Tuesday, June 10, 2014

Apam Nasik



x penah2 mencuba buat kuih2 melayu.
tp since resepi nih sangat mudah from atok mak,
+ atok mak dah bagi acuan merah kiut miut tu, meh kita cuba...


1 cawan nasik
(aku kalau masak nasik, selalunya mmg bajet2 biar x berlebih sbb malas nak simpan.
tp utk buat apam nih, siap berdoa biar ada nasik lebih haha...)
1 cawan air
1 cawan gula
setengah paket yis serbuk


blendkan semua bahan.


masukkan 1 cawan tepung beras & 1 cawan tepung gandum.


blend sehingga sebati.
biarkan sekejap.


panaskan pengukus.
masukkan adunan ke dalam acuan.
kukus 10 minit.


& taraaa...






kalau x nak apam merekah, jangan bukak api kuat sangat.
in my case, aku suka kalau apam aku merekah.
so, mmg sengaja bukak api paling besar.


kebetulan mmg ada warna kuning je kat rumah.
kalau nak meriah, campur2 la 2-3 warna.


selamat mencuba...



No comments: