Thursday, December 31, 2015

YEG 6 EOCM 2015 Part I



kalau last year YEG ke bukit merah, this year YEG ke selatan pulak...Pulai Springs Resort JB.  yeayyy...aku suka je gi johor...balik kampung hehe...


untuk kali nih, x ramai geng warikh yang join.  ada dalam 6-7 buah je rasanya yang join konvoi dari senawang.  pastu, kami join sekali konvoi2 ngan geng dari jajahan lain.  baru la meriah kat highway tu.  malangnya, boleh pulak aku sakit perut pagi tu.  tengah syok2 dalam queue sepanjang hiway tu, boleh plak nak terkucil.  dah terkeluar dari konvoi hehe...sori mr abah!!



ni sementara tunggu geng2 warikh lain kat rnr senawang.
tengah menahan sakit perut nih huhu...


sebelum ke jb, singgah kenduri rumah kak faezah & abang mus kat kluang dulu.  jumpa atok & atok mak kat sana.  besok baru kami balik bp ye mak!



aku kan selalunya x rajin keluarkan hp utk amik2 gambar nih.
boleh plak kat sini terajin haha...


lama jugak dok kat kluang nih.  dok melayan sy.irah yang x reti dok diam tu, x sempat nak minum cendol.  pastu ada plak orang kata cendol sedap.  menyesal!!


ohhh...sakit perut aku masa sampai kat kluang nih dah ok sket.  sebab aku telan pil chikit teck aun dalam kereta.  seb baik ada terselit plak pil tu dalam beg.

trip dr kluang ke pulai springs agak lama gak la.  sebab ujan lebat & hiway jem huhu...
sampai pulai springs agak lewat.  nak dekat maghrib.


sempat posing2 dulu sementara tunggu mr abah park keta


malam tu mr abah ada dinner.  plannya patutnya tapau dinner dulu sebelum sampai.  abis tu dah follow waze, tetiba dah masuk dalam kawasan pulai springs.  nak kuar balik dah x sempat dah.  dengan biliknya problem aircond la apa la.  last2 makan roti & biskut je la kami yang tinggal dalam bilik ni.  menyesal plak kak faezah bagi berkat tadi aku pass kat mak haha...kalau x ada nasi minyak.


besoknya, mr abah tapau breakfast for the rest & aku ngan ir.fan je makan kat cafe.  x menarik sangat selection of food kat sini.  tapi ok la.  kang kalau best sangat, banyak plak nak makan hehe...(padehal menyesal.  baik makan nasik lemak yang mr abah tapau kat bilik).



posings sebelum check-out!


reviews of pulai spring : bilik ok aku suka...tapi banyak sangat plak songehnya - aircond problem, sinki sumbat & mat x de.  bila request dia kata kena bayar.  eh...camtu ke? breakfast dah cakap tadi - x best.  pool - budak2 ni kata best.  aku x turun pon.  dok ngan sy.irah dalam bilik je.


to be continued...




Wednesday, December 30, 2015

Cuti Panjang 4 Hari 24-27 Dis 2015



seronok kan cuti 4 hari?  maulidur rasul, krismas & wikens.
2 hari yang pertama cuti tu macam syok2 lagi.  terasa macam sabtu ahad pulak time tu.
syok pulak dok rumah lepak2.  dah ada target dah.  at least siap wrap buku sekolah untuk 2 hari tu, pastu sambung sket2 iron baju sekolah ke...cantik dah plan tu haha...
nan hadoooo...wrap buku utk ir.fan je settle.  untuk fa.rah & iz.ryn lagi huhuhu...iz.ryn tu buku teks x dapat lagi.  adoiiii...macam nak pengsan mak ko nak oiiii...


kenapa x capai apa yang dirancang?
ada hikmah lain...Allah bawa rezeki tetamu datang rumah.  memang ko pon x brp nak rajin kan?  biar la ko rajin buat benda lain plak dengan adanya tetamu hehehe...


hr jumaat malam tu, mak tam call nak datang rumah, nak bermalam pada hari sabtu.
wahhhh...pengantin baru nak datang nih.  gigih pagi2 sabtu gi pasar, tengahari masak bagai.  masak sempoi je - kari ikan merah ngan sambal tumis udang.
sekali tu pak chik & family pon nak datang skali.  menggelabah tuan rumah.  kuarkan sotong.   zasss...siap sotong goreng kunyit pulak.


tuan rumah x biasa masak banyak.  walaupun ada 2-3 jenis lauk + telur dadar & sayur lagi, tp ala ala secoet je semua.  adoiiii...syok la tengok semua lauk licin.  tp tetap rasa ralat kot la ada yang x kenyang.  dah licin tu pulak, datang plak mak njang & family.  mampoih x dak lauk.  call terus kedai kat bawah tu & done...tapau tomyam, tandoori & kari ikan tu ada seketul.  fuhhhh...ralat x abis2 lagi nih.  suka orang datang tp tu laaaa...tuan rumah nihhh kannn...kelam kabut loqlaq haha...tu la jadiknya bila jarang2 sekali tetamu datang rumah haha...


ni kejadian the next day nya.  boleh plak bukak bonet kereta pastu kunci keta tinggal dalam bonet.  x tau dah cara apa nak buat.  panggil bomba.  tu diaaa...sebatalion datang.  lama jugak la baru berjaya bukak.  



bomba at work!


bawak tetamu gi nilai 3, makan kat sup berdengung (tension ngan mr abah sebab dok relaks2, last2 mak tam yang bayo huhuhu...) & dinner sate willy.  pas dinner tetamu pon beransur balik.  dengarnya tetamu sempat singgah cameron highlands plak otw balik.  amboiiii pengantinnn...sakan nooo...



the kids buat macam kedai sendiri...lari2 & dok atas karpet.  adoiiii laaa...
sakan mak tam borong karpet.  the kids pon dapat habuan karpet kecik tuk bilik memasing.
tqvm tok tam!!!



tqvm to orang2 utagha sebab sudi singgah.  sori banyak2 kalau ada yang kurang...from tuan rumah with love!!  jangan serik mai lagi nooo...



Monday, December 28, 2015

#3 Berusia 6 Tahun




22 disember 2015 : happy 6th birthday to my beloved daughter, iz.ryn!!!
ada suara2 kat belakang kata..."aik, dah nak masuk darjah 1 tapi baru 6 tahun ke?" hehehe...


disebabkan kalau weekdays tu takut kelam kabut ngan macam2 hal, kita celebrate awal. macam biasa, birthday girl boleh pilih nak makan apa.  the kids nih biasanya kalau kita suh pilih nak makan apa, memang fast foods la jawabnya.  penat aku "racun" suh makan seafood ke apa, x jalan.  mama pon kan, pikir tekak sendiri pulak hehe...


mula2 katanya nak kfc.  ok gak la sebab is.yraf memang x leh nampak kfc.  manjang ajak pegi.  sekali harung la kan semedang nak celebrate birthday iz.ryn nih.  tiba hari ahad tu, dah tukar plak nak makan pizza.  ok2 la...jom pizza!!  tapi order online je, makan kat rumah.






2 large pizza & 1 regular pizza.  ketamakan...pastu x abis hehe...tp pizza nih kalau x abis, ada je orang yang akan abiskan besoknya.  so no worries.


to iz.ryn fatihah...
semoga menjadi anak yang solehah,
anak yang sentiasa menurut perintah Allah & mendengar kata ibu bapa,
sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan,
anak yang sentiasa cemerlang di dunia akhirat,
anak yang sentiasa dibukakan hati untuk menerima ilmu,
jangan asik nak menang,  nak menangis je
(erkkk...seriously, risau bila dia nak masuk darjah 1 nih...manja terlebih, suka menangis, asik nak menang je...adoiiii... kat tadika tu ada la sorang cikgu yang rajin melayan dia, kang masuk darjah 1 sape plak nak melayan huhu).


eh, kek x de tahun nih haha...bila dah celebrate awal tu, bila tiba betul2 hari kejadian, terus terlupa hehe...



Tuesday, December 22, 2015

Rutin Tahunan : Cuti Sekolah Nak Abis Dah



been bz with preparation nak naik sekolah nih.  dengan report lagi nak siapkan kat ofis nih. manjang la aku nih pening...gi ofis pening...balik rumah tengok macam2 benda nak buat lagi pening.  cakap kat mr abah..."stress la nak naik sekolah nih" haha...


baju2 & kasut sekolah aku beli awal dah.  2nd week cuti sekolah kalau x silap.  syok sbb kedai kosong.  kedai itu kami yang punya haha...sales girl pon senang je layan kami saje2. pegi balik kedai tu last week sebab nak amik name tag, wahhhh...nak berjalan pon x boleh. sesak!!  tapi aku pun biasa dah shopping last minute.  tahun ni je terajin shopping awal.  tapi tetap jugak ada lagi benda yang x abis beli huahua...


baju sekolah + kasut sekolah untuk 3 orang budak > RM700 jugak aku spend hari tu (menangis mak kau sekelip mata wallet kosong).  baju iz.ryn serba baru sebab darjah 1 kanna?  tu pun kain aku x beli.  guna je kain fa.rah yang dah senteng.  pastu ir.fan baju2 seluar dia semua dah ketat (cuti sekolah lagi macam dipam2 dia tu).  badan besar, baju saiz besar harga pon besar huhu...bayangkan seluar sekolah tu 1 dah RM50++.  pastu kena beli 2.  baju lagi...baju kafa lagi. 


last week beli stationary plak.  aku memang suka buat stock stationery.  ye lah...kang kejap pemadam hilang, besok pensil plak...pastu pembaris.  buat stok senang.  x de le mak ko nih asik nak kena ulang alik kedai buku.  pastu semua request nak kaler yang 48.  kalau dah 3 orang nak?  memang selalunya aku malas nak layan request2 gini.  tapi kasik can la sebab kat popular tu ada 30% discount untuk kaler 36 batang.  amik la ko sorang satu. hilang...siappp!!  stationery saje nak dekat RM200 jugak belanjanya.  + beg sekolah iz.ryn. seb baik beg abang & kakak masih elok.  pakai dulu la apa yang ada.  
(thanks to the government sebab "over prihatin".  apa je la barang yang x naik harga.  apa je la bantuan yang ko bagi pada golongan pertengahan)  


so...settle semua beli2.  tinggal la keja mama yang masih belum siap2 & menyebabkan mama stress haha...buku teks belum siap balut.  dah datang plak 3 plastik buku latihan & buku kerja yang baru je aku beli from kedai buku sekolah semalam.  baju plak dah siap htr otter, dah siap basuh...adoiiii...bercinta plak nak mengiron.  konon2 aku beli gam uhu nak follow cara yang tengah viral sekarang nih...gam je badge & name tag.  dah macam x de masa plak haha...baru terhegeh2 plak nak menghantar ke kedai...dilema makcik x reti menjahit hehe...


ok...ini la rutinnya tiap tahun.  tahun depan ada 4 orang yang bersekolah + is.yraf yang start masuk tadika.  bertabah la ya mama!!



Monday, December 21, 2015

Sukan Tahunan Tadika Pintar Al Husna 2015



sekitar sukan tahunan tadika pintar alhusna pada 10 oktober 2015...(better late than never haha...padehal memang x sempat nak hapdet)






baru sampai kat dewan.  kali ni tecer niza buat kat dalam dewan.  tahun lepas buat kat padang.  tahun ni, tukar angin buat indoor plak.  ok la x de la panas sangat especially utk orang macam kami yang bawak anak kecik nih.






terus cikgu suh masuk barisan.






ada 3 games kot yang iz.ryn masuk.  macam otai sangat dia nih haha...asik dia je yg lead semua games.





penyampaian hadiah.  masam je muka sebab ada sorang budak nih awal2 lagi dah lari dulu naik stage.  iz.ryn mana boleh orang dulu dari dia.  manjang dia je nak depan aihhh...ikut perangai sape la tu haha...


Thursday, December 17, 2015

Jalan-Jalan Marriot Putrajaya



alhamdulillah...aku dah settle paper penyelidikan pentadbiran & dah submit pun.
aku admit untuk kali pertama nih, aku x berapa banyak belajar.
looking forward untuk involve dalam penyelidikan yang lebih mencabar...yg aku boleh belajar banyak lagi.
team penyelidikan aku sangat ohsem.  semua otai2.  seronok sebab dapat belajar, amik ilmu dari diaorang.  bkn bab penyelidikan je, hal2 lain pon aku cedok skali pengalaman diaorang.  bak kata bos aku...dok kat audit nih, jangan rapat2 sangat ngan orang haha... sebab tu aku suka join something di luar tugas hakiki.  ada ilmu, ada pengalaman yang boleh kita korek dari orang lain.


eh...intro panjang plak.
nak cerita pasal bengkel post-mortem hasil penyelidikan kat marriot putrajaya 5-6 disember 2015 hari tu.
cakap kat mr abah, dia pandang semacam sebab pegi bermalam kat hotel yang boleh nampak bumbung rumah dari hotel haha...x pe lah.  saje bawak budak2 lepak2 hotel, boleh terjun pool. 






sebahagian dari team mates.  ada 2 lagi yang x de dalam gambar.




petang tu discussion abis lambat jugak.  dok lepak2 kat bilik lagi pastu.
x jadik la nak terjun pool petang tu.  turun bawah, amik2 gambar sekitar situ, celup2 kaki dalam air...dah hehe...tension budak2.
tp mr abah dah janji nak bawak mandi pool besok paginya.  so x de la bdk2 sedih sangat.


malam tu team leader belanja sate kat taman warisan pertanian.  thanks a lot en asri.  siap belanja ngan family semua.  insyaAllah dimurahkan rezeki en asri.  memang ketua yang pemurah.  sentiasa belanja anak2 buah.


review of marriot putrajaya :

1.  servis kat kaunter sangat lembap.  siap kena beratur.  masa aku nak checkin tu, ada sorang ni nak checkout.  siap potong queue sbb dia nak cepat.  ye lah kan...patutnya ada la separate counter untuk checkin & checkout.  kesian kat org.

2.  bilik ok.  kebetulan aku dapat bilik yang nak dkt ujung.  pemandangan pon pokok2 & jalan raya terlindung.  hmmmm...kalau pandang luar tu, bosan jugak la.

3.  ada disediakan botol air mineral besar dalam bilik tu, atas meja.  eksited aku sebab selalunya hotel sediakan air mineral kecik je kan.  rupa2nya yg tu kena bayar.  yg complimentary dia letak jauh sket kat belah ujung tepi kabinet.  seb baik x terminum.  18 hinggit u ols haha...

4.  breakfast spread...aku bagi 5 bintang.  sampai anak2 x nak balik sebab syok sangat menikmati breakfast haha...tp banyak mana benor la dapat makannya kan?  bdk2 kalau gi hotel memang enjoy bab berendam pool or bath tub...& breakfast.  memang enjoy sungguh aku tengok diaorang.


to my team mates...terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu sepanjang tempoh penyelidikan kita.  walaupun banyak benda x tau sebab baru 1st time kan...tp syok dapat belajar sama2.  ye lah...buat penyelidikan ni di samping tugas hakiki...so haru biru la jugak masing2 bz.

insyaAllah kalau ada peluang aku nak join lagi buat penyelidikan ni.

ohhh...






balik dari marriot, budak2 ajak gi ioi city mall.  dah alang2 sebelah tu je kan, ok lah.
round2 je pon, x beli apa.  ingat nak beli drypers murah kat tesco tu, dah abis pulak huhu...
amik gambar je kat eskem magnum tu haha...sebab masing2 dah kenyang.


Wednesday, December 16, 2015

Jalan-Jalan Alor Setar dan Perlis



#balingbelakang


ni cerita masa cuti raya haji bulan september lepas.
time ni jugak memang tengah cuti sekolah.
raya haji tahun ni mr abah decide nak balik utara.
kebetulan masa tu ada kawan mr abah kawin kat sik.


hari kami sampai tu, plannya tido rumah mak long kat kuala nerang.
awal sangat sampainya, kami jalan2 kat alor setar dulu.

ohhh...time nih kami semua puasa.
ir.fan & fa.rah beria2 sangat nak puasa sunat hari arafah.
memang terkesan sungguh pesanan ustaz kafa kat diaorang nih.
nak jugak2 puasa walaupun aku macam berat sikit nak bagi sebab nak travel jauh.
dah anak2 puasa, aku pun puasa gak la sebagai pemberi semangat.
dah mr abah nak puasa jugak hehe...
kami siap bangun sahur makan nasik pagi tu.
risau ke anak2 nak travel jauh & puasa plak tu.







saje singgah rumah tun mahathir.
memang aku saje je nak bawak budak2 nih sebab hr tu fa.rah ada buat buku skrap pasal pemimpin.
ingatkan jauh.  rupa2nya rumah nih dekat je ngan tengah bandar alor setar.
lama jugak kami kat sini.  memang habis qatam la baca sejarah tun nih.







pastu budak2 sebok pulak nak ke menara alor setar.
ok2 lah.  moh kita panjat menara plak.
senang sikit berjalan time puasa.  x de la kecoh nak carik tempat lunch haha...
impress jugak ngan budak2 nih.  puasa2 pon berlari sana sini relaks je.
aku plak yg rasa macam nak pengsan panas2 tu haha...






tenang rasa tgk sy.irah tido kat rumah tok long dia nih.
sampai mama pon rasa macam nak tido sekali haha...thanks a lot mak long & family.
kesian pulak dah depa plak sediakan nasik untuk kami bukak puasa.






2nd day raya tu, mak tam nikah (for the 2nd time).
masa awal2 plan nak balik sana, x tau pon mak tam nak nikah.
memang berahsia sungguh.  tp last2 tu bocor jugak rahsia hehe...
ingat x nak kacau pengantin malam pertama.  tp mak tam ok je suh kami tido rmh dia.
kami dapat tido dalam bilik, pengantin plak tido kat ruang tamu haha...
kesian pengantin.


next day tu, lepas breakfast kami terus ke sik untuk kenduri azwan (kawan mr abah).
& bermalam kat rumah mak lang kulim pulak.
balik kali ni memang ziarah mak2 sedara belah mr abah & kenduri je.
x berapa nak jalan2 sangat walaupon naluri pompuan aku nih, harus ler nak singgah padang besar ke bukit kayu hitam ke kan?
tp x sempat huhu...
oh, tapi dapat jugak singgah pekan rabu masa kat alor setar tu.
seb baik singgah masa hari sampai tu sebab nak singgah sebelum ke kenduri azwan tu memang x sempat.
sampai tempat kenduri pon dah kul 3++.


insyaAllah next time kita ke utara lagi...
(tempat jatuh lagi di kenang mr abah nih...harus la kami akan ke sana lagi bila2 nanti)




Thursday, December 10, 2015

November Stories




huhu...lama betul blog ni bersawang.  almaklum ler ada anak kecik nih, berjalan mana2 jarang skali aku bawak henbeg (tapi bila henbeg rosak sket, dah menggelabah ajak mr abah gi shopping carik henbeg baru.  pompuan pompuan hehe...).  tumpang je wallet ngan hp kat "henbeg" mr abah hehe...dah tu harus ler gambar pun kureng.  x syok pulak bercerita tanpa gambar.


some stories through out november...


14.11.2015 - majlis ihtifal kafa ir.fan & fa.rah.  fa.rah masuk persembahan je pun.  kena la bagi support ye x?  berulang kali fa.rah tanya boleh x dia masuk persembahan.  minah sorang nih memang minat kalau dpt perform2 macam nih.  selalunya kalau ada event sekolah during weekends, agak susah sket la.  ada je plan lain yang clash.  so, this time around, aku kasik chance & seb baik workshop ofis aku yg patutnya on the same date ditunda huhu...


kebetulan time ni, ramai yg x sihat.  ir.fan yg sepatutnya join trip sekolah gi melaka pon x dapat nak pegi dek kerana demam, selsema & batuk.  sy.irah pon demam on & off.  is.yraf pon sama.  mr abah awal2 dah bgtau dia nak jaga anak2 je kat rumah huahuahua...so bertiga je la kami ke majlis tu.


x tunggu sampai abis pon.  sebab majlis dibuat petang.  tgk aturcara kul 7pm baru abis.  tp yg last2 tu upacara penyampaian hadiah.  abis je persembahan fa.rah, terus je balik.  kesian kat sy.irah kat rumah tu.







17.11.2015 - sy.irah genap 9 bulan.  kecik je minah sorang nih.  gigi pon x tumbuh lg.  dulu masa iz.ryn lambat tumbuh gigi, aku kalut siap gi tanya doktor.  umur 9 bulan baru dia tumbuh gigi.  bila time sy.irah nih, aku buat dek je la kan sebab dah ada pengalaman.  tp dah 9 bulan dah nih, awat x tumbuh lagi?  mula la kalut aku nih datang smula hehehe...








20.11.2015 - workshop ofis aku yg ditunda minggu lepas, ditukar ke minggu nih.  kali ni aku jadi urusetia.  deal ngan hotel pon aku yg buat.  new experience yang mencuakkan sebenarnya.  takut x mencapai expectation.  alhamdulillah...anak2 semua puas hati hahaha...anak2 je puas hati, officemates aku x tau la puas hati ke x haha...tp x de yg komplen so far.  ok la kot.




Lexis PD.
kebetulan malam tu iz.ryn ada graduation.
so mr abah & the kids datang lewat sikit, lepas event.
sadis betul aku x dpt join.  tp bila sampai sakan aku amik gambar sorang2 kikiki...


ada games pagi ahad tu sebelum checkout.
games kutip kacang guna chopsticks tu aku menang kahkahkah...
pastu the kids pon byk menang jgk.
mana x nya dah ir.fan & fa.rah tu kids yg paling besor, harus la menang kenn?
ngelatttt...

snappo2 sebelum balik.



ooohhh...lupa nak bagi review sket pasal lexis pd.

1. kami dok kat tower.  reason dia sebab tower ni bilik dia besar.  tp kalau nak best ada cermin yang boleh tgk air laut dr dalam bilik, or nak nampak laut dekat depan mata...kena la dok water chalet.  kalau dok kat tower nih, sayup2 je la tgk laut kat bawah.  nak gi swimming pool pon kena turun naik lif hehe...tp bdk2 ok je.  kalau x turun pool, berendam dalam tub yang besar tu pon dah syok.

2. food spread masa breakfast sangat2 ohsem.  tp tea breaks masa bengkel memang nak nangis aku tengok.  dah ler masing2 tepu kepala berbengkel, berbalah (ehh...haha) & berbrainstorming...makanan pulak not as expected.  oh lupa...dah lepas siap booking semua baru dia bgtau bengkel kena buat kat grand lexis sebab x de meeting room yg kosong kat lexis.  seb baik dekat sebelah je.  no hal la walau kena menapak sket.  

3.  staffs memang very friendly.  salah bagi info pon mintak maap berulang kali.  ohh dikkk...akak x kesah.  minta maaf sekali pon ok dah.

4.  lexis x de pantai.  yg kami buat games tu, patutnya nak guna ruang lapang depan lexis tu je.  tapi katanya ruang lapang pon dah fully booked.  so kami tumpang pantai glory beach resort sebelah tu je.

