Saturday, September 14, 2013

LR.T




masa pergi bercuti ke kl hari tu,
dalam plan aku mmg aku masukkan aktiviti naik lr.t
(hehe...macam tourists sangat ko kan?).
ye lah...dah katanya untuk budak2.
mmg yang tu pun yang diaorang seboknya pon.
nak naik train, nak naik train!!



aku ni mmg dah lama sungguh la x naik lr.t.
ikutkan yang selalu naik lr.tnya pun masa zaman bujang dulu,
zaman2 keja kat kl.
bayangkan la kawin pun dah 10 tahun.
it was before that 10 years, more than that 
(see?!! ko rasa2 banyak x perubahannya?)



disebabkan itu, aku dah print map nih setsiap sebelum pegi...








from map nih, boleh la bayangkan kat mana nak tukar stesen dsb.
walaupun kejadian sebenar & pengalaman naik lrt nih x seindah di sangka huahuahua...



some kejadian benar yang nak dikongsi, some are due to my ngekness hehe...
(or rather sebab x tau...oiiiii, 10 tahun tau x naik lr.t) :
(mind that kitaorang naik lr.t dari stesen ba.ndaraya to stesen kl.cc)



(1)
dulu kan lr.t ni ada macam2 - lr.t star, lr.t putra & monorel.  
i mean, provider dia lain2. 
jadik bila kita nak tukar2 train tu, kena la beli tiket lain2. sekarang ni no no no.  
boleh dah beli sekali harung je tiketnya (bukan tiket pun sekrg, dia guna token).

aku plak ngokngek.
beli token dr ba.ndaraya - ma.sjid ja.mek je.
dah jenuh kena keluar dulu kat ma.sjid ja.mek ngan anak2 berciap tu,
beli plak dr situ ke kl.cc huahuahua...


(2)
nak g kl.cc boleh pulak salah platform.
dah terpegi arah bertentangan.
kena pulak turun kat stesen pa.sar se.ni.
tukar plak platform sebelah.
patah balik ke kl.cc huahuahua...


(3)
time balik tu,
nak tukar train kat ma.sjid jamek tu,
punya lah jauh berjalan huhuhu...
dah le masing2 dah penat time tu.
kena pulak jalan jauh, naik tangga.
mmg nak menangis huahuahua...


(4)
respect some malaysians yang naik public transport (lr.t to be exact).
i mean malaysians yang bagi laluan tempat duduk untuk aku & mr abah.

aku kan dokong is.yraf.
masuk2 je lr.t,
dengan pantas sorang mamat ni bangun bagi aku duduk.

applicable oso untuk mr abah
(kot la ingatkan diaorang ni kesian kat pompuan je).
masa tu mr abah dokong is.yraf yang tengah tido.
sorang mamat ni terus bangun & bagi mr abah duduk.

arigato to that handsome guy & the other guy with jambang hehe...


pengajarannya :

kalau berjalan ngan anak2 yang ramai yg masih kecik2, 
x payah ler naik public transport.
i mean, kalau ko ada kenderaan sendiri la.
banyak nak kena berjalan,
dengan ramai orangnya,
ko nak tengok anak2 ko lagi.
bukannya diaorang follow betul2 pun.
ada karang dok ralit tengok orang la, dok main la,
bukan je ko penat berjalan, penat membebel jugak hihi...


in my situation,
aku ok je.
penat mmg penat.
tp nak bg pengalaman kat anak2 nih, kena byk bersabar.
at least diaorang dah rasa apa yang diorang nak.
pastu request plak nak naik monorel 
sbb dia tgk rel tu betul2 lalu atas kereta kat tengah2 bandar hahaha...
(amek ko...pasni plan naik monorel plak)


bak kata mr abah,
"kita naik kereta ni lagi dekat nak g kl.cc.
punya la berpusing2 naik lr.t tu" hehehe...

pengalaman namanya tu bang!




No comments: