Wednesday, July 24, 2013

13 Bulan



hari ni genap is.yraf berusia 13 bulan...


gambar-gambar terkini


banyak kerenah dah nih huhu...
kena tengok time dia mengamok.
rasa geram pun ada hihi...


13 bulan tapi masih belum berjalan lagi.
kalau boleh berjalan masa raya nanti kan syok hihi...
x koser tengok seluar dia yang sentiasa kotor tang lutut tu.
dah dia mmg rajin explore sana sini,
x boleh nak buat ape la kan.
karang x bagi, mmg mengamok dia tu huhu...
stress mak kamu nih dikkk...


dr aspek fizikal, ni le satu2 budak yang kurus masa baby.
atok mak dah berapa kali pesan suh beli pe.diasure,
supaya boleh naik berat badan tu.
beli la jugak (walaupun menangis mak kamu nih membayonya haha...)
tapi x de la bagi berterusan.
kat taska, aku bekalkan an.mum essential.
tp kat rumah mmg aku selang seli BM & pe.diasure.
ok la.
rasa jugak beratnya bila dukung naik tangga tu.
tp x tau le sbb aku yg x larat atau mmg dia dah berisi sket hihi...


semoga is.yraf membesar dengan sihat.
sekarang ni asyik demam je.
risau mmg risau jugak.
doc kata biasa la kalau dok taska, selalu demam.
kalau dah kerap sangat, mmg aku kena mintak refer ke paed je pasni.


Tuesday, July 23, 2013

Ra.madhan 14



hari ke 14 sudah.
cepat sungguh masa berlalu.


alhamdulillah, fa.rah semakin biasa dengan puasa.
setakat ni x pernah tinggal lagi.
buka puasa pun boleh tahan makannya, bertambah2.
syaratnya mesti makanan yang dia suka lah,
like mee goreng, kue tiow goreng, makaroni carbonara or makaroni goreng
(latest dia request pulak makaroni stew).
nasik mmg dia x berapa nak la.

tapi aku akan make sure sahur adalah nasik.
ok jugak dia makan nasik.
bertambah2 jugak.

cuma bila balik sekolah tu je la yang kesian sikit.
masing2 lemah je.
kalau boleh, beg tu macam nak diseret2 je huhu...


kan aku kata x nak upload gambar makanan kan?
hihihi...
sebenarnya gambar2 yg diambik ni pun cuma untuk hari2 yang mr abah balik lambat,
hari2 biasa mmg aku x kuasa pun nak amik2 gambar.
ni mmg mr abah x buka puasa kat rumah.
saje aku amik & sms ke mr abah.
kalau dia teringin, aku akan simpankan.
kalau x, aku suh budak2 abiskan je.
kat rumah nih, mmg x de la ulang2 makan nih.
jadiknya, time buka tu je la kami habiskan or terus simpan dalam peti ais.




makaroni goreng + keropok lekor + sirap bandung


makaroni goreng requested by the kids.
mr abah mmg x berapa nak suka makan makaroni.
so kalau dia ada, masakan berasaskan makaroni mmg a "no no" la kan..



roti lapis daging berkeju + fries + puding koktel


ni buat masa weekends, so meriah la sikit.
sebenarnya budak2 request nak burger.
tapi roti burger x jumpa plak kat kedai.
so, olah2 sikit la buat benda lain.
ni 1st time aku try buat roti nih guna resepi di sini : http://www.tiffinbiru.com/2011/06/roti-lapis-daging-berkejupengsann.html

seb baik mr abah suh tinggalkan sikit.
kalau x, mmg budak2 nih dah habiskan hihi...



nasi goreng + nuggets + soya

makaroni carbonara

ni pun sekelip mata je abis hihi...


sempoi kan juadah berbuka kami?
sempoi ni la budak2 suka.
hidang nasik lauk pauk bagai, sejemput je diaorang makan.


Friday, July 19, 2013

i-C.ity



mr abah tetiba buat surprise hihi...
bawak kami semua ke sini akhir bulan jun 2013 ritu.



Lokasi i city shah alam
-image googled-



sebab ni kira baru 1st time nak jejak kaki kat sana,
water world tu kami x pegi dulu.
next trip pulak.
(ye ye ooo je ko ada next2 trip plak kan hihi...)


sebenarnya waktu ni is.yraf dah start demam
(awal2 hfmd tu la huhu...)
tp sebab demam dia macam dah surut,
& mmg dah plan kan, so plan diteruskan jugak.


bertolak dalam tengahari beli barang2 sket kat ba.ngi,
pastu terus ke sh.ah al.am.
mmg targetnya nak sampai sana dalam kul 5pm.
just nice utk masuk sn.owalk tu.
sn.owalk kalau lepas kul 6pm caj dia akan mahal sikit.
so mmg kena beli tiket sebelum kul 6pm.


tiket aku beli je season pass.
harga rm100 tp valuenya rm120.
kira berbaloi jugak la sbb masuk sn.owalk ni pun dah rm85.
belum main2 kat luar tu lagi.


-sebelum masuk sn.owalk-


mr abah & is.yraf x masuk sn.owalk nih.
tggu kat luar je.
jackets semua tu mmg dah masuk dalam harga tiket.

sebelum pegi ni mmg aku dah buat kajian sikit from other blogs.
mmg dah siap2 bawak jackets utk the kids.
so mmg 3 lapis la baju diaorang sekali dengan jackets kat sana.

pastu aku mmg suruh diaorg siap2 pakai kasut.
so x perlu la sewa boots.
boleh plak aku yang terlupa pki kasut haha...
terpaksa la sewa boots kat sana, boots plastik yg macam pua chu kang tu.




-some pictures kat dalam sn.owalk-


lama jugak dok dalam sn.owalk nih.
sbb kalau sejuk boleh keluar jap.
pastu boleh masuk balik.
jadiknya mmg budak2 nih keluar masuk keluar masuk la jawabnya.
rasanya nak dekat 2 jam jugak dok dalam nih.

tp syok sbb iz.ryn pun berani nak cuba macam2.
slide tu pun dia boleh cuba sorang2.
sampai kat bawah tu, orang yang jaga tu plak kena dokong dia naik atas hihi...


lepas sn.owalk, solat maghrib.
pastu baru start jalan2 & main games kat sekitar ni plak.
happening sket malam2 ni, makin ramai orang.





si iz.ryn boleh plak nak try naik train yang berjalan kat atas track,
tp tracknya tinggi sama paras ngan pokok.
aku jugak yang kena teman dia huhu...
gayat jugak la + takut tengok orang kat bawah.
ye la, tracknya pun cukup2 badan train je.
pastu train tu boleh pusing2.
keras aku dok kat atas tu, iz.ryn jugak tersengeh2.
siap nak naik lagi sekali.  
ohhhh...tidak laaaaa anak oiiii....


ir.fan dapat main bumper car.
tp fa.rah x lepas sbb x cukup tinggi.
kesian pulak...
tp at least dapat jugak diaorang berdua bawak keta drive atas track jalan raya.
konon2 macam bawak keta sendiri la nih.
yg nih, iz.ryn pulak x lepas umur hihi...
menangis jugak la dia x dapat ikut abang & kakak.


sampai rumah dah kul 11pm.
penat tp syok tengok budak2 seronok.
pasni target water world plak.
tempat2 mahal nih sekali pegi pun dah kira ok,
or 3-4 tahun lagi baru jejak lagi sekali hihi...


Tuesday, July 16, 2013

Ka.fa MC Sports Day




entri basi nih hihi...
sukan sekolah agama kafa ir.fan & fa.rah pada 16.6.2013.
(giler dah sebulan baru nak update huhuhu...).

aku rasa dari sini lah virus hfmd hinggap kat is.yraf.
ngam2 seminggu lepas tu dia demam & kena hfmd.
ohh...virus hfmd akan incubate dalam badan dulu lebih kurang seminggu sebelum menunjukkan kesannya seperti demam & blisters.

sukan ni buat kat da.taran ni.lai.
mula2 mmg x nak pegi since mr abah pun keja.
tp last2 kesian kat budak2 dah practice bagai,
& mr abah pun willing to take half day leave, kita pegi je lah.





teka t-shirt ir.fan tu beli kat mana hihi...
pa.dang be.sar mariiiii...beli masa aku pegi uu.m hari tu.
ir.fan rumah merah so kira sesuai la pakai t-shirt tu.
siap kasut pun warna merah tau, mr abah beli.

fa.rah plak rumah kuning.
beli dah t-shirt kuning.
tp bila dia pakai, macam x sesuai plak.
seb baik ada t-shirt ir.fan yang lama tp masih baru sbb ir.fan cepat sgt membesar, x muat walaupun br pakai sekali dua huhu...





alhamdulillah...
budak kecik nih x banyak songeh sangat.
minum susu, tido dalam kebisingan.
bila bangun, bawak dia round2 naik stroller.
abang & kakak dia rajin layan.





ir.fan kena bagi2kan nasik lemak.
hihi...pandai cikgu suh budak2 yang kuat makan.
asik2 ulang kat tempat aku bagi nasik lemak hahaha...






games diaorg nih games senang2 je.
saje je aku rasa ka.fa nih nak buat sports day untuk bdk2.
ka.fa nih bersekali ngan ta.dika is.lam.
jadik dia anjurkan bersekali terus, senang keja.

ir.fan & fa.rah dua2 dapat gold medal.
ok la, semua happy.
aku yang penat huhu...



Monday, July 15, 2013

Ra.madhan 2013



alhamdulillah hari ni dah 6 Ramadhan...
tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Ramadhan AlMubarak untuk semua...


ramadhan tahun ni...

1) fa.rah dah start puasa penuh.  so far so good.
hari pertama je melepek teruk sket.
masuk dapur tengok makanan, mula la buat muka sedih.
lepas2 tu aku x bagi dah dia masuk dapur sebelum berbuka hihi...


2) ir.fan dah kantoi sehari sbb hr tu mungkin perut dia angin kot.
so dia termuntah & pening kepala.
bukak puasa minum air suam je. org suh makan x nak plak.


3) i've decided not to post gambar2 makanan dalam nih.
sebabnya aku masak sempoi2 je tahun ni hahaha...
(selama nih ko masak ke menu yg payah2 nih...x jugekkk hihi)
ada anak kecik kan? jadiknya, serius aku masak senang2 je.
& mungkin akan ulang2 masak yang sama je atas request budak 2 orang yg puasa tu.
aku malas dah masak ikut tekak sendiri nih.
last2, budak puasa #2 tu makan kopok je buat buka puasa.
kesian plak aku tengok...


4) miracle tahun nih aku belum penah jejak lagi param.
(sebenarnya aku malas nak pegi walaupun rasa malas nak masak haha...)
kat ni.lai ni aku tengok param dia makin panjang compared to thn lepas.
tp belum terpanggil lagi nak pegi.
tengok la nanti2...


till then...