Wednesday, September 3, 2014

JJCM_5 2014



lama kan x cerita pasal jjcm?
kali nih aku citer pasal breakfast pulak.
tempat nih dah 2nd time aku pegi.
kali ke2 nih baru nak cerita sbb yang 1st hari tu amik feel dulu hehe...


kedai ni x de nama.
mr abah panggil "kedai bawah pokok manggis".
serius, mmg bawah pokok manggis.
masa kami tengah tunggu food ada sebijik manggis jatuh.
seb baik x jatuh atas kepala hehe...


cer tengok deretan kereta yang parking?
abang2 bomba dengan kereta bomba pon singgah tau.
so kalau datang tu, bertabahlah carik tempat duduk.
(tapi tempat duduk dia banyak, x perlu tunggu lama pon).
& bertabah lah jugak tunggu makanan.







aku order nasi goreng biasa.
kat sini mmg specialty dia goreng2.
jarang kan kalau breakfast pagi dapat makan makanan goreng panas2?
tapi nasi goreng aku nih ada sedikit tawar.
mungkin abang tukang masak nih terlupa taruk garam kot hehe...







ini lah abang tukang masaknya.
x menang tangan aku tengok sbb ramai orang.
yang sebelah dia tu abang kue tiow.
dia cuma goreng kue tiow je.





mr abah order char kue tiow.
not bad, sedap.






kue tiow goreng izryn ni pon sedap.
highly recommended la kalau ada sesiapa yang nak makan kat sini.






selain goreng2, boleh jugak order roti canai.
farah & isyraf share roti boom.
sebelum ni, aku penah order roti tampal.
rasa not bad, roti mmg lembut gils.
tapi aku x minat plak dia buat roti tampal tu telur dia macam telur dadar siap lada bagai.
lupa plak nak rasa roti boom farah.
ramai jugak orang order roti canai.
so, mesti sedap jugak la aku rasa.


 


ok...kalau ada sesiapa yang nak singgah makan kat sini,
sori aku x leh bagi nama kedai sbb mmg x de nama.
tapi lokasinya betul2 tepi jalan menuju ke mantin dari pajam.
berdepan dengan simpang ke kampung gebok.
kedainya dalam kawasan rumah yang berpagar.
boleh parking kat dalam kawasan tu.
ramai jugak yang parking kat tepi jalan tu je.
so kalau nampak kereta berderet tu, situ la tempatnya.


selamat menjamu selera...







No comments: