Wednesday, October 15, 2014

20th Anniversary Reunion : STF9094 Part 2



sebenarnya, malas nak taip panjang2.
sbb semangat pon dah tinggal suam2 kuku nih 
(>3 weeks post-event, mana la x hilang mood tu kan hehe...),
aku sambung dengan some pictures je la ya...


after breakfast bubur tu,
kena pindah table vip betul2 depan stage nih plak.
yang ni utk upacara penyerahan bio-compose machine.
aku pon x terpikir yang batch kami nih nak bagi machine nih kat sekolah.
rupanya banyak kegunaannya sbb dia akan kitar semula lebihan makanan menjadi baja.
boleh guna untuk baja pokok & x yah beli baja.


teringat dulu2 zaman sekolah.
akan ada lori datang amik lebihan makanan kat dining hall tu.
mungkin untuk makanan ternakan dia la kot.
tp dengan mesin nih, sekolah boleh la guna balik lebihan tu untuk kegunaan sendiri or jual.
walaupun aku x berapa nak tau macamana nak guna,
really hope that stf can make full use of it especially for benefit of the students.


yang kiri sekali tu, pakai tudung biru
was my previous class teacher masa form 5.
(sekarang ni dah jadik pengetua)
bergenang jugak air mata dengar ucapan dia pagi tu.
berbesar hati dia kami masih ingat dekat sekolah & beri sumbangan.
& dia imbas balik jugak time dia bawak buku berat2 naik turun tangga back in 1994,
sedangkan sekarang nih dia dah jadik pengetua.
i'm glad the committee decide to went back to school for this re-union.
rasa lebih bermakna sbb balik ke sekolah semula. 
sedih + happy!






vip table menu - laksa johor.
sebagai orang johor, laksa ni x rasa sangat macam laksa johor hehe...
tp dari bubur yang aku makan pagi tu,
kira boleh la laksa nih.
(bab komplen makanan, mmg bg kat aku la haha...)


vip makan laksa, students form 1 & 2 yang join sekali makan roti je.
itu pon amik sendiri roti dalam bekas.
huhuhuhu...macam tu la budak2 sekolah.
tp aku x ingat plak aku sebaik budak2 nih dulu opppss...







then, acara tanam pokok pulak.
aku tengok je sebab erkkkk...
sakit perut!!! (hehehe...)







lepas tanam pokok, masuk dewan plak untuk persiapan dinner malam tu.
budak2 nih sempat berzumba bagai.
lagu2 hits zaman2 sekolah dulu diaorang pasang.
mana la masing2 gedik ingat zaman muda hehe...
ye laaa...dah masuk sekolah balik kan?
kiranya back to 17 laa...






nostalgic photos!!
(huwaaaaaa...)







tempat aku membesarkan diri makan macam2 from 1990 - 1994 huhu...
kalau dulu, dining hall guna meja panjang...now dah tukar jadik meja bulat.
mungkin sebabnya utk merapatkan silaturahim antara ahli meja kot.
kalau meja panjang dulu, x bercakap pon ngan senior/ junior yang dok ujung meja belah sana haha...






tadi konon2 malas nak citer panjang kan?
tengok2 panjang citer ko...
tu laaa...banyak benda nak imbas kalau citer pasal sekolah nih.
ni baru sikit nih hehe...


insyaAllah kalau ada masa, sambung lagi (fuhhhhh...)




No comments: