Thursday, December 11, 2014

Karnival Upin Ipin & IOI City Mall





banyak entry tertangguh lately huhu...mood ke laut.


22.11.2014

tah camne tah aku terperasan pasal karnival ni...rasanya dalam 2 minggu sebelum event kot.







sebab masa ni pon dah start cuti sekolah, so berkobar2 jugak la nak bawak anak2.
mr abah kena standby keja sabtu tu, tp sebab standby je...dia kata on je lah.
semua bangun awal pagi tu, follow mr abah masuk keja jap pagi tu.
memang dah plan nak pegi awal pagi sebab malas nak beratur panjang kononnya.


pukul 930 pagi, kami sampai kat simpang nak masuk picc tu, rupanya kereta dah start queue kat jalan besar lagi.
amboiii...kuat juga penangan upin ipin ni ya.
awal2 pagi tu pun dah beratur.
kalau ikut jadualnya, maskot tu pon tengah hari baru ada.


dapat jugak la kami parking kat basement tu selepas 3-4 kali round.
masuk2 je dalam tu, mak aiiiii...giler penuh umat manusia.
penuhnya sampai nak berjalan pon x boleh.  bayangkan la camne.
masa kami sampai nih, ada la pertunjukan ke apa kat stage.
tapi nak bergerak ke stage tu pun x boleh, apatah lagi nak tengok apa yang ada.
setakat dengar suara orang bercakap je laaa...


ini je lah yang dapatnya pon.




tu pon berpusu2 orang.
jangan tak membeli, beratur jugak la kat gerai barang upin ipin tu.
beli pencil box sorang satu - irfan & farah, pencil set utk izryn & water bottle untuk isyraf.
jangan ingat senang nak bergerak dalam gerai tu...& x senang jugak untuk nak belek2 barang.  beratur nak bayar tu pon, makan masa gak tu sebab panjang.
bukan nak membeli sangat tp kesian kat budak2 je.  pegi karnival upin ipin satu hape pon x dapat huhu...


bila dah terpisah ngan mr abah, susah jugak la nak jumpa balik.
sebab mr abah keluar ikut pintu lain huhuhuhu...
(katanya nak bergerak ke pintu masuk mula2 tadi pon, x tau camne)
jenuh bagitau katne, penat tunggu punya tunggu, akhirnya jumpa jugak.
masing-masing dah penat, jom balik.
x tunggu pon maskot upin ipin & ultraman tu huhu...
x tercapai purpose ke karnival ni sebenarnya.
tp kalau dah nak bergerak pon x boleh, kalau ada maskot pon boleh ke tengok??
x de maknanya la kan...
nak kata menyesal pegi, ada gak la rasa penyesalannya tu.


otw balik, tetiba mr abah melencong ke ioi city mall yang baru bukak tu.
merasa la aku berjalan dengan longlainya satu bangunan tu hahaha...
kedai makan semua full masa tu.
jommm...keluar g makan tempat lain haha...
x dapat apa2 jugak la kat ioi city mall nih kecuali budak2 dapat tengok air pancut huahuahua...
& dapat tour the whole building tengok apa yang ada.

x pe, next time kita pegi lagi.






tapi dalam pada pengalaman x best tu, ada jugak yang best.
yang paling best hari tu, dapat la aku merasa pisang cheese ini...





memang teringin sangat nak rasa.
mr abah pon ok je bila aku request g beli.

so kalau ada yang teringin nak rasa, pisang cheese ni ada jual kat bangi, sebelah kedai makan kelisa (deret2 hospital pakar annur).
beratur jugak la tapi x lama.
ada macam2 pilihan pisang cheese, boleh tengok kat sana.
paling murah pon yang original belah kanan tu harganya rm7.
boleh tahan gak la harganya tapi sekali sekala nak merasa, ok je.



No comments: