Tuesday, November 12, 2013

Tentang Ir.fan




alhamdulillah tahun nih ada peningkatan untuk ir.fan.
aku pun terkejut bila cikgu kata ir.fan dapat hadiah.
ye lah kan,
kalau tengok ir.fan kat rumah, aku nih menangis pon pernah.
nak suh buat latihan or even nak habiskan buku aktiviti sek tu pon, jenuh.
aku nih terpaksa lah kena suh buat 2 mukasurat or 5 mukasurat sehari.
kalau x, x boleh main or tengok tv.
baru la bergerak. tu pon 2 mukasurat.
kalau nak soh 10 mukasurat, mmg x la kan.



masa nak final exam hari tu,
walaupun x de ler aku paksa diaorang 24jam ngadap buku,
tp aku buat jugak la time table.
at least 3 jam sehari kena buat latihan/ baca buku.
alhamdulillah, masa ni ir.fan quite ok jugak la ikut time table.
(tp cuma untuk 2 minggu exam week tu la.
dah kata last minute study, apa yang sempat je la kan?
menulis nih pun teringat semputnya aku sepanjang 2 minggu tu huhu...)



sebenarnya, kalau ikutkan yang penting adalah pencapaian anak2.
x semestinya dapat hadiah kecemerlangan.
dah kalau anak ko kelas yang pertama dalam sekolah,
mesti lah semuanya pandaikan?
saingan untuk dapat no 1-3 tentulah sengit.
padahal anak ko mmg scorer.
(dalam kes nih, anak2 aku bukan kelas pertama ye.
sbb kat sek nih darjah 1-3 dia x kategorikan kelas lagi.
aku teringat dulu mr abah kena "herdik" ngan gb sbb bertanya dalam keadaan yang innocent pasal kedudukan kelas hehe...seb baik bukan aku yang kena.
kalau aku kena, mmg gb tu aku "mark" sampai sudah huahuahua...)



tapi, macam tahun lepas,
masa ir.fan darjah 1.
ada la kawan ofis aku nih, anak dia dapat hadiah cemerlang
(1 sekolah ngan ir.fan, umur pon sama tapi kelas lain).
punya lah aku down giler bila ir.fan x dapat hadiah.
x ler tunjuk depan budak2.
tapi punya psikonya aku,
aku siap cabar budak2 - kalau tahun nih dapat hadiah, aku akan belikan basikal.
aku rasa aku nih boleh sakit jantung kot.
punyalah psiko gils nak anak dapat hadiah.
pastu aku yang meroyan sendiri bila budak2 asik main je, x belajar.
bila ingat2 balik aku rasa masa aku sek ren dulu,
x de ler pulak atok & atok mak beria marah aku suh belajar.
tp ok je results aku time tu.
tp aku ingat dulu atok mmg x bagi kitaorang tengok tv kalau weekdays.
tv zaman dulu yang ada "pintu" tu, siap atok letak padlock lagi.
brutal x atok dulu2 hehehe...



hasilnya...







alhamdulillah!!
cuma aku x berapa nak tau pencapaian sebenar ir.fan.
i mean, band2 semua tu aku x tau pon.
markah exams pun yang aku tau 2 paper je yang ir.fan bgtau.
sek diaorang nih, 1 kelemahannya sebab x buat report card day masa akhir tahun.
susah jugak la nak tau pencapaian diaorang nih.
mr abah suh pegi sekolah tanya cikgu.
insyaAllah minggu nih aku carik masa pegi sekolah jap kot.


hopefully, pencapaian ir.fan akan terus meningkat setiap tahun.
& semoga sentiasa diterangkan hatinya untuk terima & faham pelajaran dengan mudah.
risau dengan persaingan zaman sekarang nih.
dah sebok dah ir.fan claim basikal dia hehe...
kena tunggu mr abah free sbb mr abah sekrg nih off day pon kena panggil keja huhu...



pasni aku cerita pasal fa.rah pulak.



*mr abah penah cakap ngan aku,
jangan ler stress sangat ngan pencapaian budak2.
kira ok la results diaorang tu.
aku budak2 dapat 80%++ pon aku down giler!
entah ler aku nih.  high expectation sangat huahuahua...
walaupun aku x der ler marah budak2, tp diri sendiri yang merana.
oiii...belajar2 lah tidak terlalu stress!!!*


3 comments:

Azlinda Azlan said...

Utk anak aku yg sulung, mmg aku letak high expectation, target dapat A semua, sbb aku tau dia boleh buat. Tapi utk anak #2 tu, B pun boleh la... asal jgn C. heh heh... Yg si Ayu, mmg aku clueless, kata takde exams, tapi ada pulak senarai pelajar terbaik, so mcm mana cikgu compare? entahlah... since Ayu pun taktau dia dapat nombor berapa/level apa, nampaknya aku pun kena pegi jumpa cikgu dia jugak... huhuhu

Azlinda Azlan said...

oh, tahniah Irfan!! dan elleq, relaks mommy... sambung stress tu tahun depan yek? hahahah

elly said...

huahuahua...tu la aku nih. high expectation sgt smpi aku yang stress. bdk2 relax jek. nak dkt cuti sekolah nih baru bernafas sket aku.