Thursday, September 26, 2013

Semalam & Hujung Minggu Ini






semalam terpaksa amik cuti sbb is.yraf cirit birit huhu...
x tau makan apa.
tp petang sebelum tu mmg kami makan kat luar.
is.yraf makan roti burger fa.rah sikit & nasi impit sate.
orang lain x de pulak sakit2 perut pun.
mr abah kata, mungkin makanan kat taska kot.
wallahua'lam...



malam sebelum tu mmg x tido la aku ngan mr abah.
is.yraf merengek sepanjang malam.
dengan tukar lampinnya lebih daripada 5 kali malam tu saja.
huahuahua...
bila tukar lampin tu pulak, siap menangis meraung tengah2 malam tu.
pedih sebab melecet.
dah dia pun berapa kali buang air kan?!



alhamdulillah hr ni macam dah kurang sikit.
dah sapu zinc cream yang doc bagi.
dah minum smecta.
walaupun cirit tu still ada,
tp aku rasa improving la kot.
sbb malam tadi boleh dah dia tido lena sikit compared to malam sebelumnya.



(kalau korang biasa pegi ho.spital pa.kar an.nur ba.ngi,
aku nak suggestkan korang jumpa dr. ph.ia.
my junior masa secondary dulu.
aku kalau dia on duty, mesti aku request jumpa dia.
sbb aku boleh tanya apa je kat dia tanpa ragu2,
kalau korang dengar explanations dia pun korang x akan rasa macam
eh, betul ke x doc ni ek?! - ni yang aku selalu rasa kalau jumpa certain docs.
sila cuba sendiri ye...)



kebetulan cuti semalam,
(mr abah pun cuti sama hihi...
biasa dah aku ngan mr abah nih, kalau x de pape mmg amik cuti sama2 manjaga anak)
lepas pegi klinik,
terus kami menuju ke pu.trajaya untuk ke sini...




Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013)




kalau ada yang kelapangan,
boleh la jenguk.
besar...penat berjalan.
tp syoknya macam2 makanan aku beli
(aku ni, biasa la...makanan makanan & makanan hehe...)
kalau nak beli stok2 kerepek mmg banyak.



sempat jugak beli telekung untuk fa.rah & iz.ryn.
iz.ryn aku x penah belikan telekung lagi.
ni 1st time beli.
bersemangat dia nak solat subuh pagi tadi hihi...





purple for fa.rah & blue for iz.ryn


disebabkan hanya is.yraf je yang ikut,
dapat la dia naik beca for the 1st time hihi...
tgh2 panas kul 3 ptg,
mmg pelancong sangat la diaorg nih haha...







naik beca or naik keta kuda or pony ride semuanya free.
tp kena ada resit pembelian kat mana2 stall situ,
pembelian rm10 ke atas.
patutnya nak naik keta kuda.
tapi tgh2 panas tu kuda tengah berehat pulak huhu...


kalau beli lebih drp rm20 dalam 1 resit,
boleh dapat free naik belon panas.
aku rasa aku x jenguk lagi dah KU.D ni,
makanya bagi la resit kat orang yg dok pu.trajaya.



kalau x nak pegi KU.D,
boleh la pegi IC.EPS9.
nak g dua2 pun ok je sbb x jauh sangat pun.
bawak anak2 pegi jalan2 weekends ni mesti seronok.








so, jom berkarnival hujung minggu nih!!


No comments: