Thursday, November 13, 2014

Pesta Konvo 2014








iceps banner web



promosi sikit hari nih.

sape2 berkelapangan, boleh la datang memeriahkan usim.
bermula hari ini...

macam-macam aktiviti ada & antaranya ialah...












jom jom...ramai2 memeriahkan suasana.
bukan senang saje2 nak masuk dalam usim hehehe...




Wednesday, November 12, 2014

Exams Results




sebenarnya, aku pun x tau yang sekarang ni results exams anak-anak boleh disemak secara online saje di sini...







ada sorang member ni dia share kat wa group.
katanya sekarang semua dah boleh tengok online.
siap bagi link lagi...
(tq nad for the info)

sekolah budak2 nih x maklumkan apa2 pon.
& memandangkan sebelum2 ni memang dapat info pasal exams from anak2 je,
aku x de la rasa sek diaorang nih akan update data exams online.
tp dalam x kompiden tu, masuk jugak la link tu.
bila masukkan ic irfan, wahhhh...x percaya aku.
keluar nama irfan, nama kelas, nama sekolah.
walaupun data pasal exams still x de pape, tp at least bila taip ic keluar nama tu maksudnya ada la usaha sek nak masukkan data dalam tu ye x?


masa aku tau tu, rasanya exams budak2 nih x abis lagi kot.
1 week lepas abis exams, mmg tiap2 hari aku bukak.
& hari ni, semua results irfan & farah aku dah tau.
diaorang pon teruja bila aku kata aku tau results diaorang.
sebab diaorang sendiri pon x tau results masing-masing hehe...
terer x mama lagi tau dari korang? hahaha...


mr abah kata, kesiannya cikgu kena key-in markah online.
ye...mungkin menambah kerja cikgu.
tp as parents, aku rasa benda nih sesuatu yang memudahkan.
kalau tanya budak2, kompem2 la ada yang nak sembunyikan sesuatu kan?
x kan nak kacau cikgu pulak tanya2.
lagi la cikgu tension.
somehow technology helps!!


#tahniahirfandanfarah


CB







tapau teh o panas pagi ni.
semalam cirit birit sepanjang hari.
dok berulang alik ke toilet tapi malas nak mc sebab start tengahari baru kaw2 punya sakit perut.
tahan sampai balik.
sampai rumah terus buat teh o pekat kaw2 tanpa gula.
malam tu wpun perut memulas tp x de la ulang alik toilet (alhamdulillah...)


hari ni pulak, so far so good.
kalau still x ok nanti, nak mc kot.
bukan sebab x tahan, tp x suka toilet kat ofis nih.
hazab sungguh bila asik nak ulang alik ke toilet je huhu...



Tuesday, November 11, 2014

ABC




misi mencarik abc pulak!
teruk betul orang tua nih kan?
macam2 betol yang dia ngidam nak makan hahaha...


kebetulan ada nak beli barang sikit.
keluar lepas asar terus mr abah ke bandar salak tinggi.
ntah mana dia dapat info kat situ ada abc best.
dah duduk dah pon.
kakak tu pon dah siap lap meja.
anak2 pon dah teruja nak order cendol.
tetiba kakak tu kata, eh...x de la abc hari ni sebab ais x de.
hahahaha...dah sedap2 duduk nih, boleh pulak x jadik makan kat situ disebabkan x de abc.
matlamatnya mmg nak makan abc.
x lapar sangat pon nak order benda lain.
mintak maap la kak huhuhu...
terus bangun dari kerusi.
seb baik kakak tu ok je.


akhirnya...







kat food court salak tinggi ni je.
order abc special dengan harapan ada la aiskrim kat atas.
rupanya dia cuma curah susu pekat je.
hmmmm...x mencapai expection sungguh.
tengok anak2 makan cendol lagi sedap.
siap nak bertambah2 diaorang. 


memang nak kena carik abc kat tempat lain nih.
mana ek ada abc special yang mengancam??!!






Monday, November 10, 2014

Majlis Ihtifal KAFA




majlis ihtifal kafa semalam...






tahun ni result kafa anak2 sedikit merosot.
sedih aku huhu...
tp kalau ikut persiapan diaorang, mmg boleh agak la keputusannya.
exam kafa banyak baca & hafal.
haruslah bila jenguk kat bilik diaorang,
ada la yang tido ngan buku, yang buku terbukak atas meja tp orangnya dah tertido,
macam2 lah.
so, jawapannya pasrah sajo lah...
boleh cuba lagi tahun depan ya anak2...



walaupun x dapat hadiah, tp irfan & farah masuk persembahan.
this year, majlis ihtifal buat kat usim.
mama support je lah diaorang kali ni sebab mr abah kena keja.
pagi2 lgi dah siap2kan diaorang.
isyraf terpaksa aku hantar ke taska.
nak duduk dalam hall lama2, mmg bukan tempat untuk isyraf la kan?
baik aku hantar dia g taska drp karang dia mengamuk x tentu hala (sori capp!!)


mama : cepat2, jom amik gambar. nak hantar kat abah.
irfan : mesti abah sedih x dapat ikut kan? (hehehehe...yolah tuuu..)






lepas abis majlis, bawak diaorang makan kat kfc.







kfc nih branch baru bukak kat nilai nih.
interior sangat cantik.
ingat nak tapau je, tp budak2 nak makan kat situ je.


sebenarnya, aku yang teringin sangat nak makan kfc tu hehe...
so, dah dapat...x de lah kempunan lagi.  yeayyyy!!!
(dah tua2 pon sebok nak berkepsi).


Thursday, November 6, 2014

JJCM_9 2014



ni cerita jjcm masa aku pegi re-union kat jb hari tu.
kan aku memang teringin nak makan kacang pool.
cakap la jugak ngan loi & eitoique (geng ketapi aku) yang aku nak g makan kacang pool.
tp x de la mengharap sangat sebab kami pon bkn drive sendiri.
susah jugak tu nak merewang sana sini.


pagi nak balik tu, saje check out awal.
teman akmar sama ke stesen bas sebab bas dia awal sikit.
alang2 dah ada kat stesen bas tu awal, mula la otak berpikir nak g mana.
dah siap2 tanya kat pakcik teksi kat mana nak carik kacang pool.
aku ni takut x larat jalan jauh2,
g la tanya teksi camne nak g plaza larkin.
pakcik teksi tu dengan muka peliknya kata, plaza larkin kat blkg tu je dik hehehe...
gigihkan la diri berjalan.
& sebenarnya x de la jauh sangat pon nak berjalannya hahaha...


tadaaaaaa...
akhirnya dapat jugak aku merasa kacang pool haji yang sangat femes.
kalau gugel, ramai yang kata kedai ni dekat dgn bomba larkin.
tp camne plak aku nak ke sana?
dah ler x pasti kat mana.
so, baik pegi tempat yang memang sah2 dah nampak depan mata.
one of kacang pool haji's branches...





ok...alhamdulillah, boleh diterima oleh tekak.
& definately akan makan lagi kalau ada peluang.


tengahari tu kami makan mee rebus pulak.
yang ada cendawan tu, mee rebus spesial.
yang sebelah tu yang biasa.

pada aku, biasa2 je mee rebus dia nih...






lepas makan mee rebus, makan sotong kangkung pulak.
yang ni memang sedap & recommended.





kalau ada yang tersesat ke jb, boleh la singgah plaza larkin nih.
dalam plaza tu, kedai2 dia x menarik sangat.
ada a few kedai baju & kedai tudung je.
tp kat bawah tu, food court dia memang macam2 makanan johor ada.


aku sempat makan yang tu je la.
kalau ikutkan, asma rojak pon ada & nampak sangat yummy.
tp melampau la nak makan macam2 kan?
mau pecah perut.


asam pedas pon ada, murtabak, pisang goreng with sambal kicap dll.


selamat menjamu selera!!



Wednesday, November 5, 2014

Jalan-Jalan Cherating 2014



starting this year, adik beradik mr abah start buat tabung family.
for a start, sebulan simpan rm20.
& end of the year, boleh pegi bercuti ramai2.

disebabkan semua x nak pegi bercuti time cuti sekolah,
& mak njang plak dijangka bersalin end of november, 
so, percutian kami dipercepatkan ke 18 & 19.10.2014 yang lepas.
pasrah je lah pegi bercuti sebelum budak2 abis exam hehe...

semua x nak bercuti jauh2.
end up bercuti ke cherating je la kami.
x jauh untuk orang pahang, tp untuk org n9 macam kami nih,
hmmmm...jauh jugak la.


kami stay kat cherating inn beach view.
mak lang dapat booking chalet yang betul2 depan laut.
menarik jugak la sbb bukak2 pintu terus nampak laut terbentang luas.


ni pemandangan masa kami sampai tengahari tu.
air tengah surut.
time ni budak2 semua dah x sabar nak main kat tepi pantai.







macam biasa la, gambar x banyak huhu...
kami bertolak awal. kul 7am dari nilai & sampai cherating dalam pukul 11+-.
mr abah zass terus ke kemaman.
since mr abah x breakfast pagi tu, so kami lunch awal.
aku yang makan banyak time breakfast pon dah lapar time tu hehe...
ada 1 kedai makan tepi sungai kat area masjid geliga tu yang mr abah suka.
kami makan kat situ.


& pastu tapau sata kat kedai aziz satar.
yg ni memang aku gugel.
ramai yang bagi review bagus pasal kedai ni.
sata dia pedas sikit tp aku suka je.


sampai2 kat chalet, rupanya mak ngah & mak lang bawak macam2 lauk mentah.
udang sotong ikan ayam telur semua ada.
tengahari tu diaorang masak rupanya.
sempoi je masak nasik putih & ayam goreng.
tp aku dah kenyang huhu...


alhamdulillah, cuaca elok je.
jadik dapatlah budak2 main air petang tu.
aku, cam biasa la. malas nak basahkan diri.
sebenarnya x minat sangat nak mandi air laut sbb berpasir hehe...


pukul 6pm start nyalakan api for bbq.
lps maghrib terus makan.
aku kalau bbq, x payah makan nasik pon x pe.
ratah ayam sotong ikan, dah kenyang.


malam tu jugak buat sambutan bday for oct kids & mak kids.
kek aiskrim nyum2...wpon eskem dia sikit cair.
peti ais tu x ok sangat kot.








pagi besoknya, bagi can lagi budak2 main air.
tengok si isyraf tu.
ye ye je dia main sorang2 kat tepi tu.
tempat ni pasir dia landai.
so mr abah kata x yah risau.
tp aku nih, mana boleh kan?
terjerit2 suh isyraf jangan pegi jauh2 huhu...







sebenarnya, ada game jugak pagi tu.
mr abah x bagi sangat budak2 main air sangat sebelum game tu.
jadiknya masing-masing main pasir je la.






siap bawak nasik goreng makan tepi pantai lagi...






check out pukul 1130am & terus ke kemaman lagi.
makan kat kedai aziz satar lagi hehe...
order air kelapa, sata, kopok lekor, pais...
hmmmm...kenyang x payah makan nasik lagi dah.





berakhirlah percutian singkat family belah mr abah.
seronok mmg seronok walaupun x brp nak puas sebab kejap sangat.
cer tengok semua orang pakai tshirt merah kan?
mak lang siap order tshirt family tu untuk semua orang.
last minute plan tp sempat lagi order. caya lah!!


planning for next year pulak nih.
aku follow je mana2.
cherating ni suggestion mr abah as abang long.
so next year x tau la mana pulak.


ohh yeee...for those yang berminat ngan chalet tempat kami bermalam nih,
my review....

ok la.
ada tv, ada peti ais, ada dapur, ada cerek air, ada aircond.
tp x de kipas, x de water heater.
yang best kalau dapat booking awal macam kami,
dapatla chalet yang betul2 mengadap laut.