Saturday, August 31, 2013

Cerita Raya 9



18 syawal : ka.fa mi.nda ce.rah ada buat jamuan raya.
plan asalnya mmg x nak pegi pon.
sbb nak pegi beraya rmh sedara mara sekali ngan atok & atok mak.

tup tup irfan kata dia masuk pertandingan hafazan.
mmg x boleh x la kan...
kena pegi la jugak.
terpaksa lah kami x ikut beraya.







the kids...
sbb ir.fan & fa.rah siap lengkap berbaju melayu & kurung,
maka semuanya aku bj melayu & kurung kan hihihi...
tu sebabnya is.yraf pun pakai bj melayu.
berpeluh2 mamat tu berbj melayu sampai tghr huahua...
(teruk mak kamu ni dikkk...)






masa sesi hafazan...
alhamdulillah, bacaan ir.fan lancar.
in fact dua lagi kawan dia tu pun baca lancar.
ir.fan pulak lepas abis tu bagitau ada kawan dia kata dia dapat no 1.
hehehe...teruja dia.
tengok2 bukan dia yang dapat.
budak yang pakai bj merah sorang lagi tu yang dapat hadiah aka plaque.
x pe la ir.fan.
boleh cuba lagi tahun depan.


sebenarnya ibu bapa digalakkan menyumbang juadah untuk jamuan ni.
itu aku x kesah la kan...
ok je bawak makanan nih.
ramai la yang bawak macam2.
ada roti jala, mee goreng, nasik lemak (dlm 20 bgks kot), kuih muih yang sangat banyak bermacam2 jenis, nuggets bagai.


yang aku rasa x puas hati nih,
main menu yang disediakan pihak ka.fa hanyalah bihun goreng.
giler 2 bekas besar dia sediakan.
1 bekas besar tu separuh pun x abis.
melampau sangat kan korang nih...


dah buat jamuan raya tu, bagi la main menu yang berat sikit.
tghr tu beb...
dah ler dok situ dr pagi.
masing2 lapar nasik.
ko kalau sedia nasik lemak pun ok la jugak.
x pun, nasik ayam ke.
ni bihun goreng?!
budak2 pun aku tengok x jamah pun bihun goreng tu.



adoiii laaaa...buat sakit hati aku je bulan2 raya nih.
aku kalau jamuan raya ka.fa ni mmg malas nak pegi kalau ikutkan.
x penah aku pegi pun sebelum2 nih.
kalau budak2 nak pegi sangat pun,
mr abah je aku mintak pegi temankan budak2.
tp tahun ni, aku nak la bagi sokongan kat anak kan?


pulak tu ada cikgu2 tu, duduk kat satu sudut situ, x bergerak2.
aku ni x de le dok diam situ sbb anak2 ramai kan,
nak g tengok2 diaorang lagi.
2 kerusi yang aku carik di tengah2 orang ramai yg x cukup kerusi,
boleh pulak cikgu2 ni main amik je bila aku bangun kejap.
amboiiiiiii...
kerusi pertama aku bersabo lagi walaupun x sabo sangat.
bila dah kerusi ke2 tu, mula la aku nak mengumpat.


aku ni cakap je berdegar2 hihi...
tp x de sape pun yang aku boleh lawan mengumpat haha...
yg ada pun mr abah je la yg dengar bebelan aku.
macam la dia amik port sangat kan...
dah aku luahkan kat sini,
x de dah la aku simpan2 dalam hati.


boleh la bihun tu. seb baik sedap.
kerusi tu pulak x pe la, ko nak duduk sangat.
duduk la.
tahun depan aku carik kan ko kosi lagi ek hihihi...



Friday, August 30, 2013

14 Months...




amboi amboiiii...
budak kecik ni dah makin terrer berjalan.







kalau pimpin tangan dia, ok lagi la.
tp kalau dokong, hmmm...
kejap je la dia nak.
dia lagi suka berjalan.
ye lahhh...orang baru dapat kaki hihi...


alhamdulillah, 
is.yraf dah boleh berjalan di penghujung2 umurnya 13 bulan.
lambat la sikit, tp x pe.


geram je bila tengok dia terkedek2 hehehe...



Thursday, August 29, 2013

Kegilaan Zaman Ini




hehe...
cuba teka diaorang tengah buat apa?






punya lah beria aku x nak terjebak dengan ca.ndy cr.ush sa.ga.
tup tup...mr abah yang menterjebakkan aku.
sungguh x sangka ada lelaki yang main game pompuan camtu huahua...


cuma aku ni lemau sket bila main.
asik le x lepas huhuhu...
mr abah banyak tolong lepaskan.


sekarang ni aku ada lagi 759.56 minit untuk unlock level seterusnya.
berehat la aku selama 2 hari sementara tunggu tu huahuahua...
kitaorang main sesaje je,
so mmg x link dengan fb untuk mintak2 nyawa nih.
lagi berjanggut la menunggu hehehe...




Wednesday, August 28, 2013

Cerita Raya 8



selagi belum habis bulan syawal,
mmg cerita raya je la ko kan hihi...


mmg weekends lepas x melekat kat rumah.
beraya sampai lebam haha...
kak yanti bbsitter & dek na nak datang rumah hr sabtu tu pun,
kena awal2 mintak maap la sbb mmg x de kat rumah huhu...


pagi sabtu budak2 sekolah ganti.
so, adalah kat rumah.
tp tghr tu sebelum amik budak2 balik sekolah, singgah dulu open house taska.




the foods...

aku makan bihun, kek & biskut raya.
+ all-time-favourite - nasi impit & kuah kacang.
yg ni, kat mana2 pun kalau ada mesti aku akan makan.
mmg dah minat kan...
cumanya jarang nak masak sendiri sbb kat rumah tu aku sorang je yang suka huhuhu...


ada nasi minyak tp x terasa nak rasa.




ada sesi nyanyian lagu raya oleh anak-anak taska.
tp boleh pulak iz.ryn tu mengada2 dok melekat je kat aku.
mmg nyanyi ke mana, dia ke mana la jawabnya.
tensen aku dok tarik baju aku sana sini, siap dengan menangisnya.
huahua...


sambung pulak pastu, open house rumah kazen aku kat ba.ngi...
macam2 makanan - bread pudding with ice cream & castard sauce 
(yg nih budak2 dok ulang makan tambah 3-4x huhu...)
nasi minyak, soto,nasi impit & kuah kacang.
(sebagai peminat kuah kacang, rasa kuah kacang dia x sedap sangat.
hehe...pandai ko komplen ek)





then terus ke rumah ucu.
ucu pun buat open house jugak untuk adik beradik.
sempena birthday al.if on the same date.



the foods : yg sangat sedap!!






the cakes : yg lagi la sedapnya!!




the kazens : yang bersuka ria main2 x hingat dunia!!
sampai ada yang jatuh katil siap berjahit dahi huhuhu...
(to fu.dhail - semoga cepat sembuh ye)





sampai rumah kul 1115pm...
tunggu pulak mak lang & family dr ku.lim yang nak singgah bermalam.


kesian tetamu.
minum pun x nak sbb masing2 dah letih.


end of our 17th syawal...






Tuesday, August 27, 2013

Batal



sebelum puasa hari tu,
ir.fan dapat surat program lawatan sekolah.

beria2 dia nak pegi sbb trip tu pegi ki.dzania.
(aku pun teruja baca surat tu hehe...)
time2 tu jugak dia mintak rm90.
mmg nak kena bayar cepat sbb tempat terhad.


tengok2, sehari sebelum lawatan tu,
dapat pulak surat ni...






huahuahua...
sedih muka irfan bila bawak balik surat ni.


entahlah.
aku x tau la prosesnya camne.
tp dah kalau ko nak buat trip kan, mestilah ko tunggu lulus dulu baru proceedkan?
nih...bila budak2 dah beria2,
tido malam pun x lena,
aku pulak dah plan nak suruh ir.fan tolong belikan coklat kat be.ryl's tu (hehe...),
boleh pulak ko kansel ek.


nampaknya kena plan la pegi ki.dzania plak ni.
kesian kat ir.fan huhu...


Friday, August 23, 2013

Cerita Raya 7



beraya kat ro.mpin,
kelazimannya mmg akan beraya sekitar rumah2 jiran tetangga.
pastu pegi rumah tok & sedara mara sekitar se.tajam.


tp raya kali ni, mmg x sempat la nak jenguk jiran tetangga.
sempat pegi rumah mak lang, cik not & tok je.
rumah tok kami lepak lama sikit.
masak2 lunch sekali siap kat rumah tok.
ada pulak yang rajin nak memancing tepi sawah.
dengan tok2 sekali memancing.
(ohhh...ni aku lupa nak snappo2 sbb lepak baring2 tertido sekali ngan isyraf huahua...).


raya ke8 - dah start dah baju ulang tayang hehe...
tukar warna tudung je so nampak lain sket.
x banyak baju raya aku tahun ni.
harapkan kain yang atok mak beli kat ko.rea dulu tu,
baru amik kat tailor.
kira baju raya teruslah haha...






raya ke9 tu, kami dah bertolak ke je.ngka.
kenduri sambut menantu belah lelaki mak lang pulak.
(kenduri belah kami masa bulan jun ritu...)
mak lang ada booking homestay dok ramai2 kat ba.ndar tu.n ra.zak.


ok la.
sempat makan ikan patin tempoyak kat ma.ran.
(aku penah makan dulu ikan patin tp x boleh terima rasa dia.
tp yg ni sedap plak hihi...)
sempat makan abc & len chee kang kat warung mak ngah, pu.sat ba.ndar je.ngka.
alhamdulillah...


pictures sekitar kenduri on 10th syawal...
(masih mengekalkan tema : purple + pink haha...hover mak ko ni kan)





besoknya (raya ke11) aku sakit perut huahua...
perut aku ni mmg sensitif sket.
makan la lauk kenduri or nasik minyak lebih2 sket, kompem sakit perut.
ni pulak pagi tghr petang malam mmg makan lauk2 kenduri saje.
mana la x meragam perut huhu...
yang peliknya memanjang aku sorang je yang sakit perut.
orang lain perut tebal ke hape ek?
jenuh la asik berenti je kat r&r.
seb baik sempat hihihi...


mr abah pulak boleh singgah open house kawan dia kat de.ngkil.
waduhhh...
buat malu je tumpang toilet rumah orang.
seb baik iz.ryn nak g toilet.
cover sket la kan hahaha...


raya ke12 dah start keja huhuhu...
berakhir lah cuti2 raya kami tahun ni.
weekends sambung pulak beraya rumah saudara mara & open houses hoyeaaaa...
(hover lagi mak ko nihh x abis2).



Thursday, August 22, 2013

Cerita Raya 6



kalau nak ikutkan, mr abah kena start cuti dari raya ke5 lagi.
baru lah ngam2 soi je nak bahagi2kan jumlah hari kat jo.hor & ro.mpin.
(ko ni mmg x bersyukur kan hehe...).


disebabkan hanya dapat cuti bermula raya ke6,
maka sehari je lah dapat beraya kat jo.hor sob sob...


hari rabu tu (raya ke7) dah kena bertolak balik ke ro.mpin plak.
pagi tu kebetulan atok & atok mak nak pegi melawat tok busu yang tak sihat kat kl.uang.
kami pun bertolak lambat sikit la.
bagi laluan kat famili mak long siap2 dulu sbb diaorg follow skali ke kl.uang.


sempat singgah pa.rit ra.ja dulu on the way tu.
beraya rumah mak su mr abah kat pa.rit lo.ndang,
& sempat singgah beli pisang salai.
(mmg feveret budak2 ni, kalau beli mmg 2-3 kali hadap mesti habis).


tema raya ke7 kami : carca merba tp ala2 kemerah2an & keungu2an campur2 coklat sikit hehe...(nak jgk bertema tuuu...)





dari pa.rit ra.ja, kami sempat jugak singgah melawat tok busu jap kat ccu hospital kl.uang.
alhamdulillah, walaupun bukan waktu melawat tp dibenarkan masuk kejap.


lunch kat kl.uang sbb masing2 dah mengadu lapar.
ye lah, masa tu dah pukul 3 ptg rasanya.
mana la perut x berbunyi.
mr abah siap order kari kepala ikan (huhu...lupa nak amik gambar).



sebenarnya aku terasa nak mkn kfc lunch tu.
tp dah laluannya memang x de kfc, so x dapek la nak nolongnya.
mr abah dengan baik hatinya "tapau" kfc kat me.rsing & kami lepak kat pantai me.rsing ni sambil makan kfc hihi...
masa ni dah 6++ ptg.
sempat lagi tu padahal perjalanan ke ro.mpin lagi sejam lebih huahua...






end of our 7th syawal...


Wednesday, August 21, 2013

Cerita Raya 5



tahun ni kami x beraya sangat.
ye lah kan, dah mr abah x dapat cuti.
kami pun anak beranak ala2 lepak kat rumah sendiri je lah huhu...
dari raya  ke2 sampai raya ke5 mmg makan tido mandi tgk tv la jawabnya hihi...
sempat la basuh baju byk2 round, iron baju sekolah & baju keja.
settle semua...


raya ke5 tu, malam baru kami sampai johor semula.
mmg plannya balik johor dulu baru balik rompin.
sebab hari tu sehari je balik johor, mana aci kan hihi...


tema kami raya ke6 tu ialah biru campur2 haha...






pictures of us sekitar beraya di 3 buah rumah di jb, ul.u ti.ram & sr.i ga.ding.
meriah raya rumah orang ramai2 sampai makanan pun x cukup haha...
tuan rumah pun x dapat nak bajet kanak-kanak ribena yang makan banyak.






end of our 6th syawal...


Monday, August 19, 2013

Cerita Raya 4



x terlambat lagi rasanya nak ucapkan -
selamat hari raya aidilfitri untuk semua umat Muslimin & Muslimat.


satu-satunya gambar raya kami sekeluarga on 1st syawal...





ok la kan, daripada x de.


patutnya tema merah.
tapi aku x nak dah beli baju merah.
dalam wardrobe tu bersepah dah baju2 merah.
so, aku beli la warna merah luntur aka pink hihihi...


minggu ni insyaAllah sambung lagi menziarah saudara mara sahabat handai...




Wednesday, August 7, 2013

Cerita Raya 3



sneak preview of baju raya, seluar raya & stokin raya hihi...





x de la banyak sangat.
cukup la sekadar ada baju baru utk kami semua.


itu pun 3-4 round jugak pegi mall haha...
nak beli sekali harung, keluar duit selepuk tu rasa nak demam.
padehal berkali2 pegi total dia lagi melampau dari selepuk tu hahaha...


x pe lah.
yang penting anak2.
(ye ye ooo je ko ek, penting anak2.
diri sendiri pon borong jugak la kasut, handbag hatta wallet sekalipun hihi...
tang2 tu la nak membeli padehal wallet tu mmg dah berkurun dah koyak.
hahaha...alasan sangattt)


x start lagi packing nih huhuhu...



Tuesday, August 6, 2013

Cerita Raya 2



masih di ofis hr ni.
lengang jugak kat ofis nih.
gigih aku keja sampai last minute ni ada sebabnya huhu...


sebabnya tahun ni mr abah x dapat cuti huahuahua...

harapkan printing plant dia tutup pada 1 syawal tu je lah,
merasa jugak aku (insyaAllah) beraya kat jo.hor.
2nd day raya tu dah kena zass balik ke ni.lai sbb mr abah dah kena keja balik.


giliran balik kampung mertua or kampung sendiri (in our context),
mmg x boleh dipraktikkan.
biasanya, kalau mr abah dapat cuti sehari macam ni,
mmg kami akan balik jo.hor je sbb dekat
(dekat la 3 jam perjalanan hihi...) berbanding kampung mertua.
tapi seb baik tahun lepas mmg turn kat kg mertua on 1st day raya.
so ok la x de la ralat sangat.


mertua mungkin x kesah & x pernah berbunyi pon suh balik raya sana ke hape,
tapi pandai2 la kan.
selalunya, keputusan muktamad mmg di tangan mr abah.
aku cuma bagi cadangan je.
tu yang aku rasa x best kalau x balik rumah mertua.
takut ada yang kata aku yg x nak balik huhu...
sebenarnya, aku ok je raya kat mana2.
cuma, sape2 pun akan lebih seronok kalau dapat beraya dgn keluarga sendiri kan?
ye lah, dari kecik mmg beraya ngan mak bapak adik beradik sendiri.
mesti la itu yg lebih kita selesa & makanan di pagi raya pun yang mmg kita tunggu2.
bet mr abah pun mesti rasa sedih x de kat kampung dia di pg raya.
tp itu lah lumrahnya...redha je lah.


mr abah dapat sambung cuti balik pada 13 ogos or 6 syawal
(org pun dah masuk keja, aku baru terhegeh2 nak beraya hehe...).
ok la daripada x de.
tu sebab aku kena cuti seminggu.
time tu la nak balik rumah mertua ke hape semua.
& 10 syawal tu plak majlis bertandang adik mr abah a.k.a mak lang.


semoga dipermudahkan urusan kami sepanjang syawal ini,
di samping menghabiskan ramadhan yang tinggal 2 hari je nih.
(mode : sedih)


Monday, August 5, 2013

Cerita Raya I



saja nak share 1 adat jawa di johor yang masih diamalkan oleh atok mak.
which is ngunjung.


kalau baca info from internet search, ngunjung ni biasanya dibuat pada akhir2 ramadhan iaitu menyediakan juadah semacam juadah pagi raya (ketupat/ nasi himpit, rendang, lodeh etc) & selalunya diberikan kepada jiran2 sekitar.
nanti kita akan dapat balasan daripada jiran2 tersebut juga.
maka penuh la meja dengan makanan di bulan ramadhan ni hihi...


tapi, area tempat tinggal atok mak ni x amalkan pun adat ni.
yang masih amalkan ialah besan atok mak a.k.a uda's MIL.
jadiknya last week atok mak bgtau dah buat dah juadah ngunjung ni.


bestkan, sebelum raya dah dapat makan juadah raya.
pra-raya...
nanti hari raya masak lagi juadah yg lebih kurang sama.