Thursday, November 21, 2013

Anak Teruna





alhamdulillah...
ir.fan dah jadik anak teruna 16.11.2013 ritu.
ok je dia sebelum dan selepas kejadian.



tqvm to atok & atok mak sebab sudi datang jaga selama 4 hari.
aku ni nak cuti pon x boleh sbb baru start fieldwork huhuhu...
bila atok balik semalam, ir.fan pon dah makin ok.
so alhamdulillah senang sikit nak menjaganya.
dah boleh melompat dan berlari dah semalam.
tp makan still pantang lagi la.




~ kat klinik sebelum kejadian ~



ir.fan berkhatan sekali ngan sepupu dia.
so ok la ada kawan.
dok sama2, main sama2.
x de la boring sangat kan?




~ kat rumah selepas kejadian ~


ada orang kata badan akan naik bila lepas berkhatan.
risau aku sebab ir.fan mmg besar badan dia.
kalau sepupu dia tu, ok la kot naik badan sikit.


just wait & see...



Wednesday, November 13, 2013

#4 :@ 17Months








budak nih pakai baju gegirl hehe...
baju wakaf kat taska sebab cikgu kata baju dia basah.



malam tadi, is.yraf demam.
aku lap2 badan & kepala, dia marah aku.
pagi baru bangun bagi ubat.
pegi taska tadi dah turun dah panasnya.
aku standby je nih kot2 taska call.


Tentang Fa.rah




ok...cerita pasal fa.rah pulak.



masa aku jumpa cikgu farah awal tahun hr tu,
(sek diaorang buat open day pada bulan mac.
itu lah satu2nya open day yang diaorang buat sepanjang tahun).
cikgu kata fa.rah ok.
aku tengok results dia pon boleh tahan la
(as compared to ir.fan at that time).
suka sangat komen from cikgu sbb dia kata,
fa.rah aktif dalam kelas.
suka angkat tangan nak jawab soalan sampai cikgu terpaksa x bagi dia angkat tangan lg dah.
asik dia je kan? camno hahaha...



pencapaian dia setakat paper yang dia bawak balik untuk akhir tahun ni,
quite ok jugak la.
yang x oknya - paper pendidikan jasmani & kesihatan huahuahua...
(padahal bukan paper penting pon, tetap aku stress - mmg la mak ko nih).
sebenarnya aku teringat time fa.rah study utk paper nih.
dia kalau hari sekolah, maghrib je dia start ngantuk.
jadiknya aku x tau la apa yang masuk dalam kepala dia bila dia baca buku tu.
pagi2 tu dia bangun,
boleh pulak dia kata susah la pk, saya x ingat.
mau mak ko x risau.
belum exam dah cakap gitu haha...
tapi aku tawakal je.
buat yang terbaik anakku...



walaupun fa.rah x dapat pencapaian terbaik 1-3 masa hari anugerah tu,
tetap aku bangga bila fa.rah dapat...



~anugerah kehadiran penuh~



memang dia x pernah x datang sekolah.
memang komited.
sedangkan hari tu dia sakit mata pon,
boleh dia menangis sebab aku x bagi dia g sekolah.
(yg tu sehari dia x datang cikgu x ambik kira kot,
sbb mungkin dia dah senaraikan nama penerima anugerah).



yang terkezutnya aku hari tu,
anak2 yang dapat anugerah nih,
mak pak diaorang pon ter"seret" skali kena naik pentas.
merasa la aku pulak yang dapat anugerah huahuahua...






hahaha...tinggi sangat aku rasa anugerah perihatin tu.
sampai adik aku kata 
"ingatkan selalu sangat tunjuk muka kat sekolah, tu yang jadik perihatin tu" hehehe...



sebenarnya kesihatan yang baik &
kehendak diri budak2 tu sendiri pon kena ada untuk memastikan kehadiran penuh,
selain daripada peranan mak pak.
teringat lagi aku zaman kecik dulu.
mmg atok & atok mak adalah orang yang paling strict skali bab2 sekolah nih.
jangan harap sekali pon x datang sekolah.
dah begitu didikannya, 
aku pun sedikit sebanyak jadik gitu jugak lah bab2 mendidik anak2 nih.



aku doakan fa.rah yang baik2 juga.
agar dia sentiasa diterangkan hati untuk menerima & paham pelajaran dengan mudah.
sentiasa berusaha memperbaiki diri & sentiasa cemerlang dunia akhirat.
ni pon kira hadiah gak kan?
so dapat jugak basikal hahahaha...
(patutnya yang dapat hadiah pelajaran je aku bagi basikal,
tp x pe lah...
kenapa aku nak jgk bagi basikal kat fa.rah, nanti aku stori mori).




Tuesday, November 12, 2013

Tentang Ir.fan




alhamdulillah tahun nih ada peningkatan untuk ir.fan.
aku pun terkejut bila cikgu kata ir.fan dapat hadiah.
ye lah kan,
kalau tengok ir.fan kat rumah, aku nih menangis pon pernah.
nak suh buat latihan or even nak habiskan buku aktiviti sek tu pon, jenuh.
aku nih terpaksa lah kena suh buat 2 mukasurat or 5 mukasurat sehari.
kalau x, x boleh main or tengok tv.
baru la bergerak. tu pon 2 mukasurat.
kalau nak soh 10 mukasurat, mmg x la kan.



masa nak final exam hari tu,
walaupun x de ler aku paksa diaorang 24jam ngadap buku,
tp aku buat jugak la time table.
at least 3 jam sehari kena buat latihan/ baca buku.
alhamdulillah, masa ni ir.fan quite ok jugak la ikut time table.
(tp cuma untuk 2 minggu exam week tu la.
dah kata last minute study, apa yang sempat je la kan?
menulis nih pun teringat semputnya aku sepanjang 2 minggu tu huhu...)



sebenarnya, kalau ikutkan yang penting adalah pencapaian anak2.
x semestinya dapat hadiah kecemerlangan.
dah kalau anak ko kelas yang pertama dalam sekolah,
mesti lah semuanya pandaikan?
saingan untuk dapat no 1-3 tentulah sengit.
padahal anak ko mmg scorer.
(dalam kes nih, anak2 aku bukan kelas pertama ye.
sbb kat sek nih darjah 1-3 dia x kategorikan kelas lagi.
aku teringat dulu mr abah kena "herdik" ngan gb sbb bertanya dalam keadaan yang innocent pasal kedudukan kelas hehe...seb baik bukan aku yang kena.
kalau aku kena, mmg gb tu aku "mark" sampai sudah huahuahua...)



tapi, macam tahun lepas,
masa ir.fan darjah 1.
ada la kawan ofis aku nih, anak dia dapat hadiah cemerlang
(1 sekolah ngan ir.fan, umur pon sama tapi kelas lain).
punya lah aku down giler bila ir.fan x dapat hadiah.
x ler tunjuk depan budak2.
tapi punya psikonya aku,
aku siap cabar budak2 - kalau tahun nih dapat hadiah, aku akan belikan basikal.
aku rasa aku nih boleh sakit jantung kot.
punyalah psiko gils nak anak dapat hadiah.
pastu aku yang meroyan sendiri bila budak2 asik main je, x belajar.
bila ingat2 balik aku rasa masa aku sek ren dulu,
x de ler pulak atok & atok mak beria marah aku suh belajar.
tp ok je results aku time tu.
tp aku ingat dulu atok mmg x bagi kitaorang tengok tv kalau weekdays.
tv zaman dulu yang ada "pintu" tu, siap atok letak padlock lagi.
brutal x atok dulu2 hehehe...



hasilnya...







alhamdulillah!!
cuma aku x berapa nak tau pencapaian sebenar ir.fan.
i mean, band2 semua tu aku x tau pon.
markah exams pun yang aku tau 2 paper je yang ir.fan bgtau.
sek diaorang nih, 1 kelemahannya sebab x buat report card day masa akhir tahun.
susah jugak la nak tau pencapaian diaorang nih.
mr abah suh pegi sekolah tanya cikgu.
insyaAllah minggu nih aku carik masa pegi sekolah jap kot.


hopefully, pencapaian ir.fan akan terus meningkat setiap tahun.
& semoga sentiasa diterangkan hatinya untuk terima & faham pelajaran dengan mudah.
risau dengan persaingan zaman sekarang nih.
dah sebok dah ir.fan claim basikal dia hehe...
kena tunggu mr abah free sbb mr abah sekrg nih off day pon kena panggil keja huhu...



pasni aku cerita pasal fa.rah pulak.



*mr abah penah cakap ngan aku,
jangan ler stress sangat ngan pencapaian budak2.
kira ok la results diaorang tu.
aku budak2 dapat 80%++ pon aku down giler!
entah ler aku nih.  high expectation sangat huahuahua...
walaupun aku x der ler marah budak2, tp diri sendiri yang merana.
oiii...belajar2 lah tidak terlalu stress!!!*


Monday, November 11, 2013

Yang Aku Suka




kalau nak ikutkan,
favourite food aku memang ler banyak.
dah dasar orang yang suka makan,
of cos ler macam2 makanan yang aku suka kan?


tapi yang nih mmg aku suka...



kerabu mangga



kalau g makan kat mana2,
esp kat restoran2 thai,
mmg kompem aku akan order kerabu mangga.
aku boleh ratah camtu je sementara tunggu nasik sampai.
aku suka rasa dia yang ala ala masam pedas gitu...


yang ni aku order masa g lunch ngan mr abah last week.
kedai dekat ta.man se.marak ni je hah...
femes aku rasa sebab penuh je kedai tu.
aku pegi nih waktu lunch hari rabu.
sampai sana dalam kul 110pm, meja hampir penuh.
tp kedai nih semua kena order.
dia bukan stail buffet dah siap lauk banyak2 tu.
so, merasa la menunggu lama sikit masa mengorder tu.


oh...nama kedainya - ab.as se.afood.
(x komersil pun nama, tp yang penting sedap)



satu lagi...tauhu.
be it tauhu biasa ke, tauhu telur ke.
aku share the same passion towards tauhu dengan ir.fan.
mmg kami dua2 hantu tauhu.
(sebab tu kami putih huahuahua...)




tauhu black pepper



resepi tauhu ni kawan aku yang bagi.
ni 1st time aku try buat semalam for dinner.


senang je resepinya.
(yang aku dah olah ikut kesesuaian tekak aku la)


bawang merah, bawang putih & halia sikit.
hiris2 & tumis.
pastu masukkan oyster sauce & black pepper sauce
(kalau suka pedas letak la banyak sikit bp sauce tu.
kalau x dak bp sauce, guna bp powder pon ok.
aku rasa mesti lagi meletop. cuma bp powder aku dah abis, so aku ganti ngan sos)
yang aku masak nih aku x letak garam sbb oyster ngan bp sauce tu mmg dah masin.
masukkan tauhu yang dah digoreng.
last sekali masukkan kucai.
(nak letak daun bawang pon ok)
siapppp...
senang je, sedap pon sedap.


aku beli 2 keping je tauhu tu.
sbb yang makannya pun aku ngan ir.fan je.
yang lain esp mr abah mmg x berapa minat ngan tauhu.


so, u ols boleh la cuba ye.
ada 2 option aku bagi nih.
either nak masak or nak makan kat kedai hihi...
tp masak tauhu tu pon senang giler.
aku nih, mmg x dak la nak masak yang payah2.





Thursday, November 7, 2013

Aktiviti Hari Cuti




hari sabtu lepas (2.11.2013), aku ada pertandingan boling.
alahhh...sesaje je pon.
aku bukannya reti main.
bak kata mr abah "ishhh...ni tahap x boleh diajar nih"
(hehehe...punya lah kaki bangku tangan bangku tegar aku nih kan)


main saje nak support kawan2 ajk persatuan pegawai ofis aku nih.
siap dapat sijil tau.
don't play-play!!









petang tu g visit si kecik ma.ya kat kp.j.
(x sehat mcm is.yraf penah kena dulu masa baby...
batuk siap kahak sampai susah nak bernafas)
pastu g makan kat ri.mbun klasik ba.ngi.
lama dah x makan kat sini.
eh, not bad lah food kat sini.


mr abah & ir.fan makan ciken chop.
(padahal baru je hari tu makan western kan?!)
aku order mee goreng mamak & telur bungkus (sedap u ols walaupun sedikit pedas)
fa.rah & iz.ryn seperti biasa kalau makan kat mana2,
mesti mee goreng or kue tiow goreng.
(cuba lah adventurous sket anak2 oi...
tp serious dua2 tu pon sedap)








budak kecik ni pulak kalau nampak makanan mmg excited.
lepas tu bila bagi makan, dok la main2 (pfftttt...)







lepas makan & siap solat maghrib semua,
aku macam dah penat & ngantuk.
dah berkira2 balik rumah nak buat apa,
dah berkira2 jugak nak tido awal.
mr abah singgah pe.tronas siap beli keropok, air 2-3 botol.
pelik jugak nih.
rupa2nya dia nak bawak budak2 lepak kat da.taran ma.sjid pu.tra
(menangis aku dalam hati...).


alasan aku tidokan is.yraf cepat2.
sampai sana dia dah tido hahaha...
(alasan kuat aku boleh lepak je dalam MrE hahaha...)


tapi diaorang pun cuma bukak bonet belakang MrE,
dok situ sambil makan kopok hehe...
ramai sangat orang sampai 2x round baru dapat parking.







saje je pon, bukan ada apa,
saje2 lepak.
kul 9pm camtu, dah chow dah.
padahal waktu tu ler lagi panjang berderet kereta masuk.



then, cuti maal hijrah semalam,
aku pon berhijrah ke arah rajin sikit hihi
(yo lah tuuu...)
buat kuih keria.
punya lah berkurun x buat,
sampai sira pun x menjadik.
tp tetap licin budak2 makan x sampai 10 minit hihi...
ir.fan request suh buat lagi nanti.
maksudnya sedap la tu hehe...
(padahal rebus keledek & lenyek2 je pon hahaha...)





~ sira yang x menjadik ~





Wednesday, November 6, 2013

Wabak




wabak sakit mata sedang melanda rumah kami huhuhu...


iz.ryn yang mula2 kena.
bila bawak dia pegi klinik,
doktor kata dia bukan kena sakit mata.
lebih kepada allergic ke hape camtu.
betul la kot sebab sehari je lepas bagi eye drop tu, terus baik.



tapi the next day tu,
mr abah pulak yang kena.
mr abah kronik sikit.
mata merah cam ha.ntu, siap bengkak bagai.



lepas tu, fa.rah plak jangkit.
tp fa.rah pun x brp teruk.
merah sikit2 je & dah beransur baik.



lepas fa.rah, ir.fan pulak.
yang nih mmg teruk.
macam mr abah jugak, merah menyala mata siap dengan bengkak2.



so, dua2 jejaka nih kena pakai sunglasses kat rumah...
teruk sangat, takut nak tengok mata diaorang.








1st day mr abah pakai sunglasses, terdengar la kata2 ini :

ir.fan   :  eh, abah nih macam mr arrogant la...

(hehehe...)



bila 1st day ir.fan pulak pakai sunglasses, aku saje je cakap camni :

mama  :  eh, ir.fan ni macam mr arrogant lah.
ir.fan  :  ye ke?


(hehehe...perasan sungguh kamu nih ek! hahaha...)



buat masa ni, mama ngan is.yraf terselamat lagi dari wabak.
(alhamdulillah...)
harap2nya virus x "terbang" ke kami la insyaAllah...





Monday, November 4, 2013

Selamat




alhamdulillah,
dah selamat pindah ke lokasi ofis yang baru.
ada aku cerita kat sini sebelum nih.



walaupun ada perkara yang terbuku,
x puas hati, sakit hati...
macam2 la bercampur baur,
tapi dah begitu ketentuanNya, aku terima.



~ ofis baru ~


peringatan untuk diri sendiri & pemimpin-pemimpin di luar sana...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Kepimpinan itu satu amanah yang berat. Pada hari kiamat nanti ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan seorang pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab kepemimpinannya dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya.” (Hadis riwayat Abu Hanifah)