Friday, January 31, 2014

BKATC vs AR





lama x citer pasal program tv yang aku follow.
ye la kan,
macam aku bagitau dulu,
aku dah jarang2 sangat tengok tv.
selain x de masa, aku malas nak gaduh2 ngan budak2 berebut remote haha...


tapi tetap guna kuasa veto sebagai orang tua.
aku tutup disney channel,
aku langgan mustika channel hehehe...
teruk x teruk mak ko nih...
actually, aku nak limitkan diaorang tengok tv.
tp rupa2nya lagi banyak diaorang tengok #611 and #HD huhuhu...
mmg salah percaturan sungguh *nangis*




tak tengok tv, tp aku tetap follow cerita2 nih online...






dan yang ini juga...






semuanya sebab aku terpengaruh dengan kata2 orang yang cerita2 nih best!


seriously, kalau compare antara dua nih,
aku lagi suka BKATC.
tapi atok mak kata AR tu best jugak.
x fair untuk aku compare kot buat masa nih sbb BKATC tu aku dah tgk sampai ep24.
AR tu baru follow sampai ep3 hehe...

kalau pasal hero,

sh.ahnaz tu sebenarnya aku x minat pon.
walaupun watak jahat mmg sesuai dengan dia,
(aku 1st time tgk dia dalam juvana the movie tu rasa menyampah pon ada haha...)
& berlakon dalam cerita nih pon nampak menjadi,
tetap aku x suka dia.
i mean, bukan la cerita yang aku tunggu2 nak tengok kalau dia berlakon.
cuma jalan cerita BKATC nih macam menarik untuk aku tengok,
& banyak good review jugak.


keith foo? hmmm...
dalam love you mr arrogant dulu aku suka dia berlakon.
tp utk yang nih, 
sbb dia ala2 x berapa nak baik gitu,
aku x suka jugak.
tp baru ep3 babe...
aku rasa nanti lama2 dia baik kan?  kan?
aku serkap jarang je sbb selalunya cerita cam gitu.
yang jahat jadik baik hehe...


tunggu je lah nanti kesudahan cerita.
jangan aku hangat2 tengok cerita separuh jalan sudah lah.
macam cerita jodoh itu milik kita yang aku follow dulu.
hampeh...separuh jalan je aku tengok walaupun beria2 follow online mula2 tu.
ending dia sampai ke sudah ni hah aku x tau pon haha...



catatan : paling lama aku mengadap movie online pon dalam 1 jam sehari.
& bukan hari2 pon aku tengok.  depends...
so agak2nya kenapa aku x abis tengok jodoh itu milik kita?!!
hehehe...



Thursday, January 30, 2014

Makan




sejak pindah ofis nih,
tempat makan pon jauh.
so aku mmg skip lunch.
kenalah sediakan 1 tempat khas utk makanan hahaha...
kalau dah buat2 keja tu, mmg kompem la by tghr perut dah berkeroncong.







ini lah dia laci ajaib hehe...
it's either biskut, roti & pastu buat air panas,
cukup la tu for lunch.



sebab tu, kalau breakfast selalunya aku akan makan something heavy.
& ini breakfast pagi semalam...







tukar angin dah lama x makan nasik impit.
tp my fav kuah kacang x dak.
so aku makan ngan rendang.  boleh laaaa...



catatan : rasanya cara makan aku nih sihat x?
mesti la tak kan?!! siap biskut cis lagi haha...
dinner plak kompem kena amik sbb lapar x lunch.
dah sah2 aku mmg selalunya masak for dinner.
hmmmmm...*insaf kejap*




Wednesday, January 29, 2014

Playlist








jiwang tak playlist aku?
hahahaha...


bila kita pening, jangan tambah pening lagi.
kalau dengar lagu heavy metal, mesti tambah serabut kan?
so, kita dengar lagu2 yang sentimental je bila nak tenangkan fikiran.
(yo lah tuuuu...)


aku memang minat lagu2 sentimental lama.
kalau tengok playlist tu, lagu ibnor riza ada, lagu adam ahmad pon ada hahaha...
(nampak sangat ko dah tua...)



catatan : sekali sekala bosan2 baru layan...




Tuesday, January 28, 2014

Perihal TV





ingat tak penah cerita pasal tv kotak dulu?
punya lah lama kan,
dari bulan mei tahun lepas dah rosak,
still jugak kami guna haha...


setakat kami anak beranak nih,
dah biasa dah tengok tv kejap kembang kejap kuncup hihi...
tapi x sedap tu tang ada orang datang.
atok mak tu dah berapa kali dah ulang alik datang rumah kami nih.
pening dia tengok tv gaya gitu.


hari tu sebenarnya nak beli dah.
round sepuluh kali dalam kedai tu dok ulang alik nak beli ke tak,
dah is.yraf mengamuk pulak dah.
dah tak jadik beli.
(ko kan dikkk...mmg pandai nak save duit abah kan)



ahad ritu pegi beli barang kat te.sco.
aku nak g gi.ant, mr abah suh g te.sco
(baru ku tau muslihatmu mr abah haha...)
aku round sendiri je carik barang,
tetiba terjenggul mr abah "jom beli tv" haha...


serius tekad mr abah kali nih.
terus je dia nak beli.
ok lah ok lah...beli lahhhh!!
mmg dah nazak dah pon tv tu.
ada masa terpadam sendiri pon ada tv tu.
(punya lah degil tuan punya nih x nak bagi aku berehat - kata tv hihi...)


beli yang biasa2 je pon, x mahal sgt.
beli LED tv tp x de as.tro be.yond hahaha...
nasib laaaa labuuuu...





~ image : google ~



catatan : tengok ajl28 hari tu from tv baru.  
punya paksa mr abah pasang jugak2 tv nih petang tu hihi...




Monday, January 27, 2014

#1 : Happy Birthday Ir.fan



23 Jan 2014 : genaplah ir.fan 9 tahun.
semakin membesar dengan jayanya.
makan mengalahkan orang tua hehe...
macam mana ek nak sekat sikit makan dia?
bertambah2 kalau makan.
lauk setakat telur dadar je pon, boleh sampai 3 pinggan.
menangis mak ko tengok huhuhu...



macam biasa, birthday boy request pizza.
kebetulan malam tu atok & atok mak tido kat rumah kami.
pak uda pulak singgah kejap.
so order la pizza for the whole family.
birthday boy request CNY pizza tu.
kalau minat mayonis masam2 sket, mmg sesuai la pizza nih.
budak2 la yang minat, berebut2 masing2.







aku beli kan kek jugak.
selalunya kalau birthday, cake & lunch/ dinner treat mmg sudah semestinya.
birthday boy/girl boleh request apa saje,
tertakluk kepada persetujuan mr abah & mama hehe...
(nak jugak guna kuasa veto).







choc banana cake kan selalunya pisang dia potong2 kan?
but this one, pisang dia tu dia layer macam cream gitu.
nice...
aku rasa aku lagi suka macam nih daripada yang potong2 tu.
sebenarnya aku x nak beli choc banana.
tp dah x order awal2 kan,
beli je apa yang ada, dapat la cake nih.
seb baik dah di improvised camni...





to irfan...


happy 9th birthday!!
semoga dikurniakan kesihatan yang baik,
sentiasa diterangkan hati untuk menerima pelajaran,
sentiasa mendengar kata abah & mama,
sentiasa dikurniakan kecemerlangan di dunia & akhirat,
sentiasa tidak meninggalkan solat,
sentiasa menjaga2 adik2 (jangan asyik nak gaduh & nak menang je)

amin amin ya rabbal alamin...
(insyaAllah)


Friday, January 24, 2014

Anak Johor






typical johorean!
makan jemput-jemput ngan sambal kicap.
makan gorpis pon ngan sambal kicap.


heaven!!

Thursday, January 23, 2014

Macam-Macam




hari ni birthday ir.fan yang ke-9.
pagi tadi lupa nak wish huhuhu...


kelam kabut macam2.
fa.rah tumpahkan susu lah,
tudung sekolah aku belum iron lah,
dah tumpah tu pulak kena baju,
nak ganti baju lain baju tu aku belum iron lagi.
dah satu keja pulak terkejar2 nak mengiron.
anytime pulak tu van sekolah akan sampai.
betul aku kata, tengah tukar baju dengar hon van sekolah.
adoiiii...


tukar baju sekolah, duit belanja pulak tertinggal budak bertuah nih.
sebab dia letak dalam kocek baju sekolah.
pecut la kejap pagi tadi ke sekolah hantar duit.
kesian pulak kelaparan nanti.
pagi tadi susu tumpah aku mana le sempat nak buat lain sbb dah lambat.



sampai ofis nih, baru sedar hp pulak tertinggal.
mmg serba x kena lah.
subhanallah!!



a few things happened in the family this week...

* iz.ryn dah 4 hari x sekolah.  demam on off.  siap package batuk selsema.  semalam g klinik tonsil dah bengkak.  so kena on antibiotic.  mata pon dah mula bertaik.  doc kata mungkin kesan daripada tonsil tu.

* is.yraf pulak semalam muntah2 & cirit birit.  taska call, dah aku pulak amik half-day semalam.  malam tadi & pagi ni alhamdulillah dah x muntah & cirit masih ada lg sikit.  dah bagi minum smecta.  hopefully ok la dia kat taska tu.  aku standy-by je ni hah kot dapat panggilan (tepon tinggal kat rumah, tunggu panggilan apanya hahaha...)

* dah selamat hantar family mak long ke klia semalam.  ke jordan for 3 years.  kesedihan melanda.  budak2 pon pagi tadi kata, dah x ada lagi lawak2 sebab kazen I dah x ada hahaha...diaorang ni kalau berkumpul sesama kazen tah hape2 yang dimainnya aku pun x tau.  macam2...



x plan apa sangat pon untuk ir.fan malam nih.
yang kompemnya mesti ada kek la.
sebab kek mmg ditunggu2 oleh the kids setiap kali birthdays.
tp kek pon aku x order.
nanti serbu je SR or KINGS hehehe...



Wednesday, January 22, 2014

Apa Yang Anak Suka




salah satu makanan yang anak2 suka...


tofu telur!!



aku kalau pegi pasar selalunya akan bawak ir.fan.
sebagai teman.
boleh jugak tolong angkat2 barang hihi...
& setiap kali pegi, mmg ir.fan akan request untuk beli tofu telur.



tofu telur ni ada orang steam je with oyster sauce.
tp budak2 x minat la pulak cara gitu.
so selalunya aku akan goreng je tofu tu & buat stir fry mixed vege.
yang penting veggies tu letak la yang budak2 suka.
macam aku nih, selalunya mmg brokoli, cauliflower, baby corn, carrots.
kadang2 aku letak cendawan.


ahad hari tu aku masak ini...







licin semua (alhamdulillah)
walaupun aku x de ler reti sangat masak2 nih,
tp lepas la setakat kami anak beranak makan.
yang penting budak2 & bapak budak suka.



Tuesday, January 21, 2014

Bercerita Perihal Harga




sabtu hr tu pegi pasar.
matlamatnya nak beli ayam je.
sbb ingat nak buat asam pedas ayam.
dah beli daun kesum bagai,
sekali sampai rumah aku masak ayam masak merah hihi...


pastu dah beli ayam,


perihal harga ayam :
rata2 orang jual ayam sekrg nih rm8.50 sekilo.
pengsan!!
nak murah beli kat giant hehe...
tp aku x selalu beli kat giant nih.
walaupun dapat murah, tp ayam dia kecik.
kalau x sempat ke pasar je, aku beli kat giant.


teringat pulak nak beli udang.
sebab lama dah x beli udang.


perihal harga udang :
aku teringat dulu kalau beli sekilo udang,
aku beli yang range harga antara rm12 - rm18 kot.
tu pon rm18 tu kira kalau aku nak beli hat udang besar2 sikit.
kalau x, harga rm12 - rm14 tu dah kira ok dah pada aku.

sekarang nih, mak oiiii...
udang sekilo rm30.

"kak, yang depan tu murah sket. rm28"

wahahaha...rm28 murah ke pek.  tercekik aku...
tp nak buat camno, beli jugak la dah tekak rasa nak makan.
tu pun aku beli udang selalunya kalau aku x buat sambal udang,
(which is jarang2 jugak aku buat pon)
dia akan jadik perencah mee/ bihun/ kue tiow aku je. 


dah beli udang tu,
nampak pulak bawal.
sebab hari tu dah beli bawal 2 ekor, macam x cukup.
beli lagi 2 ekor kecik.


udang & bawal saje - rm33.
terus membebel2 aku dalam hati tp mulut terkumat-kamit la.


