Thursday, November 7, 2013

Aktiviti Hari Cuti




hari sabtu lepas (2.11.2013), aku ada pertandingan boling.
alahhh...sesaje je pon.
aku bukannya reti main.
bak kata mr abah "ishhh...ni tahap x boleh diajar nih"
(hehehe...punya lah kaki bangku tangan bangku tegar aku nih kan)


main saje nak support kawan2 ajk persatuan pegawai ofis aku nih.
siap dapat sijil tau.
don't play-play!!









petang tu g visit si kecik ma.ya kat kp.j.
(x sehat mcm is.yraf penah kena dulu masa baby...
batuk siap kahak sampai susah nak bernafas)
pastu g makan kat ri.mbun klasik ba.ngi.
lama dah x makan kat sini.
eh, not bad lah food kat sini.


mr abah & ir.fan makan ciken chop.
(padahal baru je hari tu makan western kan?!)
aku order mee goreng mamak & telur bungkus (sedap u ols walaupun sedikit pedas)
fa.rah & iz.ryn seperti biasa kalau makan kat mana2,
mesti mee goreng or kue tiow goreng.
(cuba lah adventurous sket anak2 oi...
tp serious dua2 tu pon sedap)








budak kecik ni pulak kalau nampak makanan mmg excited.
lepas tu bila bagi makan, dok la main2 (pfftttt...)







lepas makan & siap solat maghrib semua,
aku macam dah penat & ngantuk.
dah berkira2 balik rumah nak buat apa,
dah berkira2 jugak nak tido awal.
mr abah singgah pe.tronas siap beli keropok, air 2-3 botol.
pelik jugak nih.
rupa2nya dia nak bawak budak2 lepak kat da.taran ma.sjid pu.tra
(menangis aku dalam hati...).


alasan aku tidokan is.yraf cepat2.
sampai sana dia dah tido hahaha...
(alasan kuat aku boleh lepak je dalam MrE hahaha...)


tapi diaorang pun cuma bukak bonet belakang MrE,
dok situ sambil makan kopok hehe...
ramai sangat orang sampai 2x round baru dapat parking.







saje je pon, bukan ada apa,
saje2 lepak.
kul 9pm camtu, dah chow dah.
padahal waktu tu ler lagi panjang berderet kereta masuk.



then, cuti maal hijrah semalam,
aku pon berhijrah ke arah rajin sikit hihi
(yo lah tuuu...)
buat kuih keria.
punya lah berkurun x buat,
sampai sira pun x menjadik.
tp tetap licin budak2 makan x sampai 10 minit hihi...
ir.fan request suh buat lagi nanti.
maksudnya sedap la tu hehe...
(padahal rebus keledek & lenyek2 je pon hahaha...)





~ sira yang x menjadik ~





No comments: