Wednesday, October 8, 2014

Our Raya Korban




From wikipedia...

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.


alhamdulillah...
selesai sudah korban seekor kambing untuk atok mak 
& sebahagian lembu untuk atok...


lepas solat sunat aidiladha,
terus kami ke kandang kambing.
atok pulak terus ke surau untuk korban lembu.

sempat pulak sorang mamat nih posing ngan anak kambing hehe...


eh, hari tu aku ada join bengkel asas fotografi.
jadi urusetia je.
malu pulak nak join betul2 sebab x dak kamera canggih.
tp penceramah tu kata, creative shots boleh je amik guna camera hp.
aku praktikkan teknik tu dalam gambar lembu yang aku amik nih.
(yang kat tengah tu)
macam "menjadik" je kan?!! 
(huahuahua...sendiri amik, sendiri bagi penilaian)






petang tu atok mak masak kambing masala & sup kepala kambing.
kambing masala cecah roti mmg walla.







atok mak bungkuskan kambing & lembu bawak balik nilai.
harus masak berperingkat untuk mengelakkan lebihan lemak & kolesterol hehe...
(seriusly, dulu mmg aku "hantu daging".
tapi not now sbb nak jaga kesihatan sikit.
sekarang nih tgk daging pon x dak perasaan.
makan sekadar 2-3 ketul pon dah memadai.
& now jgk tengah "memberi kesedaran" pada mr abah yang "hantu kambing" hehe...)


alhamdulillah...aidiladha disambut sederhana.
anak2 ulang tayang pakai baju raya hari tu je.
x teringat nak ambil gambar diaorang.
masing2 berkeliaran lepas solat sunat.
separuh ikut pak uda, yang kecik2 ikut mr abah.


insyaAllah diberikan rezeki untuk korban pada aidiladha akan datang...


No comments: