Friday, March 28, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highlands Part 1 : Planning



dah lama plan nak bercuti ke cameron highlands sebenarnya.
sejak dari tahun lepas sempena wed anniversary ke-10.
(konon nak mengenang kembali memori honeymoon last 10 years la kan hihi...)
tp tu la...asik x menjadi je.
so plan plak cuti sek bulan 3 thn nih nak g sana.
kebetulan atok & atok mak & family ucu nak join skali.
& perancangannya dah dibuat as early as bulan januari 2014 kalau x silap la.


actually, dah dapat dah phone no sorang pakcik nih untuk homestay.
tp aku nih ingat awal sangat la nak booking bulan januari.
delay2 sampai bulan 2.
bila call pakcik tu dia kata dah penuh huahuahua...
tu la kan...
kalau cuti sekolah, x de awalnya kalau booking bulan januari tu.
ada yang booking lagi awal dari tu aku rasa.


aku try pulak carik2 kat agoda.
kebetulan jumpa pulak apartment yang still available.
baca sikit2 reviews yang ada kat situ.
terus booking & bayar untuk 3 hari 2 malam.
(punya la desperate nak pegi kan...)
nanti aku share ya pasal apartment nih.


untuk kali nih, aku cuma google je untuk cari some info pasal CH.
tp x ler ber itineraries bagai.
tengah busy pulun buat report supaya dapat bercuti dengan tenang hihi...
pulak tu since keluarga ucu pun join,
jadiknya banyak bergantung kat mak ucu je pasal itineraries tu.
i follow je hihi...


ada orang kata, kalau pegi CH nih cukup sehari je dah habis round 1 CH.
tapi kalau ada yang suka santai2 & x kelam kabut,
aku rasa 2 malam tu just nice la.
lagipun kalau cuti sekolah, mmg jem jugak kat CH nih.
sbb jalan kecik & tempat2 menarik dia mmg tepi2 jalan je.
tu yang banyak kereta parking tepi2 jalan.


ok...end of planning part.
(macam le planning beria2 sangat kan haha...)
pasni aku sambung cerita lagi.
tengok gambar bunga ros ni dulu.



cantik2 sangat bunga kat sini : rose centre 


No comments: