NuffnangAds

Wednesday, February 5, 2014

Perihal Bisnes



aku syok tengok orang2 yang pandai mencarik duit lebih.
maksudnya, x de la bergantung 100% kat duit gaji bulan2.
ada la extra income buat tambah2.
ada la duit lebih sikit buat shopping2,
or even duit lebih nak bawak keluarga gi jalan2 makan angin.
x la mengharap/ bergantung terus pada duit bulanan tu.


carik duit lebih nih boleh dalam bentuk apa saja.
kalau pandai masak, boleh je jual makanan.
kalau pandai jahit, boleh la amik tempahan jahit.
even jual bisnes online pon, aku rasa zaman sekrg nih mmg boleh masyuk.


malangnya, aku adalah orang yang x reti berniaga huahuahua...
pemalu x bertempat aku nih.
dengan berat mulutnya nak start conversation ngan orang yang aku x kenal.
mana la nak boleh berniaga kalau gitu.


end up aku menyokong je la kawan2 aku berniaga.
asal ada yang menjual je, aku tolong beli hahahaha...
bagus apa?!
kalau x, sape plak nak membeli kan?
(telinga aku dah tebal kena perli ngan mr abah asik dok perabih duit haha...)



nak mengharapkan mr abah bisnes, dia lagi la.
aku nih ada la jugak bisnes-minded.
(tang mana bisnes-minded aku pon x tau hahaha...)
mungkin sebab aku dulu belajar accounting kot hikhik...
(x dak kaitan pon...pandai buat akaun, tp x dak apa yang nak diakaunkan sbb x dak bisnes...apa pekdahnya?!!)


mr abah is an electrical person.
so kalau bab2 wiring or apa2 berkaitan elektrik, dia boleh buat.
pasang lampu, kipas, suis...apa2 je lah yang berkaitan elektrik, insyaAllah boleh.
kalau tanya kontraktor, boleh tahan jugak tau harga buat wiring bagai.
don't play2...
nampak dah kan area mana mr abah boleh buat bisnes?!!


jangan harap hehehe...
sebab dia jenis menolong orang je keja dia.
tak salah, aku x kata salah.
besar pahalanya menolong orang.
tp nak tolong orang pon, ada hadnya (pada aku la...)


di zaman peningkatan kos hidup nih,
aku cadangkan kat mr abah untuk tolong orang dengan cara yang lain sikit.
kenakan caj tp dengan harga yang kurang sikit dr kontraktor2 besar buat.
(hahaha...mampoih kontraktor marah aku).
win win situation la kan?!
cuba bayangkan mr abah penah tolong pasang lampu kipas untuk seluruh rumah sorang kawan dia yang baru beli rumah,
dalam keadaan dia baru balik keja shift malam,
sambung pulak buat kat rumah tu sampai petang,
malam tu dia still kena keja lagi,
at NO COST!!!
(ye lah, kawan dia tu belanja makan tengahari kat kedai)
rasanya aku nak marah ke aku senyum?
silap la aku marah, aku senyum hangin satu badan.


itu kes lama,
rasanya dah +- 8 tahun lepas kot.
yang kes baru nih pulak,
kes orang yang x sedar diuntung.


keja nih mr abah buat dgn kawan dia yang mmg buat part time keja2 gini.
so nak x nak mmg kena caj la kan?!
sebelum buat keja, persetujuannya pada 1 harga dengan barang akan dibeli sendiri oleh owner.
bila dah siap keja dengan guna barang mr abah sendiri (1 haprak pon barang owner x beli...yang dia beli pon mmg x leh pakai), owner nak jugak bayar pada harga yang dipersetujui sebelum nih.
abis, barang2 tu beli dengan air liur ke?!!


hmmm...
malas nak cakap la kan orang gini.
orang dah bagi harga below market, lagi mau banyak songeh.
aku kata je kat mr abah,
x payah tolong la kalau dia mintak tolong lain kali.
kadang2 orang yang macam nih kena ajar sikit.


cuba la letak diri sendiri kat tempat orang lain.
bila kita mintak servis orang lain, kompem2 la akan melibatkan masa & tenaga,
bukan peralatan je.
(kalau ikutkan, masa & tenaga tu x boleh disamakan dengan wang ringgit tau.
ngan anak bini nih lagi)
kalau nak murah & x nak bayar, buat la sendiri.
mr abah letak harga tu pon, ada kawan kontraktor dia bising sebab murah sangat.
tu pon tetap nak mintak kurang lagi, nak mintak free lagi.
berpada2 lah kan?!!



betul la orang kata,
banyak cabarannya bila berniaga nih.
betul la jugak aku kata,
aku mmg x boleh berniaga hahaha...


catatan : dari dulu berangan nak jual frozen foods.
kalau orang x beli, aku makan sendiri.
mmg x berkembang la ko nih hehe...



1 comment:

Didie said...

Husband you baik sangat. Lepas nih kasi quotation before kerja and suruh customer sign dulu. Tak semua orang baik macam kita Kak Ellerque.