Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan 2014




salam ramadhan al mubarak...






3rd day puasa, insyaAllah.
so far alhamdulillah.
puasa pertama berjalan lancar.
maklum la hari ahad, semua melepak je kat rumah.
baring2 tengok tv.
mama ajak pegi pasar pon x nak hmmm...
penat katanya (walaupun baru pukul 7 pagi grrr...)


semalam je la ir.fan & fa.rah balik sekolah je terus terlepek.
bagi chan la diaorg lepak2 baring2 dulu depan tv sebelum dikerah untuk mandi.
alhamdulillah, semua x banyak songeh.
cuma bila tengok iz.ryn makan, ada la yang kata...
"bestnya iz.ryn x puasa" hehehe...


bab buka puasa, seperti tahun2 lepas...ala kadar je.
makan nasik boleh, x makan nasik pon boleh.
mr abah kata masak sempoi2 pon x pe. x yah g bazar ramadhan.
(erkkk...baru nak masuk 3 hr puasa x boleh nak janji.
hujung2 nanti tah2 bazar manjang)


menu sahur 1 :
nasi putih + ayam masak kicap + sambal bilis 
(sambal bilis aku buat stok dah ni. cukup kot at least sampai 2nd or 3rd week of ramadhan)
menu iftar 1 :
cekodok bawang+udang (requested by mr abah), lempeng with kari ayam+sambal tumis bilis (requested by ir.fan) & kopok lekor (requested by fa.rah) - jenuh macam2 nak buat. tp sbb hari pertama kan, kita layan je.


menu sahur 2 :
kari ayam + kailan goreng + sambal bilis
menu iftar 2 :
nasi putih + sambal tumis udang + cendawan goreng tepung + kari ayam


menu sahur 3 :
nasi putih + sambal tumis udang + kari ayam (jenuh kari sampai 3 hari baru abis. aku rasa x de la masak banyak sangat pon. tp tu la masing-masing x makan banyak bulan puasa nih) + sambal bilis (gini gayanya cepat la stok sambal aku abis hehe) + telur goreng curah kicap



No comments: