Tuesday, July 23, 2013

Ra.madhan 14



hari ke 14 sudah.
cepat sungguh masa berlalu.


alhamdulillah, fa.rah semakin biasa dengan puasa.
setakat ni x pernah tinggal lagi.
buka puasa pun boleh tahan makannya, bertambah2.
syaratnya mesti makanan yang dia suka lah,
like mee goreng, kue tiow goreng, makaroni carbonara or makaroni goreng
(latest dia request pulak makaroni stew).
nasik mmg dia x berapa nak la.

tapi aku akan make sure sahur adalah nasik.
ok jugak dia makan nasik.
bertambah2 jugak.

cuma bila balik sekolah tu je la yang kesian sikit.
masing2 lemah je.
kalau boleh, beg tu macam nak diseret2 je huhu...


kan aku kata x nak upload gambar makanan kan?
hihihi...
sebenarnya gambar2 yg diambik ni pun cuma untuk hari2 yang mr abah balik lambat,
hari2 biasa mmg aku x kuasa pun nak amik2 gambar.
ni mmg mr abah x buka puasa kat rumah.
saje aku amik & sms ke mr abah.
kalau dia teringin, aku akan simpankan.
kalau x, aku suh budak2 abiskan je.
kat rumah nih, mmg x de la ulang2 makan nih.
jadiknya, time buka tu je la kami habiskan or terus simpan dalam peti ais.




makaroni goreng + keropok lekor + sirap bandung


makaroni goreng requested by the kids.
mr abah mmg x berapa nak suka makan makaroni.
so kalau dia ada, masakan berasaskan makaroni mmg a "no no" la kan..



roti lapis daging berkeju + fries + puding koktel


ni buat masa weekends, so meriah la sikit.
sebenarnya budak2 request nak burger.
tapi roti burger x jumpa plak kat kedai.
so, olah2 sikit la buat benda lain.
ni 1st time aku try buat roti nih guna resepi di sini : http://www.tiffinbiru.com/2011/06/roti-lapis-daging-berkejupengsann.html

seb baik mr abah suh tinggalkan sikit.
kalau x, mmg budak2 nih dah habiskan hihi...



nasi goreng + nuggets + soya

makaroni carbonara

ni pun sekelip mata je abis hihi...


sempoi kan juadah berbuka kami?
sempoi ni la budak2 suka.
hidang nasik lauk pauk bagai, sejemput je diaorang makan.


No comments: