Tuesday, January 21, 2014

Bercerita Perihal Harga




sabtu hr tu pegi pasar.
matlamatnya nak beli ayam je.
sbb ingat nak buat asam pedas ayam.
dah beli daun kesum bagai,
sekali sampai rumah aku masak ayam masak merah hihi...


pastu dah beli ayam,


perihal harga ayam :
rata2 orang jual ayam sekrg nih rm8.50 sekilo.
pengsan!!
nak murah beli kat giant hehe...
tp aku x selalu beli kat giant nih.
walaupun dapat murah, tp ayam dia kecik.
kalau x sempat ke pasar je, aku beli kat giant.


teringat pulak nak beli udang.
sebab lama dah x beli udang.


perihal harga udang :
aku teringat dulu kalau beli sekilo udang,
aku beli yang range harga antara rm12 - rm18 kot.
tu pon rm18 tu kira kalau aku nak beli hat udang besar2 sikit.
kalau x, harga rm12 - rm14 tu dah kira ok dah pada aku.

sekarang nih, mak oiiii...
udang sekilo rm30.

"kak, yang depan tu murah sket. rm28"

wahahaha...rm28 murah ke pek.  tercekik aku...
tp nak buat camno, beli jugak la dah tekak rasa nak makan.
tu pun aku beli udang selalunya kalau aku x buat sambal udang,
(which is jarang2 jugak aku buat pon)
dia akan jadik perencah mee/ bihun/ kue tiow aku je. 


dah beli udang tu,
nampak pulak bawal.
sebab hari tu dah beli bawal 2 ekor, macam x cukup.
beli lagi 2 ekor kecik.


udang & bawal saje - rm33.
terus membebel2 aku dalam hati tp mulut terkumat-kamit la.


"kenapa kak x senyum? marah ke?"
"marah la...mahal sangat. bagi diskaun la rm30 je"


apek tu pulangkan duit baki & buat dek.
chehhh...konon ko peramah, ingat nak bagi diskaun!!


kalau cerita pasal harga barang nih, mmg boleh pening kepala, sakit hati.
aku pulak bukan jenis yang akan survey harga pasal barang keperluan makan nih kat merata2 tempat.
mana yang aku selesa beli, situ ler aku selalu beli.
so, x der la aku amik port sangat pasal harga2 barang ni.
tp itu duluuuu...duluuuu...
sekarang nih terkesan jugak la dengan harga barang nih.
keluar duit rm500 tu aku rasa sekelip mata je abis.
apatah lagi rm50 yang macam 50 sen huhuhu...


tapi tetap aku bersyukur,
masih lagi dapat makan sedap2.
mr abah pulak kalau bab makan mmg x berkira.
apa yang teringin tu, selalunya dia ok je.
(seb baik x selalu teringin...mungkin kata2 mr abah dalam hati haha...)





1 comment:

Didie said...

I lama gila tak beli udang Kak Ellerque. Mahal gila udang kolam nih. Sekarang nih kalau nak beli, I beli udang laut. Tapi susah ler nak jumpa.