Friday, January 17, 2014

JJCM_2 2014








lokasi :
D`Pantai Restaurant
Green Island Sdn Bhd, Batu 6, Jalan Pantai
71700 Seremban, Negeri Sembilan.


sebenarnya ni kedai kawan mr abah.
lama dah nak try, tp x terpegi2.
so, last weekend saje la pegi makan sana.


recommended :
ikan talapia bakar.
walaupun rasa "kosong" sikit ikan tu,
tp bila makan dgn sambal kicap & kuah asam dia,
mmg meleTOP!
(sedap sangat sampai ikan dah tinggal tulang baru aku teringat nak amik gambo huhu...)

sotong goreng tepung tu pun not bad.

ada terjumpa pakcik2 yg tengah pancing ikan kat tepi tu,
diaorang recommend lempeng.
tp dah makan nasik kan, takkan le nak order lempeng pulak.
(alasan singgah len kali plak hehe...)


kedai nih biasa2 je.
tp for those yang nak tukar2 angin, boleh la singgah.
senang je nak carik sbb tepi jalan je & dekat je ngan exit LEKAS - ampangan.





lokasi :
Nasi Ayam Tat
Seksyen 15
Bandar Baru Bangi


nasi ayam biasa2 je.
kalau aku, baik aku makan nasi ayam kat kedai biasa2 je hehe...
lagi besor ayamnya
(ohh...ayam naik harga kot hmmm...)
tapi dah ko nak duduk selesa makan dalam aircond kan?
merasa la hihihi...


in terms of rasa - not bad.
ok je, sedap jugak.
tp bila order tauge kata x de,
(kangkung x dak dalam list hehe...)
bila order air mata kucing pon x de,
sedangkan ada dalam menu...
ko rasa apa?!!
ppftttt sangat...


kalau ikut dalam menu,
ada la nasi itik, ciken chop bagai...
tp seb baik aku x tanya,
kang kalau aku tanya, semua x de lagi aku hangin kan?
dah nama kedai nasi ayam,
nasi ayam ler aku order hihi...



No comments: