Tuesday, December 2, 2014

Cyberjaya Lake



17.11.2014...

lama rasanya x bawak budak2 g piknik.
so aku suggest kat mr abah bawak budak2 g piknik.
mula2 ingatkan nak gi bagan lalang.
tp malas la pulak nak handle budak2 main air.
gugel2...macam tertarik nak g taman botani putrajaya.
tp memikirkan aku x leh naik basikal, pastu rasanya macam kena jalan jauh je,
so batalkan niat.

last2 mr abah suggest pegi cyberjaya je.
tempat yang memang selalu kami perlu dulu2.
tapi lama sangat dah x pegi sejak pindah ke nilai.


sampai2 je mr abah ajak irfan eksesais.
budak tu dah tension asik dok sebut lapo lapo haha...







aku bangun kul 5 pagi tau semata-mata nak siapkan sandwich telur + sardin & goreng nuggets/ sosej/ eskem ketam.
nampak banyak kan makanan?
sampai ke petang budak2 makan ni hehehe...







mr abah bising aku asik duduk je.
so saje la bawak budak2 round dekat2 situ.








besarkan play ground dia?
sebab tu budak2 suka kalau bawak diaorang pegi sini.
main sampai tengah hari, dari penuh orang sampai x de orang kami tetap ada kat situ haha...
cuaca mendung je time nih.
x de matahari pon.  tu yang masing-masing main, x ingat nak balik.


pic ni sebenarnya lepas mr abah bawak diaorang g toilet.
mak aiiii...jauh sungguh toiletnya jenuh nak berjalan.
aku malas nak jalan so tahan je lah sampai balik singgah petronas hehe...







lepas g toilet, turn mr abah pulak bawak budak2 pusing 1 taman.
jauh diaorang pusing. letih "penjaga barang" tunggu x sampai2...(aku la tu penjaga barang hehe...)






hamikkkk...dari pukul 8++ sampai 12++ kami kat sini.
baru puas hati budak2 main x hingat donia.
kalau ada masa, len kali boleh pegi lagi.
sampai2 rumah je terus hujan.
apa lagi...masuk bilik, tidoooo...hehehe


No comments: