Tuesday, February 4, 2014

Main Masak-Masak 1




ada sorang kawan aku ni yang memang terer masak bagitau yang dia buat bihun goreng tomyam.
hmmmm...macam menarik jek.
bukan menarik sebab aku rasa bihun tu sedap.
menarik sebab aku mmg nak guna sangat tomyam paste aku yang botol besar tu haha...
aku bukan peminat tomyam.
tp masa pegi padang besar tahun lepas,
orang sebok beli tomyam paste tu, aku pon sebok jugak nak beli.
hamik ko..setahun pon x abis lagik.
tp expiry date dia tahun 2015.
sempat lagi nak abiskan haha...



ini lah dia rupa sahsiah bihun goreng tomyam...
(sama je pon rupanya hihi...)






tak meriah sebab aku gunakan apa yang ada kat rumah.
yang penting sedap haha...
(mampoih angkat bakul)
aku buat sikit je sebab 1st time buat.
karang x sedap sape nak makan.
untuk budak2, aku goreng nasik bodo2.
tengok2 nasik x abis,
semua dok pulun makan bihun.


aku masak sempoi je...

bawang merah, bawang putih & udang kering sikit - blend.
tumis bahan2 blend.
tumis skali dgn serai ketuk & paste tomyam sampai garing.
(my fren kata dia letak daun limau purut, aku x letak).
pastu masukkan sos tiram & garam.
masukkan udang & fish cake - ini je bahan yang ada kat rumah aku.
(boleh je masukkan apa2 haiwan yang disukai)
masuk kobis, masuk bihun.
taraaa...siapppp.


warna bihun aku ni x menarik sangat.
nanti aku nak olah sikit, letak cili blend ke or sos biar nampak meriah sikit hehe...


silalah cuba sebab rasa dia mmg sedap.
ada kelainan la kan bila makan bihun hehe...



No comments: