Wednesday, November 13, 2013

Tentang Fa.rah




ok...cerita pasal fa.rah pulak.



masa aku jumpa cikgu farah awal tahun hr tu,
(sek diaorang buat open day pada bulan mac.
itu lah satu2nya open day yang diaorang buat sepanjang tahun).
cikgu kata fa.rah ok.
aku tengok results dia pon boleh tahan la
(as compared to ir.fan at that time).
suka sangat komen from cikgu sbb dia kata,
fa.rah aktif dalam kelas.
suka angkat tangan nak jawab soalan sampai cikgu terpaksa x bagi dia angkat tangan lg dah.
asik dia je kan? camno hahaha...



pencapaian dia setakat paper yang dia bawak balik untuk akhir tahun ni,
quite ok jugak la.
yang x oknya - paper pendidikan jasmani & kesihatan huahuahua...
(padahal bukan paper penting pon, tetap aku stress - mmg la mak ko nih).
sebenarnya aku teringat time fa.rah study utk paper nih.
dia kalau hari sekolah, maghrib je dia start ngantuk.
jadiknya aku x tau la apa yang masuk dalam kepala dia bila dia baca buku tu.
pagi2 tu dia bangun,
boleh pulak dia kata susah la pk, saya x ingat.
mau mak ko x risau.
belum exam dah cakap gitu haha...
tapi aku tawakal je.
buat yang terbaik anakku...



walaupun fa.rah x dapat pencapaian terbaik 1-3 masa hari anugerah tu,
tetap aku bangga bila fa.rah dapat...



~anugerah kehadiran penuh~



memang dia x pernah x datang sekolah.
memang komited.
sedangkan hari tu dia sakit mata pon,
boleh dia menangis sebab aku x bagi dia g sekolah.
(yg tu sehari dia x datang cikgu x ambik kira kot,
sbb mungkin dia dah senaraikan nama penerima anugerah).



yang terkezutnya aku hari tu,
anak2 yang dapat anugerah nih,
mak pak diaorang pon ter"seret" skali kena naik pentas.
merasa la aku pulak yang dapat anugerah huahuahua...






hahaha...tinggi sangat aku rasa anugerah perihatin tu.
sampai adik aku kata 
"ingatkan selalu sangat tunjuk muka kat sekolah, tu yang jadik perihatin tu" hehehe...



sebenarnya kesihatan yang baik &
kehendak diri budak2 tu sendiri pon kena ada untuk memastikan kehadiran penuh,
selain daripada peranan mak pak.
teringat lagi aku zaman kecik dulu.
mmg atok & atok mak adalah orang yang paling strict skali bab2 sekolah nih.
jangan harap sekali pon x datang sekolah.
dah begitu didikannya, 
aku pun sedikit sebanyak jadik gitu jugak lah bab2 mendidik anak2 nih.



aku doakan fa.rah yang baik2 juga.
agar dia sentiasa diterangkan hati untuk menerima & paham pelajaran dengan mudah.
sentiasa berusaha memperbaiki diri & sentiasa cemerlang dunia akhirat.
ni pon kira hadiah gak kan?
so dapat jugak basikal hahahaha...
(patutnya yang dapat hadiah pelajaran je aku bagi basikal,
tp x pe lah...
kenapa aku nak jgk bagi basikal kat fa.rah, nanti aku stori mori).




No comments: