Friday, August 8, 2014

Aidilfitri 2014 : Us



salam aidilfitri untuk semua...
wahhh...dah raya ke12 baru nak ucap selamat hari raya haha...


macam biasa, gambar x banyak.
ye lah, 11 tahun kawin masa bila la aku x beranak kecik kan?
ngan handbag betul, handbag "x betul", handbag dok statik, handbag berlari2, mana la nak menyempat capai camera.
bila malam br sempat tengok phone, tu diaaaa...berjela2 wasap massages. pengsan!


raya tahun ni patutnya turn beraya kat kampung mr abah.
tapi mr abah request balik kampung aku sebab dia ada hal nak settle kat kampung dia.
kena tunggu ofis bukak lepas raya.
so kalau balik kampung dia dulu, haruslah ofis x sempat bukak dah balik kampung aku pulak.
tapi aku rasa ok je balik kampung dia dulu sbb raya ke3 mesti ofis dah bukak.
ke belum bukak?
ehhh...malas la nak pikir.  benda dah lepas.
so beraya la kat kampung aku je.
bak kata atok mak "tiap2 tahun pon raya sini dulu" hahaha...
(i ols isteri mithali ya...ikut cakap suami huahuahua...)






nih la salah satu gambar masa 1st day raya yang macam jadik x jadik hehe...
kalau tengok gallery, x dak satu pon yang aku betul2 puas hati.
tapi boleh la drp x de...
bak kata one of my frens, kalau nak ok amik gambar kat studio.
yesza...itu mmg dah lama ku idam2kan.
tp x kuasa la kan pagi2 raya sebok ke studio pulak.
kalau balik kg aku, atok tu by 10am mesti dah kena gerak ke rumah sedara mara.
kalau balik kg mr abah, jauh jugak tu nak ke bandar carik kedai gambar.
so, tggu la 5 tahun akan datang ke, baru pikir balik idea nih haha...





sementara tunggu atok & atok mak for sesi bermaaf2an, macam2 aksi la kami.
si kecik tu nak suh dok diam kena umpan dgn hp.
tu la anak2 zaman moden nih hmmm...






2nd day raya, gerak balik kampung atok kat pengerang, johor.
balik pengerang mmg kena kluar awal sbb perjalanan jauh 3-4 jam.
hujan pulak pagi tu.
ala2 liat jugak la nak bangun pagi2.






3rd day raya, hujan mencurah2 jugak pagi tu.
raya ke3 nih mmg x g mana-mana.
tggu orang datang serbu rumah atok pulak.
tp tghr tu kluar gak kejap beraya rumah pak uda dkt2 situ je.
balik dari rumah pak uda, terus dok dapur sampai malam huahua...
sebenarnya x balik dr rumah uda lagi pon dah ada anak sedara atok yang call nak singgah.
yang x call main serbu je pon ada.
tp x kesah sbb mmg atok mak dah standby dah raya ke3 nih mmg orang dtg bertandang.


raya ke4 pagi2 dah balik kampung mr abah pulak.
this time around mmg teruk betul sbb x amik gambar langsung huhu...


settle dah raya kat kampung.
raya thn ni la mr abah dapat cuti panjang sikit.
kalau x, merasa la aku beraya raya pertama je.


& now sebok pulak dengan undangan open house.
terasa jugak nak buat makan2 nih.
tp tu la...bila banyak sgt orang invite, mmg erkkk...
terpikir kat mana pulak nak sumbat open house sendiri.
akhirnya...x dak la open house (haha...alasan sangat kan...)






No comments: