Thursday, October 30, 2014

Pasal Exam



hoyeaaaa...
hari ni last day of final exams for the kids!
eh, sebenarnya izryn masih ada lagi exam next week.
tp budak 5 tahun apa dehal hehe...
x de lah...
aku mmg dari irfan dulu x pernah force anak2 yang baru tadika untuk study for exam.
selain dari aku sendiri x pasti nak suruh diaorang study apa,
aku x rasa pulak nak paksa2 diaorang sangat time kecik2 sangat nih.
biarlah kot.
itu prinsip aku setakat nih la.
kot2 la tetiba masa isyraf 5 tahun nanti aku insap,
terpaksalah isyraf pulun belajar time tu hahahaha...


sebenarnya, aku quite stress time diaorang exam nih.
sebab diaorang ni baru 8 & 9 tahun.
yang masih lagi mood suka main, suka ngadap tv.
jadiknya kalau nak paksa2 suh buat latihan or baca buku tu,
agak susah jugak la.
dengan aku nih kalau balik keja & masak semua dah letih,
hmmm...mmg aku bior je depa.
mulut je bebel suh kemas, suh buat homework.
untuk suruh buat2 latihan or baca buku tu, mmg tak la.
sebab aku malas nak marah2 or jerit2.


end up, last minute study la jawabnya.
sebab time tu la aku ada alasan nak jadik mak singa haha...

bak kata ayah aku...


"anak baru darjah 3 dah stress,
kalau spm gaknya terus masuk wad" (hahahaha...)


true indeed lah ayah!
kalau diaorang nak dengar kata, mungkin x stress.
ini, dengar tu dengar la jugak, bukak buku.
tp x sampai 5 minit, mula dah main.
japgi gi jenguk bilik, dah semua tido pulak.
last2 aku suh semua dok bilik aku, baca depan mata aku.
so, selamat x tido sampai la aku suh tido huahuahua...
tu pon dengan izryn & isyraf pon dok join skali dalam bilik,
hmmmm...tah ke mana2 lah tengok bukunya pon.
itu lah cabaran anak ramai (tetiba hahaha...)


malam ni boleh celebrate dengan masak2 hehe...
semalam dah tapau.
malam sebelum tu pulak, panas2 kan je left overs yang ada.
so, malam nih kena masak la kot.
macam biasa, sempoi2 je.


ok.
enough mengarut for today hehe...
saje je kurangkan mood mengantuk petang2 nih.



Tuesday, October 28, 2014

20th Anniversary Reunion : STF9094 Part 3



hahaha...
x abis lagi cerita reunion.
ok laaa...ni last!!
& this time x nak citer panjang2 sangat hahaha...(ye ye ooo jek)


faces of me!!
pictures masa dinner.
sebab tu gelap2 sket gambonya.
don't play2 dress tu dibeli khas untuk dinner nih hehe...
sebabnya mmg x dak baju warna biru yang muat.
so, to support the committee, jom beli baju baru hahaha...
(alasan sangat ko kan...)


eh, tudung pon baru tau.
from shawlbyvsnow.
syok order online, hr ni bayar besok sampai.
pastu 100x cuba kat rumah pakai shawl tu sebab x biasa bershawl.
sampai hari kejadian, satu haprak pon x jadik.
dok 2-3 kali bukak pakai bukak pakai.
pfftttt sangat...
seb baik ada kawan2 yang tolong.






the foods!!
sedap tau...& siap ada kambing golek.
& rojak buah.
yummyyyy...
(tengok gambar ni terus terliuq)







pictures with ex-classmates & formmates.
serius memang gamat suasana.
x puas jumpa, x puas borak.







last but not least, ada pertunjukan bunga api.







it was a surprise!!
dari dalam hall, semua disuruh keluar berkumpul kat tennis court untuk nyanyi lagu sekolah.
or course ler semua dok ngomel2 kan?
apa salahnya nyanyi dalam hall je.
rupa2nya lepas nyanyi terus dam dam dum bunyi mercun.
lama jugak la.
teruja masing-masing.


indeed, it was a success!
re-union after 20 years we left school.
& plannya nak buat lagi in the next 5 years.

thanks a lot to mr abah sebab bagi permission untuk join re-union nih.
thanks to loi & eitoique sebab sama2 naik train, bas & teksi.
thanks to mak yon sebab sudi pick-up & drop kami di mana-mana.
thanks to all frens!!
thanks to mr driver bas yang walaupon x nak berenti kat nilai & suh jugak turun kat tbs,
tapi simpankan jugak tshirt johor yang aku beli tertinggal dalam bas haha...
(orang johor pon sebok nak beli tshirt johor, pastu tertinggal dalam bas. seb baik sempat kejar bas)


till next re-union!!



JJCM_8 2014



one of the weekends...
ajak mr abah g bangi sebab teringin nak makan nan cheese.
bila dah sampai bangi, boleh plak mr abah melencong ke lain ishhh...
kami bedal je apa2 yang depan mata hehe...


kami makan burger!!
semua order burger lain2,
so boleh share rasa sorang sikit.


isyraf share ngan mr abah.
tp dia amik roti ngan fries je.
dah mr abah terpaksa makan burger patties saje hehe...







air sempoi je.
budak2 teruja tengok air bandung stail gitu.
aku plak sekarang nih kalau order air,
either sirap limau or limau ais haha...
air standard tu namo ea...







ok, for those yang berdekatan ngan bangi,
here's the address...







BURGERBYTE - kedai kepunyaan zizang razak.
macam biasa la kedai2 gini, harga pon standard kedai la kan.
tp burger dia sedap tau!
besides burgers, ada jugak pasta & western foods.
sekali sekala ke tempat2 macam nih, boleh la.


& definitely akan datang lagi.
erkkk...tahun depan la kot hehe...



Wednesday, October 15, 2014

20th Anniversary Reunion : STF9094 Part 2



sebenarnya, malas nak taip panjang2.
sbb semangat pon dah tinggal suam2 kuku nih 
(>3 weeks post-event, mana la x hilang mood tu kan hehe...),
aku sambung dengan some pictures je la ya...


after breakfast bubur tu,
kena pindah table vip betul2 depan stage nih plak.
yang ni utk upacara penyerahan bio-compose machine.
aku pon x terpikir yang batch kami nih nak bagi machine nih kat sekolah.
rupanya banyak kegunaannya sbb dia akan kitar semula lebihan makanan menjadi baja.
boleh guna untuk baja pokok & x yah beli baja.


teringat dulu2 zaman sekolah.
akan ada lori datang amik lebihan makanan kat dining hall tu.
mungkin untuk makanan ternakan dia la kot.
tp dengan mesin nih, sekolah boleh la guna balik lebihan tu untuk kegunaan sendiri or jual.
walaupun aku x berapa nak tau macamana nak guna,
really hope that stf can make full use of it especially for benefit of the students.


yang kiri sekali tu, pakai tudung biru
was my previous class teacher masa form 5.
(sekarang ni dah jadik pengetua)
bergenang jugak air mata dengar ucapan dia pagi tu.
berbesar hati dia kami masih ingat dekat sekolah & beri sumbangan.
& dia imbas balik jugak time dia bawak buku berat2 naik turun tangga back in 1994,
sedangkan sekarang nih dia dah jadik pengetua.
i'm glad the committee decide to went back to school for this re-union.
rasa lebih bermakna sbb balik ke sekolah semula. 
sedih + happy!






vip table menu - laksa johor.
sebagai orang johor, laksa ni x rasa sangat macam laksa johor hehe...
tp dari bubur yang aku makan pagi tu,
kira boleh la laksa nih.
(bab komplen makanan, mmg bg kat aku la haha...)


vip makan laksa, students form 1 & 2 yang join sekali makan roti je.
itu pon amik sendiri roti dalam bekas.
huhuhuhu...macam tu la budak2 sekolah.
tp aku x ingat plak aku sebaik budak2 nih dulu opppss...







then, acara tanam pokok pulak.
aku tengok je sebab erkkkk...
sakit perut!!! (hehehe...)







lepas tanam pokok, masuk dewan plak untuk persiapan dinner malam tu.
budak2 nih sempat berzumba bagai.
lagu2 hits zaman2 sekolah dulu diaorang pasang.
mana la masing2 gedik ingat zaman muda hehe...
ye laaa...dah masuk sekolah balik kan?
kiranya back to 17 laa...






nostalgic photos!!
(huwaaaaaa...)







tempat aku membesarkan diri makan macam2 from 1990 - 1994 huhu...
kalau dulu, dining hall guna meja panjang...now dah tukar jadik meja bulat.
mungkin sebabnya utk merapatkan silaturahim antara ahli meja kot.
kalau meja panjang dulu, x bercakap pon ngan senior/ junior yang dok ujung meja belah sana haha...






tadi konon2 malas nak citer panjang kan?
tengok2 panjang citer ko...
tu laaa...banyak benda nak imbas kalau citer pasal sekolah nih.
ni baru sikit nih hehe...


insyaAllah kalau ada masa, sambung lagi (fuhhhhh...)




Monday, October 13, 2014

JJCM_7 2014




balik bp masa hari raya korban last week,
saje ajak mr abah singgah muar.
saje nak rasa mee bandung muor yang femes tu.
kebetulan mmg nak bertolak blk pagi2 lepas subuh.
so sampai muar mesti ngam2 time breakfast kan?
hujan pulak sepanjang jalan masa tu.
kat muar pon hujan lagi.
tapi dah mengidam tu kan, kita redah ajeee...



rupa sahsiah mee bandung.
mr abah makan x toleh kiri kanan hehe...





faces of the kids (+ mama).
kids mmg x minat mee bandung or mee rebus.
so order mee goreng x nak pedas & roti bakar untuk diaorang.







uncle apeq tengah buat air...
cawan zaman dulu2.
biasa la kedai camni or kopitiam mmg hidang guna cawan zaman batu.






my opinion :
ok la mee bandung nih.
not bad, sedap jugak!
cuma rasa udang dia kuat sangat kot pada aku.


for those yang terliur, sila lah...


Mee Bandung Abu Hanifah
Address: 69-A, Jalan Abdullah, Muar, Johor
(Wah San Kopitiam)


sama jalan dengan maybank muar.
tapi bukan betul2 depan maybank tau.
kena kedepan sikit lagi.

aku ni mula2 tengok map macam terer.
sekali tu kena jugak guna waze haha...




Thursday, October 9, 2014

20th Anniversary Reunion : STF9094 Part I




it was indeed a very memorable moment for me.
travelling on a train for the 1st time at the age of 37.
going back to school after 20 years.
seeing friends after many many years of not keeping in touch.
huhuhuhu...
(rasa nak nangis pulak bila menaip nih...)


bila 1st time cakap ngan mr abah nak join reunion nih,
dia ok je.
in fact mmg dia awal2 dah bgtau x nak pegi sbb lg senang handle budak2 kat rumah drp kat hotel.
aku pon mula2 mmg ingat nak car pool je dgn sape2.
tp sebab ada yang x dapat nak amik cuti awal,
so better naik bas atau train je la kot sbb boleh travel tengah2 malam.
kalau drive, kena rushing bertolak pagi2 sabtu tu, hmmm...susah jugak tu.
dengan status penakut aku nih. 
malam2 pon takut nak drive, pagi2 buta pon takut nak drive.
so better don't la kan!


selfie kat stesen keretapi seremban & on the train...






mmg lama giler x jumpa both my frens nih.

more than 10 years kalau x silap.
sbb jarang2 sangat kami buat reunion nih.
kalau ada pon, mmg kami2 nih jarang sangat join.
kalau aku join, diaorang nih pulak x join pon.
both are my classmates masa form 5 dulu.  nostalgia sungguh...


train pukul 1215am from seremban & reached jb sentral at 630am.
solat & bersihkan diri sikit2 sementara tunggu yon datang ambil.
very glad that ada member dok jb yang sudi nak transport kami here & there.








breakfast at the dining hall aka dewan melati.
bubur nasi with ayam kicap telur masin & bawang goreng.
dulu x de breakfast nih.
sadly, x berapa nak sedap bubur nih (walaupon licin aku makan hahaha...)

seriously, masa zaman sekolah dulu, dining hall foods adalah sangat sedap.
especially nasik lemak!
oiihh...berlari2 pegi dining hall kalau breakfast nasik lemak.
sanggup bangun pagi for the nasik lemak during weekends.
sebenarnya dah terbayang2 nasik lemak bila committee kata breakfast is provided.
tapi hampa huahuahua...
(ko ingat ko masih student situ ke?!! hehe...)





hehe...berseloroh dgn geng2 yang lama x jumpa...
"ko kalau dah makan sesudu bubur nih, mesti habiskan tau!!"
terbantut geng2 nak makan.
slow motion je masing-masing makan haha...


ok...nanti aku sambung lagi ye!



Wednesday, October 8, 2014

Our Raya Korban




From wikipedia...

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.


alhamdulillah...
selesai sudah korban seekor kambing untuk atok mak 
& sebahagian lembu untuk atok...


lepas solat sunat aidiladha,
terus kami ke kandang kambing.
atok pulak terus ke surau untuk korban lembu.

sempat pulak sorang mamat nih posing ngan anak kambing hehe...


eh, hari tu aku ada join bengkel asas fotografi.
jadi urusetia je.
malu pulak nak join betul2 sebab x dak kamera canggih.
tp penceramah tu kata, creative shots boleh je amik guna camera hp.
aku praktikkan teknik tu dalam gambar lembu yang aku amik nih.
(yang kat tengah tu)
macam "menjadik" je kan?!! 
(huahuahua...sendiri amik, sendiri bagi penilaian)






petang tu atok mak masak kambing masala & sup kepala kambing.
kambing masala cecah roti mmg walla.







atok mak bungkuskan kambing & lembu bawak balik nilai.
harus masak berperingkat untuk mengelakkan lebihan lemak & kolesterol hehe...
(seriusly, dulu mmg aku "hantu daging".
tapi not now sbb nak jaga kesihatan sikit.
sekarang nih tgk daging pon x dak perasaan.
makan sekadar 2-3 ketul pon dah memadai.
& now jgk tengah "memberi kesedaran" pada mr abah yang "hantu kambing" hehe...)


alhamdulillah...aidiladha disambut sederhana.
anak2 ulang tayang pakai baju raya hari tu je.
x teringat nak ambil gambar diaorang.
masing2 berkeliaran lepas solat sunat.
separuh ikut pak uda, yang kecik2 ikut mr abah.


insyaAllah diberikan rezeki untuk korban pada aidiladha akan datang...


Tuesday, October 7, 2014

Anniversary Dinner




our 11th wedding anniversary!!
07092003 - 07092014.
(haha...lambatnya update)
11 years and counting insyaAllah...


tahun ni wedding anniversary hari ahad.
nak amik cuti, mmg dah cuti.
so, amik cuti masak je lah haha...


dua tiga menjak nih aku asik craving nasik arab je.
untuk anniversary dinner pon pilih nak makan nasi arab.
dari tahun lepas rasa nak makan kat mohd chan tu.
bila mr abah suggest makan kat situ,
mula2 macam nak.
pastu pikir2 balik, tetap tekak nih nak jugak nasik arab haha...
so, nasik arab la kita ya.


nasik arab pon ada 2 tempat yang aku suka.
either kat sini atau kat sini...

akhirnya...arabian house kajang menjadi pilihan...


order set ni...
ada ayam 2 ketul & kambing 2 ketul.
banyak jugak nih.
kami makan anak beranak pon x abis.
spoil sebab lupa nak mintak part ayam yang menarik sikit.
dua2 ketul bahagian isi.
mmg lambat sket la nak abisnya.


set ni kalau x silap harganya rm60.
(kalau x pon, rm80 kot huhu...)









order jugak 1 set of mix grill consist of ayam, daging & kambing.
aku mmg suka makan kebab with roti dia tu.
budak2 pon enjoy yg nih.
so nasik makan sikit je.
next time harus order yang ni je.










orang kalau makan kat kedai arab, selalu order teh arab.
kami ni, boleh plak tukar teh arab ke watermelon juice haha...
mmg x de tekak arab langsung.






our happy faces...
siap suruh waiter tu tolong amikkan gambar haha...






atok mak bagitau hari tu, kacang pool (or they call it as fuul) kat sini sedap.
pak uda dah test hari tu pon dia kata sedap.
maka, tekak ni pon dah meronta2 nak rasa.
mmg harus kena repeat lagi.
(misi pencarian kacang pool masih diteruskan hehe...)


for those yang teringin nak makan makanan arab,
tempat ni mmg highly recommended ya.


Arabian House Restaurant
Taman Putra Kajang
Kajang