Tuesday, August 6, 2013

Cerita Raya 2



masih di ofis hr ni.
lengang jugak kat ofis nih.
gigih aku keja sampai last minute ni ada sebabnya huhu...


sebabnya tahun ni mr abah x dapat cuti huahuahua...

harapkan printing plant dia tutup pada 1 syawal tu je lah,
merasa jugak aku (insyaAllah) beraya kat jo.hor.
2nd day raya tu dah kena zass balik ke ni.lai sbb mr abah dah kena keja balik.


giliran balik kampung mertua or kampung sendiri (in our context),
mmg x boleh dipraktikkan.
biasanya, kalau mr abah dapat cuti sehari macam ni,
mmg kami akan balik jo.hor je sbb dekat
(dekat la 3 jam perjalanan hihi...) berbanding kampung mertua.
tapi seb baik tahun lepas mmg turn kat kg mertua on 1st day raya.
so ok la x de la ralat sangat.


mertua mungkin x kesah & x pernah berbunyi pon suh balik raya sana ke hape,
tapi pandai2 la kan.
selalunya, keputusan muktamad mmg di tangan mr abah.
aku cuma bagi cadangan je.
tu yang aku rasa x best kalau x balik rumah mertua.
takut ada yang kata aku yg x nak balik huhu...
sebenarnya, aku ok je raya kat mana2.
cuma, sape2 pun akan lebih seronok kalau dapat beraya dgn keluarga sendiri kan?
ye lah, dari kecik mmg beraya ngan mak bapak adik beradik sendiri.
mesti la itu yg lebih kita selesa & makanan di pagi raya pun yang mmg kita tunggu2.
bet mr abah pun mesti rasa sedih x de kat kampung dia di pg raya.
tp itu lah lumrahnya...redha je lah.


mr abah dapat sambung cuti balik pada 13 ogos or 6 syawal
(org pun dah masuk keja, aku baru terhegeh2 nak beraya hehe...).
ok la daripada x de.
tu sebab aku kena cuti seminggu.
time tu la nak balik rumah mertua ke hape semua.
& 10 syawal tu plak majlis bertandang adik mr abah a.k.a mak lang.


semoga dipermudahkan urusan kami sepanjang syawal ini,
di samping menghabiskan ramadhan yang tinggal 2 hari je nih.
(mode : sedih)


No comments: