Wednesday, December 17, 2014

MGTT








sangat2 x suka kalau kena buat mgtt.
teringat2 masa 1st time minum kat hospital serdang dulu.
erkkk...walaupun x termuntah, tapi rasa nak terkeluar balik tu memang ada.
nak menghabiskan segelas tu, adoiiii...hazab yang amats.


kalau checkup kat klinik swasta, dulu2 x kena pon minum air gula.
tp kali nih diaorang suh jugak minum.
mungkin sebab mengandung di usia tua kot hehe...


terkejut aku bila diaorang bagi botol nih...




~ pic googled ~



rupa2nya minum air gula bukan lagi gula yang dibancuh dalam gelas dengan air suam.
air gula dalam botol nih rasa dia lebih kurang macam 100plus.
kalau 100plus, confirm la sedap kan?
mampu sangat la aku nak menghabiskannya hehe...


senyum2, mampu2...ko tunggu la resultnya minggu depan ek!!
(takutttt...)



Thursday, December 11, 2014

Karnival Upin Ipin & IOI City Mall





banyak entry tertangguh lately huhu...mood ke laut.


22.11.2014

tah camne tah aku terperasan pasal karnival ni...rasanya dalam 2 minggu sebelum event kot.







sebab masa ni pon dah start cuti sekolah, so berkobar2 jugak la nak bawak anak2.
mr abah kena standby keja sabtu tu, tp sebab standby je...dia kata on je lah.
semua bangun awal pagi tu, follow mr abah masuk keja jap pagi tu.
memang dah plan nak pegi awal pagi sebab malas nak beratur panjang kononnya.


pukul 930 pagi, kami sampai kat simpang nak masuk picc tu, rupanya kereta dah start queue kat jalan besar lagi.
amboiii...kuat juga penangan upin ipin ni ya.
awal2 pagi tu pun dah beratur.
kalau ikut jadualnya, maskot tu pon tengah hari baru ada.


dapat jugak la kami parking kat basement tu selepas 3-4 kali round.
masuk2 je dalam tu, mak aiiiii...giler penuh umat manusia.
penuhnya sampai nak berjalan pon x boleh.  bayangkan la camne.
masa kami sampai nih, ada la pertunjukan ke apa kat stage.
tapi nak bergerak ke stage tu pun x boleh, apatah lagi nak tengok apa yang ada.
setakat dengar suara orang bercakap je laaa...


ini je lah yang dapatnya pon.




tu pon berpusu2 orang.
jangan tak membeli, beratur jugak la kat gerai barang upin ipin tu.
beli pencil box sorang satu - irfan & farah, pencil set utk izryn & water bottle untuk isyraf.
jangan ingat senang nak bergerak dalam gerai tu...& x senang jugak untuk nak belek2 barang.  beratur nak bayar tu pon, makan masa gak tu sebab panjang.
bukan nak membeli sangat tp kesian kat budak2 je.  pegi karnival upin ipin satu hape pon x dapat huhu...


bila dah terpisah ngan mr abah, susah jugak la nak jumpa balik.
sebab mr abah keluar ikut pintu lain huhuhuhu...
(katanya nak bergerak ke pintu masuk mula2 tadi pon, x tau camne)
jenuh bagitau katne, penat tunggu punya tunggu, akhirnya jumpa jugak.
masing-masing dah penat, jom balik.
x tunggu pon maskot upin ipin & ultraman tu huhu...
x tercapai purpose ke karnival ni sebenarnya.
tp kalau dah nak bergerak pon x boleh, kalau ada maskot pon boleh ke tengok??
x de maknanya la kan...
nak kata menyesal pegi, ada gak la rasa penyesalannya tu.


otw balik, tetiba mr abah melencong ke ioi city mall yang baru bukak tu.
merasa la aku berjalan dengan longlainya satu bangunan tu hahaha...
kedai makan semua full masa tu.
jommm...keluar g makan tempat lain haha...
x dapat apa2 jugak la kat ioi city mall nih kecuali budak2 dapat tengok air pancut huahuahua...
& dapat tour the whole building tengok apa yang ada.

x pe, next time kita pegi lagi.






tapi dalam pada pengalaman x best tu, ada jugak yang best.
yang paling best hari tu, dapat la aku merasa pisang cheese ini...





memang teringin sangat nak rasa.
mr abah pon ok je bila aku request g beli.

so kalau ada yang teringin nak rasa, pisang cheese ni ada jual kat bangi, sebelah kedai makan kelisa (deret2 hospital pakar annur).
beratur jugak la tapi x lama.
ada macam2 pilihan pisang cheese, boleh tengok kat sana.
paling murah pon yang original belah kanan tu harganya rm7.
boleh tahan gak la harganya tapi sekali sekala nak merasa, ok je.



Thursday, December 4, 2014

The Kids : Anugerah



19.11.2014


pagi2 dah ready...





untuk ini...






alhamdulillah...tahun ni farah dapat naik stage lagi (macam tahun lepas).
& kali ni, aku nampak ada peningkatan.
sebenarnya bukan kedudukan dalam kelas tu yang aku tengok sangat.
aku lebih kepada pencapaian & score dia dalam exam.
alhamdulillah keputusan farah memuaskan.


irfan pulak, keputusan dia x berapa nak memuaskan pada aku.
walaupun kalau ikut results dalam saps tu, irfan layak naik pentas.
tapi bila hari anugerah nih, x de pulak nama dia.
cikgu kelas dia pon susah nak dihubungi, aku nak tanya hmmmm...
aku x kesah sangat pon anugerah2 nih sebab aku tengok results irfan pon cukup2 makan je.
tp x puas hatinya sebab menjatuhkan motivasi budak2.
ye laaa...kalau dah kedudukan no 2 dalam kelas, excited dah budak tu nak amik hadiah.
tup2 senarai nama yang amik anugerah tu orang lain pulak yang dapat no 2. 


x pe la irfan.
next year cuba lagi ya...


masam je budak dapat hadiah.
sebab dia x sabar nak g transit.  nak main.






malam tu pulak, majlis graduasi untuk tadika izryn.
izryn ada masuk nasyid.
so beramai2 la kami ke dewan masjid nilai malam tu.





adoiii...x larat betul nak control isyraf.
dia kan aktif & x leh dok diam.
abang & kakak la jadik mangsa kena kejar dia sana sini.
main game tu pon kejap je bertahannya pon...







rupa2nya izryn ada dapat hadiah untuk pra-kafa.
cikgu x bagitau pon. 
x sempat la aku nak amik gambar.
dapat gambar yang ni je hahaha...






kalau ikutkan keputusan izryn, x de la ok sangat pon.
tp mungkin sebab dia rajin (as per teacher's remarks), cikgu bagi kot.
agaknya la hehehe...


pencapaian izryn kalau compare dengan abang & kakak dia masa tadika,
memang jauh beza.
tp tu la...setiap anak lain2 perkembangan dia.
cuma izryn ni rajin sikit aku tengok.
aku tengah tido pon dia boleh datang kejut suh dengo dia membaca.
meroyan mak ko nak oiiii.
tengah mengantuk tu camno la nak layan kan?
tapi yang tu la aku puas hati sikit ngan izryn ni.
cuma risau la sikit sebab tahun depan dah 6 tahun.
masuk darjah 1 karang, persaingan maha hebat huhuhu...


semoga anak2 mama sentiasa cemerlang di dunia & akhirat insyaAllah...




Wednesday, December 3, 2014

YEG5 EOCM



YEG (Year End Gathering) 5
Bukit Merah Laketown Resort
Exora Owners Club Malaysia (EOCM)
29 & 30.11.2014


1st time join event EOCM.
mr abah pon baru je join EOCM ni early this year.
sebelum ni penah join event Geng Warikh je (EOCM Jajahan N9) sekali.
so yang ni kira 2nd time la kot join.


konvoi ke bukit merah dengan geng warikh.
kul 5 pagi aku dah bangun buat sandwich.
saje je buat sikit sandwich tu kot la ada yang lapar.
bukan senang nak berenti suka2 hati bila konvoi ramai2 nih.


janjinya berkumpul kat rnr dengkil pukul 730 pagi.
pukul 630 kami dah keluar rumah.
selpiah dalam keta la pagi2...







cuti2 sekolah nih memang penuh la rnr.
tapi sempat la kami breakfast dulu kat rnr tu.

& pukul 8++ masing-masing dah ready nak gerak.
konvoi of 59 exoras.






selpiah dalam keta lagi haha...
x de keja namo ea nih sebab asik berenti je kan.
plannya nak berenti kat rnr tapah for early lunch.
tp rnr penuh pulak.
so berenti kat utc perak.
ramai moksu yang berniaga.  so aku dah siap2 order nasi ayam 5 bungkus.
dok bawah pokok, pekena nasi ayam la kami hehe...





last stop adalah kat rnr gunung semanggol.
nak kumpulkan semua sebelum konvoi beramai2 terus masuk ke bukit merah laketown resort.
otw tu adalah yang keta pancit la, yang berenti sat sebab nak g toilet bagai.
so tunggu masing-masing sampai kat rnr gunung semanggol je.


sampai2 dah kul 2pm.
terus checkin kat suria apartment.
mr abah booked bilik standard je.  tp kami awal2 dah standby bawak toto.

ok la bilik dia.  not bad...







banyak kan??
geng warikh saje dah 59 bijik.
rasanya keseluruhan lebih 100 bijik kot.








petang tu mr abah join treasure hunt.
melangok la kami dalam bilik huhu...
tension ngan budak2 nih, mama nak lelapkan mata seminit pon x boleh.
main macam nak runtuh bilik huahuahua...


malam tu ada dinner...tema : jeans.
sebelum maghrib budak2 ni dah ready.
maghrib je, terus solat & terus gerak ke lokasi dinner.








g dinner pon sempat selfie hahaha...







sebelum sampai hall pon, sebok budak2 nih nak amik gambar.







gambar sekitar dinner...






sebab ramai sangat, agak kelam kabut jugak la.
yang datang lambat, susah sket nak carik tempat duduk sebab dah full.

makanan - ok la.
ada kambing bakar (tapi aku x minat kambing so malas nak beratur).
cuma x de pilihan sangat.
ada nasi putih with lauk pauk - ayam masak merah, daging hitam, kari ikan, kobis goreng, scramble egg+mixed vege, ulam2 & sambal belacan & buah tembikai.
itu je...kuih muih x de pon.
buffet style...so jenuh gak la beratur.
tapi kalau x beratur pon, alhamdulillah aku tengok banyak je makanan.
cuma tahan lapo ngan x je la.
sebab mula makan pon dah kul 9++.


sempat plak isyraf tido.  mengantuk sangat la tu...


lepas makan, anak dara 2 orang tu sebok pulak nak buat chicken dance.
yo lahhh anak oiiii...





mr abah dapat cabutan bertuah hamper.
jadik la daripada x de haha...
kalau grand prize dapat bumper exora.
tp x dak rezeki x pa lah.  geng warikh jugak yang dapat.


lepas dapat hamper, terus balik hehe...
tu pun dah kul 11++ rasanya.
masing-masing pon dah keletihan.


pagi2 besoknya x de breakfast.
tp sebab group wasap moksu kecoh suh bawak makanan,
kiasu terus aku bawak macam2 hehe...


mula2 mr abah ajak g carik makan.
tp sebab dah janji ngan budak2 nak mandi pool pagi tu,
takut pulak nak makan kenyang2 pastu mandi.  karang ada plak yang termuntah.

so, makan je la biskut & roti yang aku bawak.
milo 3in1 pon aku bawak jugak.
mee goreng indomee pon ada.
so cukup la nak isi perut pagi2 tu sebelum terjun pool.


posing2 kat depan nih dulu sebelum balik.





dengan geng moksu warikh yang happening.
ada yang peramah tu, memang peramah habis wpon baru 1st time jumpa...







sebelum balik tu, saje bawak budak2 ke pulau orang utan.
x de apa sangat pon, cuma bagi budak2 excited naik bot je hehe...







ikut tour guide tu, kira ok la jugak sebab dia akan panggil orang utan tu keluar.
dapat la tengok.
kalau x, rasanya orang utan tu dok dalam hutan je x kuar2.


posing ngan orang utan nih je sebab susah nak amik gambar dengan yang bergayut2 tu haha...






mula2 ingat nak singgah zoo taiping.
tp aku macam x larat je nak berjalan.
lunch dekat gerai tepi jalan keluar bukit merah tu, & terus heading ke highway.


jalan quite jem jugak.
maklum la cuti sekolah.
dengan rnr pon semuanya full, kereta berderet huhu...
singgah solat je la.  nak makan, memang x dapek laaa.


sampai nilai kul 9pm++, terus g carik makan.
sampai rumah kul 1130pm.  fuhhhhh...
seb baik besoknya aku amik cuti.  memang flat....


insyaAllah, next time boleh la join lagi aktiviti macam nih.
saje syok jalan ramai2, menambah kenalan.



Tuesday, December 2, 2014

Cyberjaya Lake



17.11.2014...

lama rasanya x bawak budak2 g piknik.
so aku suggest kat mr abah bawak budak2 g piknik.
mula2 ingatkan nak gi bagan lalang.
tp malas la pulak nak handle budak2 main air.
gugel2...macam tertarik nak g taman botani putrajaya.
tp memikirkan aku x leh naik basikal, pastu rasanya macam kena jalan jauh je,
so batalkan niat.

last2 mr abah suggest pegi cyberjaya je.
tempat yang memang selalu kami perlu dulu2.
tapi lama sangat dah x pegi sejak pindah ke nilai.


sampai2 je mr abah ajak irfan eksesais.
budak tu dah tension asik dok sebut lapo lapo haha...







aku bangun kul 5 pagi tau semata-mata nak siapkan sandwich telur + sardin & goreng nuggets/ sosej/ eskem ketam.
nampak banyak kan makanan?
sampai ke petang budak2 makan ni hehehe...







mr abah bising aku asik duduk je.
so saje la bawak budak2 round dekat2 situ.








besarkan play ground dia?
sebab tu budak2 suka kalau bawak diaorang pegi sini.
main sampai tengah hari, dari penuh orang sampai x de orang kami tetap ada kat situ haha...
cuaca mendung je time nih.
x de matahari pon.  tu yang masing-masing main, x ingat nak balik.


pic ni sebenarnya lepas mr abah bawak diaorang g toilet.
mak aiiii...jauh sungguh toiletnya jenuh nak berjalan.
aku malas nak jalan so tahan je lah sampai balik singgah petronas hehe...







lepas g toilet, turn mr abah pulak bawak budak2 pusing 1 taman.
jauh diaorang pusing. letih "penjaga barang" tunggu x sampai2...(aku la tu penjaga barang hehe...)






hamikkkk...dari pukul 8++ sampai 12++ kami kat sini.
baru puas hati budak2 main x hingat donia.
kalau ada masa, len kali boleh pegi lagi.
sampai2 rumah je terus hujan.
apa lagi...masuk bilik, tidoooo...hehehe


Thursday, November 13, 2014

Pesta Konvo 2014








iceps banner web



promosi sikit hari nih.

sape2 berkelapangan, boleh la datang memeriahkan usim.
bermula hari ini...

macam-macam aktiviti ada & antaranya ialah...












jom jom...ramai2 memeriahkan suasana.
bukan senang saje2 nak masuk dalam usim hehehe...




Wednesday, November 12, 2014

Exams Results




sebenarnya, aku pun x tau yang sekarang ni results exams anak-anak boleh disemak secara online saje di sini...







ada sorang member ni dia share kat wa group.
katanya sekarang semua dah boleh tengok online.
siap bagi link lagi...
(tq nad for the info)

sekolah budak2 nih x maklumkan apa2 pon.
& memandangkan sebelum2 ni memang dapat info pasal exams from anak2 je,
aku x de la rasa sek diaorang nih akan update data exams online.
tp dalam x kompiden tu, masuk jugak la link tu.
bila masukkan ic irfan, wahhhh...x percaya aku.
keluar nama irfan, nama kelas, nama sekolah.
walaupun data pasal exams still x de pape, tp at least bila taip ic keluar nama tu maksudnya ada la usaha sek nak masukkan data dalam tu ye x?


masa aku tau tu, rasanya exams budak2 nih x abis lagi kot.
1 week lepas abis exams, mmg tiap2 hari aku bukak.
& hari ni, semua results irfan & farah aku dah tau.
diaorang pon teruja bila aku kata aku tau results diaorang.
sebab diaorang sendiri pon x tau results masing-masing hehe...
terer x mama lagi tau dari korang? hahaha...


mr abah kata, kesiannya cikgu kena key-in markah online.
ye...mungkin menambah kerja cikgu.
tp as parents, aku rasa benda nih sesuatu yang memudahkan.
kalau tanya budak2, kompem2 la ada yang nak sembunyikan sesuatu kan?
x kan nak kacau cikgu pulak tanya2.
lagi la cikgu tension.
somehow technology helps!!


#tahniahirfandanfarah


CB







tapau teh o panas pagi ni.
semalam cirit birit sepanjang hari.
dok berulang alik ke toilet tapi malas nak mc sebab start tengahari baru kaw2 punya sakit perut.
tahan sampai balik.
sampai rumah terus buat teh o pekat kaw2 tanpa gula.
malam tu wpun perut memulas tp x de la ulang alik toilet (alhamdulillah...)


hari ni pulak, so far so good.
kalau still x ok nanti, nak mc kot.
bukan sebab x tahan, tp x suka toilet kat ofis nih.
hazab sungguh bila asik nak ulang alik ke toilet je huhu...



Tuesday, November 11, 2014

ABC




misi mencarik abc pulak!
teruk betul orang tua nih kan?
macam2 betol yang dia ngidam nak makan hahaha...


kebetulan ada nak beli barang sikit.
keluar lepas asar terus mr abah ke bandar salak tinggi.
ntah mana dia dapat info kat situ ada abc best.
dah duduk dah pon.
kakak tu pon dah siap lap meja.
anak2 pon dah teruja nak order cendol.
tetiba kakak tu kata, eh...x de la abc hari ni sebab ais x de.
hahahaha...dah sedap2 duduk nih, boleh pulak x jadik makan kat situ disebabkan x de abc.
matlamatnya mmg nak makan abc.
x lapar sangat pon nak order benda lain.
mintak maap la kak huhuhu...
terus bangun dari kerusi.
seb baik kakak tu ok je.


akhirnya...







kat food court salak tinggi ni je.
order abc special dengan harapan ada la aiskrim kat atas.
rupanya dia cuma curah susu pekat je.
hmmmm...x mencapai expection sungguh.
tengok anak2 makan cendol lagi sedap.
siap nak bertambah2 diaorang. 


memang nak kena carik abc kat tempat lain nih.
mana ek ada abc special yang mengancam??!!






Monday, November 10, 2014

Majlis Ihtifal KAFA




majlis ihtifal kafa semalam...






tahun ni result kafa anak2 sedikit merosot.
sedih aku huhu...
tp kalau ikut persiapan diaorang, mmg boleh agak la keputusannya.
exam kafa banyak baca & hafal.
haruslah bila jenguk kat bilik diaorang,
ada la yang tido ngan buku, yang buku terbukak atas meja tp orangnya dah tertido,
macam2 lah.
so, jawapannya pasrah sajo lah...
boleh cuba lagi tahun depan ya anak2...



walaupun x dapat hadiah, tp irfan & farah masuk persembahan.
this year, majlis ihtifal buat kat usim.
mama support je lah diaorang kali ni sebab mr abah kena keja.
pagi2 lgi dah siap2kan diaorang.
isyraf terpaksa aku hantar ke taska.
nak duduk dalam hall lama2, mmg bukan tempat untuk isyraf la kan?
baik aku hantar dia g taska drp karang dia mengamuk x tentu hala (sori capp!!)


mama : cepat2, jom amik gambar. nak hantar kat abah.
irfan : mesti abah sedih x dapat ikut kan? (hehehehe...yolah tuuu..)






lepas abis majlis, bawak diaorang makan kat kfc.







kfc nih branch baru bukak kat nilai nih.
interior sangat cantik.
ingat nak tapau je, tp budak2 nak makan kat situ je.


sebenarnya, aku yang teringin sangat nak makan kfc tu hehe...
so, dah dapat...x de lah kempunan lagi.  yeayyyy!!!
(dah tua2 pon sebok nak berkepsi).


Thursday, November 6, 2014

JJCM_9 2014



ni cerita jjcm masa aku pegi re-union kat jb hari tu.
kan aku memang teringin nak makan kacang pool.
cakap la jugak ngan loi & eitoique (geng ketapi aku) yang aku nak g makan kacang pool.
tp x de la mengharap sangat sebab kami pon bkn drive sendiri.
susah jugak tu nak merewang sana sini.


pagi nak balik tu, saje check out awal.
teman akmar sama ke stesen bas sebab bas dia awal sikit.
alang2 dah ada kat stesen bas tu awal, mula la otak berpikir nak g mana.
dah siap2 tanya kat pakcik teksi kat mana nak carik kacang pool.
aku ni takut x larat jalan jauh2,
g la tanya teksi camne nak g plaza larkin.
pakcik teksi tu dengan muka peliknya kata, plaza larkin kat blkg tu je dik hehehe...
gigihkan la diri berjalan.
& sebenarnya x de la jauh sangat pon nak berjalannya hahaha...


tadaaaaaa...
akhirnya dapat jugak aku merasa kacang pool haji yang sangat femes.
kalau gugel, ramai yang kata kedai ni dekat dgn bomba larkin.
tp camne plak aku nak ke sana?
dah ler x pasti kat mana.
so, baik pegi tempat yang memang sah2 dah nampak depan mata.
one of kacang pool haji's branches...





ok...alhamdulillah, boleh diterima oleh tekak.
& definately akan makan lagi kalau ada peluang.


tengahari tu kami makan mee rebus pulak.
yang ada cendawan tu, mee rebus spesial.
yang sebelah tu yang biasa.

pada aku, biasa2 je mee rebus dia nih...






lepas makan mee rebus, makan sotong kangkung pulak.
yang ni memang sedap & recommended.





kalau ada yang tersesat ke jb, boleh la singgah plaza larkin nih.
dalam plaza tu, kedai2 dia x menarik sangat.
ada a few kedai baju & kedai tudung je.
tp kat bawah tu, food court dia memang macam2 makanan johor ada.


aku sempat makan yang tu je la.
kalau ikutkan, asma rojak pon ada & nampak sangat yummy.
tp melampau la nak makan macam2 kan?
mau pecah perut.


asam pedas pon ada, murtabak, pisang goreng with sambal kicap dll.


selamat menjamu selera!!



Wednesday, November 5, 2014

Jalan-Jalan Cherating 2014



starting this year, adik beradik mr abah start buat tabung family.
for a start, sebulan simpan rm20.
& end of the year, boleh pegi bercuti ramai2.

disebabkan semua x nak pegi bercuti time cuti sekolah,
& mak njang plak dijangka bersalin end of november, 
so, percutian kami dipercepatkan ke 18 & 19.10.2014 yang lepas.
pasrah je lah pegi bercuti sebelum budak2 abis exam hehe...

semua x nak bercuti jauh2.
end up bercuti ke cherating je la kami.
x jauh untuk orang pahang, tp untuk org n9 macam kami nih,
hmmmm...jauh jugak la.


kami stay kat cherating inn beach view.
mak lang dapat booking chalet yang betul2 depan laut.
menarik jugak la sbb bukak2 pintu terus nampak laut terbentang luas.


ni pemandangan masa kami sampai tengahari tu.
air tengah surut.
time ni budak2 semua dah x sabar nak main kat tepi pantai.







macam biasa la, gambar x banyak huhu...
kami bertolak awal. kul 7am dari nilai & sampai cherating dalam pukul 11+-.
mr abah zass terus ke kemaman.
since mr abah x breakfast pagi tu, so kami lunch awal.
aku yang makan banyak time breakfast pon dah lapar time tu hehe...
ada 1 kedai makan tepi sungai kat area masjid geliga tu yang mr abah suka.
kami makan kat situ.


& pastu tapau sata kat kedai aziz satar.
yg ni memang aku gugel.
ramai yang bagi review bagus pasal kedai ni.
sata dia pedas sikit tp aku suka je.


sampai2 kat chalet, rupanya mak ngah & mak lang bawak macam2 lauk mentah.
udang sotong ikan ayam telur semua ada.
tengahari tu diaorang masak rupanya.
sempoi je masak nasik putih & ayam goreng.
tp aku dah kenyang huhu...


alhamdulillah, cuaca elok je.
jadik dapatlah budak2 main air petang tu.
aku, cam biasa la. malas nak basahkan diri.
sebenarnya x minat sangat nak mandi air laut sbb berpasir hehe...


pukul 6pm start nyalakan api for bbq.
lps maghrib terus makan.
aku kalau bbq, x payah makan nasik pon x pe.
ratah ayam sotong ikan, dah kenyang.


malam tu jugak buat sambutan bday for oct kids & mak kids.
kek aiskrim nyum2...wpon eskem dia sikit cair.
peti ais tu x ok sangat kot.








pagi besoknya, bagi can lagi budak2 main air.
tengok si isyraf tu.
ye ye je dia main sorang2 kat tepi tu.
tempat ni pasir dia landai.
so mr abah kata x yah risau.
tp aku nih, mana boleh kan?
terjerit2 suh isyraf jangan pegi jauh2 huhu...







sebenarnya, ada game jugak pagi tu.
mr abah x bagi sangat budak2 main air sangat sebelum game tu.
jadiknya masing-masing main pasir je la.






siap bawak nasik goreng makan tepi pantai lagi...






check out pukul 1130am & terus ke kemaman lagi.
makan kat kedai aziz satar lagi hehe...
order air kelapa, sata, kopok lekor, pais...
hmmmm...kenyang x payah makan nasik lagi dah.





berakhirlah percutian singkat family belah mr abah.
seronok mmg seronok walaupun x brp nak puas sebab kejap sangat.
cer tengok semua orang pakai tshirt merah kan?
mak lang siap order tshirt family tu untuk semua orang.
last minute plan tp sempat lagi order. caya lah!!


planning for next year pulak nih.
aku follow je mana2.
cherating ni suggestion mr abah as abang long.
so next year x tau la mana pulak.


ohh yeee...for those yang berminat ngan chalet tempat kami bermalam nih,
my review....

ok la.
ada tv, ada peti ais, ada dapur, ada cerek air, ada aircond.
tp x de kipas, x de water heater.
yang best kalau dapat booking awal macam kami,
dapatla chalet yang betul2 mengadap laut.