Tuesday, April 1, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highlands Part 3 : 22.3.2014 Mardi & KHM Strawberry Farm



selesai makan, kami terus menuju ke mardi di tanah rata.
masa ni matahari dah naik tp still lagi rasa sejuk.
aku siap bersweater bagai,
tiba2 bila jalan dalam tu berpeluh2.
dah x tau nak letak sweater kat mana haha...
(padan muka...feeling obersea sangat.  aku la tu, org lain ok jek...
pakai je la sampai ke sudah)







sebenarnya, mardi nih besar & ada beberapa bahagian.
tp since niatnya nak tengok2 je,
mmg x amik port la bahagian mana nak pegi.
main ikut kaki je melangkah hehe...


dekat dengan pintu masuk tu ada kebun strawberi.
ada pulak orang jual strawberi coklat.
budak2 nih pulak mmg awal2 lagi dah disogok cerita pasal strawberi.
mmg itu la yang diaorang aim.
dah aku pulak kena melayan diaorang makan strawberi coklat huahuahua...
makan la nak oiii...makan!
siap x cukup 2 cucuk, tambah beli lagi.



menikmati strawberi coklat


di celah-celah pokok tomato


antara tanaman yang ada


dalam mardi nih ada 1 kedai ala ala souvenir shop.
silalah memborong di sini ye sbb barang2 kat sini lebih murah dari kat luar.
even teh2 dia pon, lagi murah dari yang jual kat ladang2 teh.
kat sini ada jual jem strawberi & madu dalam botol kecik yang sangat cute.
sesuai kalau nak bagi souvenir kat orang.
lagi satu, kalau nak beli strawberi kering, beli kat sini pon ok.
menyesal aku beli sikit huhuhu...


keluar dari mardi, dah tengahari.
panas...jom kita cari aiskrim strawberi pulak.
ada orang kata aiskrim kat KHM Strawberry Farm sedap.
ok jom ke sana kita.






1 bekas aiskrim kongsi 2 orang.
tu pon jenuh jugak nak menghabiskannya sbb manis sangat.
aiskrim dia ok la.
sos strawberi tu yang manis aku rasa.
kalau sos tu dia letak sos coklat ke mungkin lagi ok kot.
(hahaha...jenuh semua benda nak strawberi coklat).


ok...semua orang pun dah penat.
rasanya masa nih dah nak dekat pukul 1pm kot.
jom check-in!!


bersambung...


No comments: