Thursday, February 6, 2014

Main Masak-Masak 2



aku nih bukan terer sangat masak.
setakat makan anak beranak lepas la.
masak untuk 4-5 orang makan kira ok lagi.
cuba masak untuk 10 orang?
kompem ke laut hehehe...



hari tu budak2 request nak makan ayam goreng.
aku kalau masak ayam aku suka masak part2 yang bertulang.
bila dah masak yang bertulang je,
part2 isi tu pulak banyak x tau nak buat apa.
kebetulan masa budak2 request nak makan ayam goreng tu,
tinggal isi2 ayam je dalam fridge.
so, aku decide nak buat jemput2 ayam je lah.


isi2 ayam tu kita potong kecik2.
perapkan dengan garam, kunyit & telur.







bila nak goreng tu,
kita salutkan isi2 ayam dengan tepung.
aku nak senang je nih - beli tepung goreng jenama ki.jang.
then goreng je dengan api kecil sampai kekuningan.
x perlu goreng lama supaya isi ayam kekal lembut.
sebab tu kena potong kecik2 ayam tu supaya senang masak.


& taraaaa...






setakat nih dah 2x aku goreng ayam stail macam nih.
alhamdulillah budak2 suka.
kalau sebelum nih, mmg isi2 ayam nih budak2 pandang sebelah mata je.
sekarang nih, dah ada cara nak abiskan stok ayam dalam freezer tu.


yeayyyy...


catatan : ayam ni kalau makan cecah sos pon sedap!!


Wednesday, February 5, 2014

Perihal Bisnes



aku syok tengok orang2 yang pandai mencarik duit lebih.
maksudnya, x de la bergantung 100% kat duit gaji bulan2.
ada la extra income buat tambah2.
ada la duit lebih sikit buat shopping2,
or even duit lebih nak bawak keluarga gi jalan2 makan angin.
x la mengharap/ bergantung terus pada duit bulanan tu.


carik duit lebih nih boleh dalam bentuk apa saja.
kalau pandai masak, boleh je jual makanan.
kalau pandai jahit, boleh la amik tempahan jahit.
even jual bisnes online pon, aku rasa zaman sekrg nih mmg boleh masyuk.


malangnya, aku adalah orang yang x reti berniaga huahuahua...
pemalu x bertempat aku nih.
dengan berat mulutnya nak start conversation ngan orang yang aku x kenal.
mana la nak boleh berniaga kalau gitu.


end up aku menyokong je la kawan2 aku berniaga.
asal ada yang menjual je, aku tolong beli hahahaha...
bagus apa?!
kalau x, sape plak nak membeli kan?
(telinga aku dah tebal kena perli ngan mr abah asik dok perabih duit haha...)



nak mengharapkan mr abah bisnes, dia lagi la.
aku nih ada la jugak bisnes-minded.
(tang mana bisnes-minded aku pon x tau hahaha...)
mungkin sebab aku dulu belajar accounting kot hikhik...
(x dak kaitan pon...pandai buat akaun, tp x dak apa yang nak diakaunkan sbb x dak bisnes...apa pekdahnya?!!)


mr abah is an electrical person.
so kalau bab2 wiring or apa2 berkaitan elektrik, dia boleh buat.
pasang lampu, kipas, suis...apa2 je lah yang berkaitan elektrik, insyaAllah boleh.
kalau tanya kontraktor, boleh tahan jugak tau harga buat wiring bagai.
don't play2...
nampak dah kan area mana mr abah boleh buat bisnes?!!


jangan harap hehehe...
sebab dia jenis menolong orang je keja dia.
tak salah, aku x kata salah.
besar pahalanya menolong orang.
tp nak tolong orang pon, ada hadnya (pada aku la...)


di zaman peningkatan kos hidup nih,
aku cadangkan kat mr abah untuk tolong orang dengan cara yang lain sikit.
kenakan caj tp dengan harga yang kurang sikit dr kontraktor2 besar buat.
(hahaha...mampoih kontraktor marah aku).
win win situation la kan?!
cuba bayangkan mr abah penah tolong pasang lampu kipas untuk seluruh rumah sorang kawan dia yang baru beli rumah,
dalam keadaan dia baru balik keja shift malam,
sambung pulak buat kat rumah tu sampai petang,
malam tu dia still kena keja lagi,
at NO COST!!!
(ye lah, kawan dia tu belanja makan tengahari kat kedai)
rasanya aku nak marah ke aku senyum?
silap la aku marah, aku senyum hangin satu badan.


itu kes lama,
rasanya dah +- 8 tahun lepas kot.
yang kes baru nih pulak,
kes orang yang x sedar diuntung.


keja nih mr abah buat dgn kawan dia yang mmg buat part time keja2 gini.
so nak x nak mmg kena caj la kan?!
sebelum buat keja, persetujuannya pada 1 harga dengan barang akan dibeli sendiri oleh owner.
bila dah siap keja dengan guna barang mr abah sendiri (1 haprak pon barang owner x beli...yang dia beli pon mmg x leh pakai), owner nak jugak bayar pada harga yang dipersetujui sebelum nih.
abis, barang2 tu beli dengan air liur ke?!!


hmmm...
malas nak cakap la kan orang gini.
orang dah bagi harga below market, lagi mau banyak songeh.
aku kata je kat mr abah,
x payah tolong la kalau dia mintak tolong lain kali.
kadang2 orang yang macam nih kena ajar sikit.


cuba la letak diri sendiri kat tempat orang lain.
bila kita mintak servis orang lain, kompem2 la akan melibatkan masa & tenaga,
bukan peralatan je.
(kalau ikutkan, masa & tenaga tu x boleh disamakan dengan wang ringgit tau.
ngan anak bini nih lagi)
kalau nak murah & x nak bayar, buat la sendiri.
mr abah letak harga tu pon, ada kawan kontraktor dia bising sebab murah sangat.
tu pon tetap nak mintak kurang lagi, nak mintak free lagi.
berpada2 lah kan?!!



betul la orang kata,
banyak cabarannya bila berniaga nih.
betul la jugak aku kata,
aku mmg x boleh berniaga hahaha...


catatan : dari dulu berangan nak jual frozen foods.
kalau orang x beli, aku makan sendiri.
mmg x berkembang la ko nih hehe...



Tuesday, February 4, 2014

Main Masak-Masak 1




ada sorang kawan aku ni yang memang terer masak bagitau yang dia buat bihun goreng tomyam.
hmmmm...macam menarik jek.
bukan menarik sebab aku rasa bihun tu sedap.
menarik sebab aku mmg nak guna sangat tomyam paste aku yang botol besar tu haha...
aku bukan peminat tomyam.
tp masa pegi padang besar tahun lepas,
orang sebok beli tomyam paste tu, aku pon sebok jugak nak beli.
hamik ko..setahun pon x abis lagik.
tp expiry date dia tahun 2015.
sempat lagi nak abiskan haha...



ini lah dia rupa sahsiah bihun goreng tomyam...
(sama je pon rupanya hihi...)






tak meriah sebab aku gunakan apa yang ada kat rumah.
yang penting sedap haha...
(mampoih angkat bakul)
aku buat sikit je sebab 1st time buat.
karang x sedap sape nak makan.
untuk budak2, aku goreng nasik bodo2.
tengok2 nasik x abis,
semua dok pulun makan bihun.


aku masak sempoi je...

bawang merah, bawang putih & udang kering sikit - blend.
tumis bahan2 blend.
tumis skali dgn serai ketuk & paste tomyam sampai garing.
(my fren kata dia letak daun limau purut, aku x letak).
pastu masukkan sos tiram & garam.
masukkan udang & fish cake - ini je bahan yang ada kat rumah aku.
(boleh je masukkan apa2 haiwan yang disukai)
masuk kobis, masuk bihun.
taraaa...siapppp.


warna bihun aku ni x menarik sangat.
nanti aku nak olah sikit, letak cili blend ke or sos biar nampak meriah sikit hehe...


silalah cuba sebab rasa dia mmg sedap.
ada kelainan la kan bila makan bihun hehe...



Monday, February 3, 2014

Monday Blues




adoiiii laaaa...


hari nih aku hantar is.yraf ke taska lama dia semula huhu...
sebenarnya, masa mula2 pikir nak tukarkan taska is.yraf dulu,
aku berbelah bahagi.
bila berbelah bahagi tu, seawal 1st week is.yraf kat taska baru tu pon,
aku dah mula rasa x sedap hati.


bukan x ok tempat tu.
ok je sebab aku x de la letak harapan tinggi sangat pon.
pengasuh2 tu pon ok je aku tengok.
tp tu la, tiap2 pagi is.yraf kompem nangis.
pastu jauh jugak aku nak kena pusing untuk hantar dia.
dengan dia pun x boleh dok diam dalam kereta.
hmmmm...
taska yang lama tu dekat je ngan rumah.
so tak sempat dia nak mengamuk bagai dalam kereta.


itu lah aku.
suka x pikir panjang, last2 menyesal hehe...
so, hari ni hantar dia ke tempat baru yang lama haha...
menangis dia pagi nih.
ini lah yang paling aku ralat sebenarnya.
dah elok2 dulu is.yraf kat taska lama,
siap boleh sengeh2 angkat beg sendiri, aku tukar taska lain.
sekarang nih, hamik ko...
kan dah menyusahkan diri sendiri namanya nih...
budak tu pon dah fobia la kot gamaknya.


(taska is.yraf dah guna sistem punch card.
amboiii...macam masuk keja plak ko dikk haha...)


si iz.ryn pulak, pagi2 nih buat hal.
berguling2 menangis kat tadika.
iz.ryn nih kalau mr abah yang hantar, dia ok je.
bila time aku yang hantar,
mula lah x nak turun kereta lah, menangis lah.
setakat mengalir air mata, aku ok lagi.
tp bila dah bab sampai x nak bergerak,
meronta2 bagai...
aku pon naik darah.


yang geramnya, bila kat rumah ok je.
dalam kereta pon ok.
tang dah sampai depan tadika,
mula lah buat perangai yang aku pon x paham.



ini lah 2 orang budak yang menguji kesabaran mama di pagi hari...








catatan : boleh sakit jantung mak ko nih tau tak?!