"kenapa kak x senyum? marah ke?"
"marah la...mahal sangat. bagi diskaun la rm30 je"


apek tu pulangkan duit baki & buat dek.
chehhh...konon ko peramah, ingat nak bagi diskaun!!


kalau cerita pasal harga barang nih, mmg boleh pening kepala, sakit hati.
aku pulak bukan jenis yang akan survey harga pasal barang keperluan makan nih kat merata2 tempat.
mana yang aku selesa beli, situ ler aku selalu beli.
so, x der la aku amik port sangat pasal harga2 barang ni.
tp itu duluuuu...duluuuu...
sekarang nih terkesan jugak la dengan harga barang nih.
keluar duit rm500 tu aku rasa sekelip mata je abis.
apatah lagi rm50 yang macam 50 sen huhuhu...


tapi tetap aku bersyukur,
masih lagi dapat makan sedap2.
mr abah pulak kalau bab makan mmg x berkira.
apa yang teringin tu, selalunya dia ok je.
(seb baik x selalu teringin...mungkin kata2 mr abah dalam hati haha...)





Monday, January 20, 2014

Buku







baru semalam settle membalut semua buku2 sekolah huhu...
sebabnya last week baru dapat buku2 KAFA.
sesi membalutnya berperingkat2 la...
time2 aku x de keja,
time2 is.yraf dah lena diulit mimpi.
mmg x dapat le nak siapkan sekali harung 14 + 14 buah buku.

(oohh...x campur lagi buku latihan huhu...
buku latihan aku ok je guna pembalut ekspres tu.
tp tang buku teks aku mesti nak balut guna cara lama sbb x ngam la pembalut ekspres tu,
aku rasa macam serabut je tengok keadaan buku nanti)

asik le aku terpikir kalau empat2 dah sekolah nanti,
pengsan nak membalut.
tp time tu mesti ir.fan & fa.rah dah besor.
takkn ler aku jugak yang membalutnya.
chehhh...


teringat perbualan ngan fa.rah hari tu...


farah : saya nak tengok la mama balut. nak belajar.
mama : ok.  nanti bila kakak dah darjah 3 kena balut buku sendiri.
farah : ok (happy pulak dia kena balut buku sendiri hehe...)
mama : pastu nanti darjah 4 boleh iron baju sendiri pulak.
farah : hehe...darjah 5? hahh...saya tau, darjah 5 saya basuh baju sendiri.
mama : hmmm...
farah : darjah 6?
mama : (wahhhh...teruja ko ek) senang2 darjah 6 farah pindah rumah sendiri la, semua boleh buat sendiri (hahaha...potong stim anak nak berangan)
farah : hehehe...


pastu abang dia pulak menyampuk tanya dok sendiri tu, nak dok mana.
dah2...banyak lagi keja mama nih hehe...
(padan muka, sendiri mula sendiri x tau nak tamatkan...amik ko!
belum lagi lawan cakap ngan iz.ryn, lagi berbisa budak tu siap boleh sound aku haha...)



Friday, January 17, 2014

JJCM_2 2014








lokasi :
D`Pantai Restaurant
Green Island Sdn Bhd, Batu 6, Jalan Pantai
71700 Seremban, Negeri Sembilan.


sebenarnya ni kedai kawan mr abah.
lama dah nak try, tp x terpegi2.
so, last weekend saje la pegi makan sana.


recommended :
ikan talapia bakar.
walaupun rasa "kosong" sikit ikan tu,
tp bila makan dgn sambal kicap & kuah asam dia,
mmg meleTOP!
(sedap sangat sampai ikan dah tinggal tulang baru aku teringat nak amik gambo huhu...)

sotong goreng tepung tu pun not bad.

ada terjumpa pakcik2 yg tengah pancing ikan kat tepi tu,
diaorang recommend lempeng.
tp dah makan nasik kan, takkan le nak order lempeng pulak.
(alasan singgah len kali plak hehe...)


kedai nih biasa2 je.
tp for those yang nak tukar2 angin, boleh la singgah.
senang je nak carik sbb tepi jalan je & dekat je ngan exit LEKAS - ampangan.





lokasi :
Nasi Ayam Tat
Seksyen 15
Bandar Baru Bangi


nasi ayam biasa2 je.
kalau aku, baik aku makan nasi ayam kat kedai biasa2 je hehe...
lagi besor ayamnya
(ohh...ayam naik harga kot hmmm...)
tapi dah ko nak duduk selesa makan dalam aircond kan?
merasa la hihihi...


in terms of rasa - not bad.
ok je, sedap jugak.
tp bila order tauge kata x de,
(kangkung x dak dalam list hehe...)
bila order air mata kucing pon x de,
sedangkan ada dalam menu...
ko rasa apa?!!
ppftttt sangat...


kalau ikut dalam menu,
ada la nasi itik, ciken chop bagai...
tp seb baik aku x tanya,
kang kalau aku tanya, semua x de lagi aku hangin kan?
dah nama kedai nasi ayam,
nasi ayam ler aku order hihi...



Thursday, January 16, 2014

New Look






is.yraf's new look.
terus jadik lain rupa dia.


botak sebab ternampak kelibat en ku-tu huhuhu...
best solution - mmg botak la untuk pastikan semuanya terhapus.
lagipun rambut dia dah panjang.
rimas aku tengok.
walaupun aku x minat dia botak terus camni,
nak jugak la ada belen2 rambut sikit.
tp nak wat camno huahuahua...


kenapa is.yraf pakai bib??!!
hmmm...anak2 mr abah mmg camni esp yg lelaki
(ir.fan & is.yraf ler kan...).
kecik2 mmg meleleh air liur.
entah kenapa la x tau.
tensen aku tengok basah lencun baju tang kat dada tu.
pakai bib je la dik oiiii...
pulak tu dia ok pulak bila orang pakaikan bib tu.
kalau bukak, dia amik suh pakaikan balik hahaha...
bagus sungguh ko dik part2 gini.
part2 manja dok merengek2 x abis2 sampai mak ko x leh wat keja pon terer gak nih.
tensen mak ko huhuhu...
(eh...tensen lagik x abis2. maner ler x pening kepala tu...)

Thursday, January 9, 2014

Anugerah







syok x kalau dapat anugarah camni?
hehe...ni co. mr abah.
mmg every year akan ada anugerah camni.
ada a few anugerah lagi tp aku pon x ingat sangat.
anugerah pekerja x pernah mc pon ada kalau x silap.


hasil google-ing aku, aku jumpa ini... 



Top 10 motivating factors that motivate employees :
1.   Appreciation or recognition for a job well done
2.   Being in the know about company matters
3.   An understanding attitude from the management
4.   Job security
5.   Good wages
6.   Interesting work
7.   Career advancement opportunities
8.   Loyalty from management
9.   Good working conditions
10. Tactful discipline


so, betul la kan?
salah satu faktor yang memotivasi pekerja adalah : recognition.
bukan beria2 sangat pon recognitionnya.
tp bila ada tu, baru la staf rasa dihargai.


sebenarnya aku x sabar nak bukak hadiah tu.
semalam mr abah ada dinner kat luar, balik lambat.
pagi td nampak hadiah nih, aku pulak dah lambat nak g keja.
giler sungguh pagi nih.
kul 615 pg baru terbangun.
van sekolah plak datang kul 645 pg.
terkocoh kacah mak kau huahuahua...

Wednesday, January 8, 2014

JJCM 1_2014




kalau google pasal restoran nih,
mmg berderet2 good reviews pasal tempat nih.
as usual, kalau tempat2 makan nih mmg mr abah la yang suggest.
bila dia whatsapp pasal tempat nih & rupa paras makanannya,
terus aku terbayang2 sampai berhari2 haha...
so, mmg kena pegi gak la kan?







tengok gambar nih pon dah kecur dah aku.


yang nih suggested by waiter tu.
(waiters dia ramai melayu kita...
rasanya ownernya melayu tp tukang masak dia pak2 arab)
untuk 3 orang makan.
1 dulang nih nasik dia ngam2 soi untuk kami anak beranak 6 orang.
ayam tu half,
& bawah2 nasik tu berketul2 kambing
(daging kambing mmg banyak sampai kena tapau bawak balik dalam 3-4 ketul)
& harga sedulang nih rm60.
kami order jugak shish tawook (daging ayam grilled with roti arab) - sedap gils.


air kat sini x banyak choice.
air2 "arab" jek.
kami order air habatus sauda.
takut jugak x sedap, tp rupa2nya sedap.
ala2 rasa macam air cincau + teh bunga camtu...+ berkhasiat jugak.


tempat makan - boleh pilih nak dok kat kerusi or bersila.
kebetulan kami pegi nih mmg ramai orang.
so tempat yang kosong masa tu pun untuk yang bersila.
merasa lah makan sambil ada budak kecik dok panjat2 meja hehe...


kesimpulannya : mmg sedap!!
recommended sangat kalau ada yang berminat & suka makan nasi arab.


alamatnya : 
Restoran Nasi Arab Damsyik
No 1 Jalan Bourgainvilla 1
Taman Bougainvilla
Senawang, 70400 Seremban


kalau guna waze macam aku nih,
(x tau ler kalau waze aku loqlaq...)
dia akan tunjuk locationnya kat petronas.
padahal lokasi sebenarnya dalam 100 metres+- ke depan.
kalau terus lagi ke depan, ada banyak2 kereta & banyak2 lampu,
kat situ la lokasinya.
insyaAllah x sesat walaupun kami pegi nih dah malam
(sebab siang tu ada sesi merajuk2 la pulok hahaha...)


selamat makan2!!!


Monday, January 6, 2014

Cuti2 PD : Dis2013




cuti sekolah hari tu saje la plan nak bercuti2 ngan family belah aku.

bulan nih nanti keluarga mak long nak berhijrah ke jo.rdan for 3 years.
so sebelum tu kita cuti2 la ramai2.
bukan cuti sangat pon.
saje booked homestay dok ramai2.
meriah la sket.
sebenarnya booking pon dah lambat.
rasanya bulan november ke, end of oct baru booking.
so, nak carik tempat yang best & affordable tu, agak susah la jugak.
tp alhamdulillah...
dapat jugak booking kat PEARL VILLA hotel nih.
dapat corner lot so mmg berbaloi la.
(corner lot cuma ada 2 unit je...so mmg kena cepat la kalau nak booking.
weekends yang kitaorg pegi nih, mmg fully booked)













kalau tengok orang yang sewa homestay lain,
petang2 semuanya berdedai g tepi pantai.
tp disebabkan kalau nak g pantai tu kena menyeberang jalan besar,
x koser la nak bawak budak2 ramai2 nih cross jalan kan?
so bawak pool 2 bijik nih,
hangkut air dalam baldi (jenuh sbb x dak hose),
berendam la anak2 situ.
tu gunanya amik corner lot hahaha...
lagi meriah kot gini, tempat kecik berebut2 semua nak dok dalam tu.







lepas berendam, terus buat sukaneka.
saje suka2 budak2.
suka2 pun ada hadiah tau kalau menang, don't play2 hehe...
ada pertandingan makan epal, bawak telur dalam sudu,
isi air dalam botol & tiup tepung.
yang penting pasangan x boleh adik beradik.
siap ada yang menangis sebab nak geng ngan adik sendiri.
iz.ryn la tu hahahaha...nak geng ngan is.yraf.
padahl is.yraf x main pon huahuahua...







dah settle sukaneka,
budak2 g mandi siap2 semua.
bapak budak mulakan sesi bbq.
x de ler macam2 menu pon.
order bihun bungkus, bakar ayam & sosej je.
tu pun jenuh jugak makannya sebab banyak.  konyang terlebih.






malam tu ada sesi bagi2 hadiah menang sukaneka tu.
atok mak berbesar hati sponsor goodies for kids.
hadiah untuk sukaneka from mak uda.
pastu ada cabutan bertuah for kids & mak2.
cabutan bertuah mak2 adalah pyrex courtesy of mak long.
seb baik bukan mak long yang dapat hadiah sendiri hahaha...






next morning, breakfast nasik lemak.
nasik lemak je yang masak pagi tu.
sambal tumis mmg bawak frozen, telur dah siap2 rebus dari rumah.
so, senang la.
tempat nih walaupun homestay tp x dibenarkan masak.
bbq, steamboat & masak nasik je dibenarkan.





lepas breakfast, siap2 untuk checkout.
otw balik tu, singgah tepi pantai.
panas lit2 tp saje bawak budak2 main pasir.
is.yraf je yang mr abah bagi mandi.
tensen budak2 lain x dapat mandi huahuahua...






itu lah saje percutian singkat kami.
walaupun x cukup korum (family ucu x de),
tp ok la jugak sbb x senang nak kumpulkan semua orang.
rancang bukan main, tp nak kumpulnya quite susah jugak.
next time insyaAllah boleh organise lagi.
& hopefully by that time cukup la korumnya.
baru best...






Friday, January 3, 2014

1st Day 02012014




semalam cuti walaupun x dak anak yang masuk darjah 1 tahun nih
(tu namanya saje nak menyebok merasa kehangatan ramai2 orang bercuti anak masuk sekolah haha...)


ir.fan & fa.rah masing2 masuk darjah 3 & darjah 2 tahun nih.
x yah aku kecoh pagi2 sebab memang van sekolah yang amik.
tp dah sek kata suh daftar 28 dis hari tu malas nak g sek kan,
merasa la ko dok melangut tunggu cikgu free sebab nak bayar yuran.
maap le cikgu, ada mak yang ketegaq macam aku nih hehe...
seb baik cikgu ok je nak entertain mak macam aku nih
eh, at least aku x menyebok kacau cikgu tengah mengajar tau,
like some parents yang aku tengok.
bior le aku dok tggu kat kantin, & bila cikgu keluar kelas baru aku menyebok2 kejor cikgu semata2 nak bayar yuran.
terima kasih la cikgu ye...



iz.ryn 1st day of tadika semalam.
dah agak dia akan menangis.
kelakarnya, bila menangis tu bukan sebut nak mama...
tp nak icap hehehe...
ye lah, selama nih dia mmg satu taska dengan adik dia.
so bila dah asing2 taska & tadika nih, mmg ler dia rasa lain.
pagi tadi keluar rumah dia ok je.
tp bila dah nak sampai depan sekolah,
boleh plak dia kata...nak g mana nih? asik sekolah sini jek...
huahuahua...anakku, mmg ler sekolah sini, sekolah mana lagi.
dah meleleh lagi air mata.
padahal dia jumpa dah kawan dia kat sekolah yang sama.
x sangka plak masih nak menangis.
aihhh...kejutan budaya la kot.
selama nih taska dok main2 je, ni tadika kena belajar mungkin lain la keadaannya.



is.yraf pon aku tukar taska.
bukan x suka taska lama tu.
tp aku masukkan is.yraf kat taska ofis nih hah...
x de ler dia menangis, cuma pagi2 tu dia nak "terjun" ke aku bila aku bg kat pengasuh.
hopefully ok la dia nanti.
& hopefully taska nih akan improve from time to time.
aku awal2 nih malas nak demand sangat.
tp tu la, kalau compare ngan taska sebelum nih yg dah well established mmg ler rasa macam ada kekurangan je taska baru nih.
too early to judge.
aku tggu la sebulan - 2 nih camne dulu.
(sadis tengok anak2 kecik main bakul2 yang ada sebab x dak menan...
ohhh...x pa2, aku belum nak komplen lagi sbb belum byr yuran full lagi)


hopefully anak2 makin ok minggu depan insyaAllah...
esp si iz.ryn tu la.
kalau tiap2 pagi menangis, jenuh jugak.
aku jugak la yang rasa x sedap hati kat ofis nanti ni hah...





~ iz.ryn in her skul uniform ~

Wednesday, January 1, 2014

Iz.ryn's 4th Birthday




22 dis 2013 - genaplah iz.ryn berusia 4 tahun.
bila sebok2 cerita pasal bday dia,
sebok jugak dia kata nak celebrate kat sekolah.
tp disebabkan bday dia jatuh hari ahad,
& pastu aku pon plan nak drag lama sket cuti,
x dapat la nak celebrate kat sekolah.


kebetulan bday atok mak on the 21st.
& atok mak pon mmg dah remind awal2 suh balik kampung.
ada nak buat tahlil sket kat surau.
alang2 skali ngan bday fakhri 25hb,
sambut skali ramai2 semua.







order 2 bijik kek,
dapat free pavlova.
pavlova sikit benor, x merasa pon aku huahuahua...


choc indulgence versi bukan SR & red velvet.
homemade tp rasa sedap jugak.






aku saje buat goodies bags sikit untuk kazen2 iz.ryn.
syok semua kazens ada,
siap bentang tikar kat bawah tu, dok makan ramai2.