Thursday, October 30, 2014

Pasal Exam



hoyeaaaa...
hari ni last day of final exams for the kids!
eh, sebenarnya izryn masih ada lagi exam next week.
tp budak 5 tahun apa dehal hehe...
x de lah...
aku mmg dari irfan dulu x pernah force anak2 yang baru tadika untuk study for exam.
selain dari aku sendiri x pasti nak suruh diaorang study apa,
aku x rasa pulak nak paksa2 diaorang sangat time kecik2 sangat nih.
biarlah kot.
itu prinsip aku setakat nih la.
kot2 la tetiba masa isyraf 5 tahun nanti aku insap,
terpaksalah isyraf pulun belajar time tu hahahaha...


sebenarnya, aku quite stress time diaorang exam nih.
sebab diaorang ni baru 8 & 9 tahun.
yang masih lagi mood suka main, suka ngadap tv.
jadiknya kalau nak paksa2 suh buat latihan or baca buku tu,
agak susah jugak la.
dengan aku nih kalau balik keja & masak semua dah letih,
hmmm...mmg aku bior je depa.
mulut je bebel suh kemas, suh buat homework.
untuk suruh buat2 latihan or baca buku tu, mmg tak la.
sebab aku malas nak marah2 or jerit2.


end up, last minute study la jawabnya.
sebab time tu la aku ada alasan nak jadik mak singa haha...

bak kata ayah aku...


"anak baru darjah 3 dah stress,
kalau spm gaknya terus masuk wad" (hahahaha...)


true indeed lah ayah!
kalau diaorang nak dengar kata, mungkin x stress.
ini, dengar tu dengar la jugak, bukak buku.
tp x sampai 5 minit, mula dah main.
japgi gi jenguk bilik, dah semua tido pulak.
last2 aku suh semua dok bilik aku, baca depan mata aku.
so, selamat x tido sampai la aku suh tido huahuahua...
tu pon dengan izryn & isyraf pon dok join skali dalam bilik,
hmmmm...tah ke mana2 lah tengok bukunya pon.
itu lah cabaran anak ramai (tetiba hahaha...)


malam ni boleh celebrate dengan masak2 hehe...
semalam dah tapau.
malam sebelum tu pulak, panas2 kan je left overs yang ada.
so, malam nih kena masak la kot.
macam biasa, sempoi2 je.


ok.
enough mengarut for today hehe...
saje je kurangkan mood mengantuk petang2 nih.



No comments: