Thursday, August 22, 2013

Cerita Raya 6



kalau nak ikutkan, mr abah kena start cuti dari raya ke5 lagi.
baru lah ngam2 soi je nak bahagi2kan jumlah hari kat jo.hor & ro.mpin.
(ko ni mmg x bersyukur kan hehe...).


disebabkan hanya dapat cuti bermula raya ke6,
maka sehari je lah dapat beraya kat jo.hor sob sob...


hari rabu tu (raya ke7) dah kena bertolak balik ke ro.mpin plak.
pagi tu kebetulan atok & atok mak nak pegi melawat tok busu yang tak sihat kat kl.uang.
kami pun bertolak lambat sikit la.
bagi laluan kat famili mak long siap2 dulu sbb diaorg follow skali ke kl.uang.


sempat singgah pa.rit ra.ja dulu on the way tu.
beraya rumah mak su mr abah kat pa.rit lo.ndang,
& sempat singgah beli pisang salai.
(mmg feveret budak2 ni, kalau beli mmg 2-3 kali hadap mesti habis).


tema raya ke7 kami : carca merba tp ala2 kemerah2an & keungu2an campur2 coklat sikit hehe...(nak jgk bertema tuuu...)





dari pa.rit ra.ja, kami sempat jugak singgah melawat tok busu jap kat ccu hospital kl.uang.
alhamdulillah, walaupun bukan waktu melawat tp dibenarkan masuk kejap.


lunch kat kl.uang sbb masing2 dah mengadu lapar.
ye lah, masa tu dah pukul 3 ptg rasanya.
mana la perut x berbunyi.
mr abah siap order kari kepala ikan (huhu...lupa nak amik gambar).



sebenarnya aku terasa nak mkn kfc lunch tu.
tp dah laluannya memang x de kfc, so x dapek la nak nolongnya.
mr abah dengan baik hatinya "tapau" kfc kat me.rsing & kami lepak kat pantai me.rsing ni sambil makan kfc hihi...
masa ni dah 6++ ptg.
sempat lagi tu padahal perjalanan ke ro.mpin lagi sejam lebih huahua...






end of our 7th syawal...


No comments: