Thursday, October 31, 2013

School Trip







satu2 gambar yang ada ir.fan masa dia pegi skul trip ke me.laka semalam.
mr abah amik gambar ni kat fb sekolah.


semalam bas sampai balik ke sekolah +- pukul 8 malam.
ramai jugak yang pergi rupanya.
2 bas.


aku bagi rm25.
kalau ikutkan, makan semua mmg dah included dalam fees hr tu.
saje la bagi pocket money.
tengok2 one of the things yang dia beli - bdaman!
huahuahua...
padahal berlambak dah bdaman tu kat rumah.
mr abah pun dah warning x bagi beli lagi.
tp bdamannya tu dia kata dia bagi kawan.
entah la...budak2 nih.
sampai ke me.laka pun, bdaman jugak yang dibelinya.



sebenarnya aku kesian kat ir.fan.

kan pernah trip sebelum nih yang dibatalkan.
boleh tengok sini kalau nak tau cerita.

so bila ada trip yang ni, aku bagi la dia pergi.
walaupun risau jugak kan kalau batal jugak macam sebelum ni.
segarang2 singa aku nih x de la kejam sangat pun hehehe...






Su.pplements




hari tu the kids sebok nak aiskrim.
aku saje suh budak2 makan kat luar depan rumah.
tetiba ir.fan masuk & bagi ini kat aku...




- pic googled -


jiran sebelah bagi.
(bukan dia bg pamplet tau. dia bg sebotol pil tu)
bila tanya ir.fan,
ni bagi ke kena beli ek?
entah la ir.fan pon x tau (grrr...)



mr abah kata,
bayar je lah.  kesian pulak nak bagi balik.
sebenarnya ok je nak bagi balik.
tp pagi tadi sama2 keluar rumah ngan jiran tu,
borak2...
(1st time dia tegur aku setelah sekian lama berjiran)
macam x sampai hati pulak nak pulangkan balik huhu...
sbb dia kata boleh je bayar nanti2 huahuahua...


camtu ke orang berniaga ek?
kalau bagi free untuk orang cuba,
aku rasa ok jugak la kan.
tp kalau bagi cara gitu,
melalui anak2 plak tu,
hmmmm...
plak tu, jiran ni walaupun sebelah rumah,
mmg x penah tegur orang pon.
kadang2 aku senyum tu, dia x senyum pon.
ye lah...aku mengaku aku jarang keluar rumah & x peramah.
aku pon nak kata kategori sombong tu,
bukan la kot...cuma aku x brp reti nak mulakan conversation.
tp kalau orang start conversation dulu, aku ok je.
cuma aku x paham kekdah gitu kalau jual barang.
(harganya pon bukan setakat 20-30 hinggit tau...)


x pe lah.
boleh la aku try product nih.
mr abah kata, try je la pastu x yah beli lagi dah.
(ingat senang ke huhuhu...
tu jiran sebelah rumah kita tu bang oiiii)


insyaAllah kalau dah try kat the kids nanti aku bagi review ek...



Monday, October 28, 2013

Sabtu : Makan & Lepak




ada kawan mr abah rekemen makan kat satu tempat ni.
western food.
walaupun jauh lokasinya kat ch.eras,
tp knowing mr abah mmg dia akan berusaha jugak bawak kami2 nih.



kebetulan mmg ada nak carik barang kat ba.ngi.
dah terlanjur g ba.ngi, aku lajakkan sikit carik kain untuk buat seluar sekolah ir.fan
kat na.goya ka.jang.
sebenarnya dah x koser asik nak beli seluar kafa ir.fan.
rasanya sepanjang tahun ni ada 4-5 kali gak kot g beli seluar dia.
asik2 koyak kat lutut.
tah apa la yang dia main kat sekolah tu smpi teruk camtu skali.
so solutionnya, beli kain putih yang tebal tu.
pastu nanti tempah je buat seluar.
harap2 tahun depan dah kurang la sikit dia main sampai koyak2 lutut.
ataupun harapnya kain tu tahan la sikit drp kain nipis selama nih.



dah sampai ka.jang tu, dah x jauh sangat nak lajak ke ch.eras.
sampai awal, kedai pun belum bukak hahaha...
x pe, tggu kejap.
kami 1st customer la kira sbb tunggu diaorang set up meja hahaha...
tapi ok la datang awal.
sbb x lama lepas tu berduyun2 orang datang, sekelip mata je penuh meja.







recommended - black pepper chicken chop




serius,
black pepper ciken chop dia mmg sedap.
sauce black pepper dia tu mmg sedap sangat.
mmg licin la sauce tu aku makan.
pedas tp pedas yang boleh diterima.
ir.fan pon boleh layan.


aku bagi alamat dia kat sini,
in case ada sape2 berminat nak pegi.
deret kedai tepi jalan je.



We.stern Ca.fe Ta.man Bu.kit Ch.eras
1 Jalan 15/144A
Taman Bukit Cheras
56000 Kuala Lumpur



balik dari situ, mr abah ajak pegi lepak2 kat pu.trajaya.
tapi sebab aku nak g supermarket dekat ngan rumah nih,
lepak2 kat da.taran ni.lai je la.







budak2 berjaya pow aku malam tu.
paling cute skali yang iz.ryn punya tu hehe...
abang & kakak sebok nak pedang bagai.
dia boleh pulak pilih yang paling comey gitu.



Friday, October 25, 2013

Terjebak



tengah terjebak tengok cerita ini...









dan ini...










tapi aku tengok online je.
yang satu tu kalau x silap aku kat mustika hd yang memang aku x de pon kat rumah nih.
yang satu tu pulak pukul 7pm yang mana aku tengah busuk2 lepas masak.
malas nak layan tv.
pulak tu sekrg maghrib awal.
mmg x la aku nak mengadap tv waktu2 tu.



suka la aku tengok mr ar.rogant ngan wife dia tu.
walaupun ar.rogant gitu tp klakar pun ada.



JI.MK tu macam bosan sikit.
sbb macam lems gitu citer dia, meleret2.
dah le kejap je 1 episod tu.
aku rasa penah aku break x tengok cerita tu a few weeks jugak.
sekrg nih baru catch up balik.
sbb rasanya nak abis dah kot cerita nih.
tetiba nak plak tau endingnya.



ada lagi satu yang aku layan online...
lain sikit dari yang 2 atas nih hehe...





''




''





''





''





''










klakar giler ko!
sampai ada kawan aku kata,
sape tengok RM tp x gelak maksudnya dia sakit mental hahaha...




for those yang nak layan JI.MK & LY.MA,
aku tengok melalui add : www.moviesinfobsyok.net


& untuk RM, addnya adalah www.epdrama.com


selamat menonton!!


Sabar



semalam, hari yang menguji kesabaran aku.
(sebenarnya kalau berkaitan ngan anak2, sentiasa aje menguji kesabaran huhu...)


semalam hari sukan sk.dj.
sape2 yang x masuk diberi cuti peristiwa.
kebetulan mr abah amik cuti semalam.
tp dia ada keja sikit kat ba.ngi.
disebabkan ir.fan kata dia x masuk apa2, so kami decide biar ir.fan ikut mr abah je.
fa.rah pulak, beria2 dia kata dia masuk acara lari.
seb baik sukan tu kat tempat keja aku,
so senang la pagi2 tu aku hantar dia &
once in a while aku turun la kejap tengok dia.
planning baek punya nih.



tup2 bila aku jumpa cikgu kat padang tu,
check2 nama peserta,
nama fa.rah x de rupanya!!
adoiiii la anakkkk.
memang naik hantu la aku.
membebel x berenti aku.
siap menitis air mata aku menahan marah.
fa.rah apatah lagi kan?!


entah macam mana lah dia boleh kata dia masuk acara.
mungkin sbb latihan sukan kot.
berianya dia kata dia masuk tu yang aku pelik tu.
mungkin x paham apa cikgu kata kot.
mungkin jugak x dengar apa cikgu kata.
adoiii...
aku nih nak marah lebih2,
mr abah kata kesian kat fa.rah.
dah satu keja pulak aku nak hantar fa.rah ke ba.ngi pagi tu.


cikgu kata, sape yang masuk mmg cikgu bagi pas untuk ibu bapa setsiap.
bila aku kata fa.rah ada pas tu,
cikgu kata fa.rah mintak pas sbb dia kata mama & abah nak datang tengok.
huahuahua...
kalau x masuk apa2, buat ape lah aku nak pegi tengok kan?!



entah lah.
nak marah lebih2 pun x guna.

fa.rah fa.rah!!!
mmg kena banyak sabar mama kamu nih nak oiiii...


(malam sebelum tu mr abah ada kata nak belikan fa.rah kasut sukan.
seb baik x jadi beli huahuahua...)


Tuesday, October 22, 2013

Update




lama rasanya x "meluahkan perasaan" kat sini hihi...
(more than a week tu macam lama sangat kennn?)


sebenarnya tengah bz sikit.
so mood menulis pun ke laut la jawabnya.


in the midst of packing, ready to relocate.



~half way done~


lama dah ura2 nak kena pindah ofis nih.
tp sbb ianya melibatkan keja2 wiring & additional partitions menda alah semua tu,
so lambat la jadinya.
ni pun sebenarnya x tau lagi bila tarikh nak pindah.
saje suka2 aku nak kemas hihi...


triggering point dia sbb keja2 yang sepatutnya tu dah siap.
karang x pasal2 short notice suh pindah,
mati le aku nak mengemas.



kenapa kena pindah?!!
isu yang aku malas nak kupas.
pasrah - that's the word!!





Thursday, October 10, 2013

Ikan




hari tu ir.fan kata cikgu ada suruh bela ikan.
sebok dia nak beli ikan.
siap amik bekas biskut aku kat dapur nak buat akuarium.
ishh...x kan le pakai bekas biskut kot.



kebetulan masa pegi ba.ngi last week,
kat pk.ns tu ada pulak orang jual ikan.
dapat la ikan sorang satu - ir.fan & fa.rah.
aku dah siap2 warning, masing2 kena jaga sendiri.
bagi makan sendiri.
sebab aku malas nak jaga.








ikan laga je pon.
x pe lah buat permulaan nih.
bagi diaorang belajar dulu camne nak bela ikan nih.



aku x bagi bawak naik ikan kat bilik.
kena letak kat dapur.
tu pun kat washing area hehe...

(asik lupa je nak amik gambar lokasi ikan kat rumah tu...ishhh...)

tiap2 pagi & petang lepas balik sekolah,
mmg situ la tempat tujunya dulu.
sbb aku suh bagi makan pagi & petang.


budak yang jual tu kata,
ikan laga ni sekali makan cuma 5 bijik makanan dia tu je.
tp aku tengok ikan2 tu macam x cukup makan je.
risau pulak nak bagi lebih2 sbb takut terlebih makan karang,
mati le pulok.
x cukup makan karang, mati jugak.
entah la.
tp rasanya asalkan kita bagi makan, ok kot kan??!







Tuesday, October 8, 2013

JJCM #1 2013






nan kima @ am.eerali se.ksyen 15 bb.bangi!


boleh la cuba ye.
aku pun 1st time try nih.
hari sabtu lepas.
mr abah kan biasa makan2 kat area sini ngan kawan2 dia.
kalau ada yang menarik selalunya dia akan bawak kami pulak.


boleh tahan la rasa dia.
mayonis kat atas tu, bila budak2 tengok,
masing2 sebok nak rasa.
walaupun diaorang awal2 sampai tu terus order roti pisang...

(x tau mamanya nih ada agenda nak order something yang x penah dirasa sebelum ni huahuahua...)


Monday, October 7, 2013

Mi Si.put




masa g ku.d hari tu,
aku beli ini...







mi siput makanan orang jo.hor!
dulu masa kecik kat sekolah agama aku ada jual.
siap dia calit ngan sambal kat atas mi tu.
mmg sedap.
kalau x, takkan le tiap2 hari aku beli.


aku x penah beli mi siput nih yang belum goreng.
tapi hr tu ada office mate orang jo.hor ni bawak g ofis.
sedap la pulak.
terkenang2 zaman kecik2 dulu.
tu yang bila pegi ku.d nampak ada makcik nih jual,
terus aku beli.
makcik tu promo siap buat sambal lagi utk rasa.


aku x pandai buat sambal dia.
aku rasa sambal dia tu bukan sambal tumis biasa yang kita selalu makan tu.
sebab aku rasa macam lain.
tp sedap je makan kosong tanpa sambal.


sape2 x penah rasa,
boleh la try rasa.
mesti nanti x cukup sepeket hehe...


*aku ni bila beli x reti nak beli banyak2.
mesti sepeket sepeket je aku beli.
budak2 tengah membeso, mana la reti makan sikit2 kan?
dah x de dah stok makanan kat rumah tu untuk anak2...padan muka!!*



Saturday, October 5, 2013

Ta.sik Y





balik b.p hari tu,
bawak budak2 pegi main2 kat taman petang2.
kat b.p ni x de banyak sangat tempat nak pegi beriadah nih.
& satu2nya tempat yang famous ialah - ta.sik y!



Tasik Y, formerly a mining site, is a recreational park with a man-made lake in the centre. Here, you can find playgrounds for children, exercise facilities, rest huts for picnics and stone reflexology walking path. Mornings in Tasik Y is filled with music and laughter. Elderly as well as young children arrives at Tasik Y to take part in various exercises in group including aerobics, belly dancing, Tai Chi and so on. Tasik Y is also famous for the food stalls that serve authentic local cuisine such as Roti Canai, Rojak, Ais Kacang and so on ~ www.travel.findbulous.info



x buat apa sangat pun kat sana.
saje bagi budak2 rehatkan minda main2.
dapat la jugak aku beriadah sikit.
jalan 1 round tasik tu kira ok la kan.
(dasar berat bon2 hahaha...)







aku x amik gambar sangat kat sini.
sebab khusyuk tengok orang haha...


masa aku kat sana tu,
ada sekumpulan wanita tengah sebok senamrobik.
semua orang mata dok pandang ke group tu.
ye la kan, "menari" di khalayak ramai mana la orang x tengok.
sebab tu kalau ada senamrobik terbuka kat ofis ni,
aku malas nak join.
tu ler sebabnya.
aku x minat orang dok tengok2.
tp kalau senamrobik tertutup, insyaAllah aku join jugak kadang2.

(alasan sangat ko kan, kalau dah x nak bersenam tu hihi...)




Friday, October 4, 2013

Bo.ss





sebenarnya tengah tension ngan bos nih!!
huarggggghh...


masa keja private dulu,
bila tension ngan bos je mula la nak carik keja lain.
tp dah keja go.men nih,
takkan nak carik keja lain plak kot.
pasrahhh!!


*berdoa jangan la aku jadik macam bos aku ahakk...



10th Wed Anniversary : Part 4



okeh...ini last entry untuk cuti2 sempena wed anniversary hr tu.
(x abis2 kan hihi...)


the next day tu,
kami check-out lambat sikit.
pagi2 mr abah dah keluar gi tapau breakfast.
tah kat mana dia beli aku pun x tau.
tp x risau sangat sbb area situ banyak kedai makan.
kedai mamak pun ada je depan hotel tu.


destinasi seterusnya - pe.trosains!
kali ni naik keta je sbb mmg dah check-out dari hotel.
time ni ler yang mr abah kata naik keta lagi dekat dr naik lrt hehe...
(tau x pe...)



lama giler kami dok dalam pe.trosains nih.
rasa lebih 3-4 jam jugak dok dalam tu.
mmg berbaloi aku rasa sbb entrance fee dia x de la mahal sangat
(berbanding aq.uaria yang kecik tapi mahal gils)



layan gambar je la ek...



~ beria mama.  konon nak tolong irfan dia yang lebih haha... ~



~ seb baik pinjam stroller kat situ. kalau x, jenuh nak dokong isyraf tido ~



~ mr abah nak amik gambar kat keta senget & enjin ni.
tp serius ramai lelaki2 yang amik gambar kat sini hihi... ~



~ macam2 the kids cuba.
yg irfan tgh tersengeh tu, masa tengah tggu turn nak masuk 3D ~


keluar dari situ, masing2 dah lapar.
terus je tuju ke ra.sa foodcourt.
masa nih tengah hujan lebat kat luar tu.
(patut la perut berkeroncong huhu...)



lepas solat, aku plan nak g is.tana ne.gara lama tu.
hujan pun macam dah nak teduh.
tengok2 time tu nak dekat kul 5pm.
is.tana tu pulak mmg tutup kul 5.
x tercapai la hajat aku.
next time la kot.



so, itu saja percutian singkat kami untuk wed anniversary tahun ni.
kami ni kalau nak bercuti x tentu masa.
mungkin hanya wed anniversary kali ni je ada cuti2 nih.
next time x tau lagi.
next destination pun x tau lagi.
tengok keadaan kewangan, tengok approval mr abah,
tengok budak2 ok ke x dengan timetable sekolah bagai.
hmmmm...x boleh nak expect la percutian selepas nih.



tp yang penting dalam kepala aku nih dah terbayang2 either :


- percutian ke gr.and le.xis pd or
- percutian mengenang kembali tempat honeymoon : ca.meron hi.ghland


cuma bila tu, wallahualam...
just wait & see!!