Wednesday, August 27, 2014

Aidilfitri 2014 : Baraan




kalau ikutkan hati aku nih, mmg berkobar2 jugak nak buat open house sempena raya nih.
ye lah, sejak pindah nih (that was almost 2years ago kot) mana pernah buat makan2 pon.
tp tu lah...kudratnya masih belum kuat.
nampak mudah especially kalau makanan tu kita suh orang lain je masak.
x semudah tu.  banyak benda kena pikir.
& due to that, kita tangguh la dulu tp planning utk handle makan2 nih tetap dah bermain2 dalam kepala aku nih hehe...


last 2 weeks, tetiba azza create 1 wassap group baraan raya.
terkejut gak aku.
1st time aku jumpa azza nih, rasanya tahun 2004 kot.
masa tu aku kat uitm.
kan time tu aku angan-angan besar nak sambung buat masters.
interview dah lepas, belajar pon dah a few weeks jugak la...
boleh aku berenti sebab aku rasa x mampu nak belajar part-time.
sampai sekrg aku salute orang boleh belajar part-time.
rugi je aku.  kalau x, mesti sekrg ni aku dah jadik profesor huahuahua...


azza ni jugak la yang memperkenalkan aku dengan medium "alam maya" nih.
masa tu zaman fotopages.
dia ada fotopages, so dia suh aku create jugak.
mmg ramai la kenalan alam maya zaman tu.
ada yang masih lagi berhubung, jadik member rapat pon ada.
cuma fotopages tu je la dah x de.
aku x tutup lg fotopages aku tu.  cuma aku restrict dengan password.
pastu nama page pon aku x ingat, password lg la entah ke mana haha...


member2 alam maya ni la yang plan nak buat baraan.
mastermind dia si azza ni la.
x ramai pon, dalam 14 orang je pon...yang rapat2 sket dulu tu la.
mmg x nak buat open house, tp bila azza dah plan gitu.
& aku pon sabtu tu mcm x berapa nak bz.
aku offer la kat 10 orang untuk datang lepak2 makan kuih kat rumah aku sabtu tu.


alhamdulillah, 6 families turn up.
pulak tu walaupun x serentak, tp masing2 tunggu yang lain.
so lengkap 6 famili dalam rumah.
jarang handle orang dtg ramai2 serentak.
mr abah punya lah sebok takut makanan x cukup.
tp alhamdulillah...ngam2 soi.



the menu...
mee bandung (tqvm atok mak sbb tolong masakkan.  maklum le aku fail kalau masak2 dalam kuantiti yang banyak nih hehe...)
sate (order je tp nasik impit aku rebus sendiri)







terliur aku tengok mee bandung nih.
sedap tauuu...






the 1st family yang sampai.
ida + jiji.
boleh makan dengan aman sebab x de orang hehe...






then, azza & ita plak sampai.
diaorang konvoi from kajang.






dah macam taska rumah aku haha...





bapak2 yang sempat amik gambar sama2.




mr bad syok dok kat luar rumah je.
idea mr abah la tu siap bukak meja kat luar.





HL & caja.
all the way from pj.
aku pon x sangka HL & family datang.
sebab jauh.







last but not least, amik gambar ramai2.




alhamdulillah...tetamu datang membawa rezeki.
walaupun penat tapi seronok orang datang rumah kita.


tqvm frens for coming...
muah muahhh...
jangan serik singgah rumah aku lagi bila2 nanti.


No comments: