku pun x de la sebok sangat sbb semuanya catering.
jemputan pun x berapa nak ramai.
goodies bags pengantin settle sendiri je dgn dibantu oleh anak2 sedara kecik hihi...
pantas budak2 nih buat, kelakar pun ada masing2 berebut2 nak buat, nak susun bagai.


sesi nikah dibuat kat masjid besar ku.antan.
pagi2 dah cepat2 suruh budak2 bersiap.
sebab bilik air kan limited hihi...







tema merah menyala u olss...
baju untuk aku & adik beradik perempuan disponsor oleh pengantin
(tq mak lang aka caq!)

yang lain2 tu, aku le yang sebok2 nak beli hihi...
sampai hari nak pegi tu pon dok sebok shopping lagi.
semuanya sbb mr abah tu kejap nak beli, kejap x nak.
(abang long aka wali - x kan pakai t-shirt je kot)
sebenarnya, aku ok je nak beli sbb ni kira settle terus untuk raya nanti.
comey x budak kecik is.yraf tu pun berbaju melayu
(hover mak ko kan hihi...)

baju kurung the girls tu, hat saiz aku pun ada.
sedondon gitu...
kot2 la nanti raya nak sedondon, aku g je beli hihi...
tp sebenarnya aku ada berkenan baju plain merah yang ada manik2 tu.
tengok la nanti baju raya aku camne.
(beria sangat ko ni kan...tah2 baju raya tahun lepas je ko pakai sbb dah ada dah pun yang warna merah haha...)






sebelum pengantin bersanding, kitaorang rasmi dulu pelamin.
mr abah nih amik gambar x de perasaan kan?! hihi...






pengantin perempuan yang sangat lawa.
memang kena warna merah sbb dua2 pun putih.


to mak lang & pak lang,

semoga berkekalan sehingga ke akhirnya!
cinta selepas berkahwin selalunya lagi bahagia daripada dok sebok bercinta sebelum kawin.
ni sebelum kawin dok usung ke hulu ke hilir, romantik bagai...
dah kawin hampehhh...(ehhh hahaha...)


sebenarnya aku x amik gambar pun.
ni semua ehsan gambar orang lain yang amik.
ye la...aku kan ada "hand bag melekat".
jadinya mmg x banyak la gambar huhu...
gambar hantaran pun x de u olss!


*mak lang & pak lang dah selamat berada di kr.abi untuk honeymoon (amboiiii...)
semoga cepat dapat baby hihi...*


Contest Baby Ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com



hihi...baru nak berjinak2 join contest.
buat permulaan, kita join contest yang senang2 dulu
(ko kan, nak masuk contest pun boleh malas2, nak yg sng2 je kan haha...)


sebenarnya, aku mmg follow blog *urban mommy* nih.
macam biasa la, silent reader (i kan low profile gitu hihi...)




Banner Contest



Peraturan contest ::
Contest bermula sekarang!!!
12.6.2013 hingga 7.7.2013

1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.
2. Semua lapisan umur boleh join.
3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.


aku masukkan cara2 nak join contest melalui blog ye...
(boleh jugak nak join contest melalui fb)


11. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com
12. Anda harus masukkan gambar banner contest
13. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria
14. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"




MARI MEMBELI BARANG BABY DENGAN HARGA 
BORONG, MINIMUM 1 BARANG
DI http://barangbabymurah.blogspot.com



15. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.


saya pilih no 4 : toys storage (cars)


16. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.
17. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.


nama penuh mama  :  alliza binti ayob
nama penuh baby  :  ku isyraf faiz bin ku hasri


mencuba nasib x salah kan hihi...
semoga ada rezeki is.yraf insyaAllah.
(boleh la simpan semua favourite toys is.yraf yg sekrg ni bersepah2 x tentu hala huhu...)


lagi sekali...



TARIKH TUTUP CONTEST PADA 7.7.2013


Wednesday, June 12, 2013

Sakit




hari khamis lepas (sebelum bertolak ke ku.antan),
singgah la klinik jap sbb is.yraf x sihat.
(batuk, selsema & demam complete package huhu...).


bila doktor check, nafas dia laju.
terus doktor suh neb & pastu buat chest x-ray plak sbb aku mengadu batuk is.yraf ni asik berulang2 je.





mr abah yg bawak is.yraf neb.
mula2 mmg dia meraung jugak.
tapi lama2 dia pasrah hihi...


x-ray result was not so good.
ada infection sikit pada paru2 dia.
doktor advise suruh admit tp memandangkan mr abah kena jadi wali nikah adik dia sabtu tu (main reason kenapa nak ke ku.antan), doktor kata ok x perlu masuk wad.
tapi macam2 ubat dibekalkan.
siap dgn referral letter ke hospital ku.antan huhu...


risau mmg risau.
masing2 berbelah bagi.
tp alhamdulillah, lepas neb is.yraf makin ok.
demam pun x de dah pastu.
batuk makin kurang.


cumanya, semalam batuk dia macam makin teruk sikit.
tp nafas still under control
(doktor advise hr tu kalau nafas laju terus bawa ke klinik, 
tu yg aku risau dok la tgk dada dia).

aku dah mula confused ni.
adakah sebab taska?
ye lah, masa kat ku.antan tu macam ok je.
2 hari hantar taska, dah macam teruk balik je batuk dia.


adoi adoii...dilema lagi.
mungkin kena carik alternatif lain la ni kot.
either tukar taska or hantar balik ke rumah bbsitter dulu
(tp yg ni kena berkorban lebih sket sbb quite jauh dr rumah).
mmg kena usaha la ni rasanya sbb selalu sangat demam, batuk & selsema, risau jugak nih.



Wednesday, June 5, 2013

#2




semalam masa lunch hour break, kluar makan jap dengan mr abah, #1 & #2...


*gambar lama*


#2 : kenapa rasa macam air masak nih?
(#2 order air milo suam)

mr abah : laaaa...kenapa x kacau?!


hihi...lurus sangat kamu ni fa.rah oiii...
baik hati sangat.
pernah #1 mintak duit sekolah dia & dia bagi kesemuanya.
balik rumah lepas sekolah, "saya lapar, tadi saya x makan" huhu...

semoga dia sentiasa dilindungi & kebaikan dia tidak diambil peluang oleh orang.


no wonder kasut, tudung & even kain sekolah semua hilang.
mungkin dia tau orang yang amik, tp dia x berani nak suarakan hihi...
anakku ohh anakku...




Monday, June 3, 2013

From Ni.lai to Pe.rlis




rangkuman cerita2 mei 2013...
(a few entries for the stories sepatutnya, tp sindrom M dah melanda huhu...)


participated in The 9th Pu.blic Un.iversities KIK Co.nvention in UUM from 19 - 23 may 2013.
alhamdulillah, mr abah berjaya menjaga is.yraf sepnjg tempoh tu hihi...
kali pertama tinggalkan is.yraf lama2,
cuak jugak takut dia "mengamuk" malam2.
tp disebabkan kena tinggal tu lah, is.yraf boleh dah tido ngan mr abah malam2 sekrg ni.





sekitar raptai & majlis pembukaan.
sampai2 je terus ke uu.m untuk raptai.
dewan pertandingan pun x siap lagi.
naik kematu bon.tot tunggu kat situ.
dah le penat huhu...


pembukaan was something different.
foreigners bawak masuk piala2 yang dipertandingkan.
apa rasionalnya ek? hihi...






sekitar hari pertandingan & majlis penutup.
sempat ambik gambar masa jabatan bendahari buat persembahan je.


lepas dinner penutup tu terus nak balik ni.lai.
so resah gelisah je kat situ nak tunggu cepat habis.
dah boleh expect dah x akan menang hihi...






2nd nite tu sempat makan seafood kat kuala perlis.
maklum le hotel kami mmg betul2 berhadapan dengan food court kuala perlis nih.


tong2 ramai2, sorang rm35.
ok la, not bad!
semuanya halus mulus, makan sikit tp order banyak haha...
semput jugak nak menghabiskannya.
silap sebab makan nasik banyak huhu...


balik dr uu.m 23hb tu, tetiba mr abah buat keputusan tergempar plak.
nak balik pe.rlis 25hb tu huhu...
mmg ada kenduri sebenarnya kat pe.rlis nun.
tp mula2 ingatkan x nak balik.
tup2 nak balik la pulak...
seb baik balik2 dari uu.m tu dah bertungkus lumus basuh baju.


pakcik mi.zan bawak kami melawat wa.ng ke.lian.
bangga irfan dapat pegi luar negara haha...
(luar negara la sangat nak oiiii...).

beli benda2 makan je pun.
panas lit2, nak pengsan pun ada.
pastu balik menyesal x beli kuali haha...






cuti raya bulan 8 nanti ada kenduri lagi kat pe.rlis.
mr abah macam nak balik lagi je.
jenuhhhh...
seb baik balik kali nih x jem on the way pegi & balik.
tp a new experience la kan.
x penah2 bertolak dr rumah pukul 4 pg.
budak2 mandi kat r&r je.
aku, kul 330pg aku mandi sbb x terasa nak merasa mandi kat r&r hihi...