5.  bilik dia best.  tilam best, bantal best.  memang kalau dah baring tu, rasa malas nak bangun.  seb baik pegi sana sebab bengkel.  kalau x, harus la bermalas2 je atas katil.


Tuesday, September 15, 2015

Ujian Allah



turn in.syirah pulak tak sihat huhu...


10hb hari tu patutnya pegi injection 6 bulan.
(hehe...nak dekat masuk 7 bulan baru nak inject 6 bulan.  bagus sangat mak ko...)
masa nak amik kat taska tu, badan dia dedar la pulak.


bila jumpa nurse tu, saje la aku suh check temp.  in case...
dah nurse x bagi pulak cucuk sebab demam 37.5 huhu...
nurse suh jumpa doc.
& dapat la ubat demam.


dah aku kesian pulak nak hantar in.syirah ke taska semula.
balik rumah, susukan dia, bagi tido...baru aku ke ofis smula.
seb baik mr abah keja shif malam minggu lepas.
boleh la dia tengokkan in.syirah sementara aku g ofis jap.


3 hari jugak in.syirah x sihat.
on the 3rd day tu boleh pulak keluar ruam2 kat kaki & muka.
tapi badan x de pulak ruam2.
hmmmm...aku sapu2 je ngan calamine.
& on the 6th day, ruam2 pon makin beransur kurang, alhamdulillah.







tapi, on the 6th day ni pulak sekolah tutup due to jerebu huhuhu...
kelam kabut jugak la nak menghantar pulak budak2 ni ke rumah ibu.


alhamdulillah...at 11am, ipu dah turun ke 170 instead of 205 malam tadi.
ni pon dah panas sikit aku tengok kat luar tu.
boleh la matahari memancar sikit.
kalau tengok semalam, memang macam kat obersea sangat.
kalau obersea tu ok ler jugak sebab sejuk.
ni membahang together with bau asap.
huhuhu...memang ujian Allah ke atas manusia yang x bersyukur dok bakar hutan.


insyaAllah...semoga udara makin sihat hari ni & seterusnya.


Friday, September 11, 2015

#4 : Asthma




info googled :

Early warning signs of an asthma attack may include:
  • Frequent cough, especially at night
  • Reduced peak flow meter readings
  • Losing your breath easily or shortness of breath
  • Feeling very tired or weak when exercising
  • Wheezing or coughing during or after exercise (exercise-induced asthma)
  • Feeling tired, easily upset, grouchy, or moody
  • Decreases or changes in lung function as measured on a peak flow meter
  • Signs of a cold or allergies (sneezingrunny nose, cough, nasal congestion, sore throat, and headache)
  • Trouble sleeping with nighttime asthma

is.yraf ni memang ada sejarah asthma sejak kecil.
tapi x teruk la.
sekali sekala je kena attack.
pernah sebelum ni refer dia ke pediatrician.
masa tu rasanya dia batuk yang x baik2 bersekali ngan selsema.
memang doc prescribed singulair kat is.yraf.
& katanya...everytime dia batuk memang perlu amik singulair ni.
kalau x, memang susah nak baik.


untuk kali ni, dah lama jugak is.yraf batuk.
kami x pegi pon ke pediatrician.
cuma pegi kat klinik biasa dekat ngan rumah je.
kena neb, pastu doc bagi ventolin.
sampai la ventolin abis, batuk x jugak baik2 huhuhu...


last 2 weeks, kami bawak la is.yraf ke klinik lain pulak.
memang nampak is.yraf macam semput jugak.
tapi dia still aktif macam biasa.
kebetulan waktu tu memang ramai orang kat klinik.
lama jugak kami tunggu giliran.
sampai is.yraf mengamuk2, muntah bagai (sabo je la mak kau nihhh syapp oiii...).
masuk je jumpa doc, terus kena warning apesal x potong queue?
eh...mana la aku tau.
memang ler anak aku semput, tapi x nampak plak kritikalnya sampai nak potong queue.
seriau plak aku doc warning gitu.


ok, terus je doc suh g emergency amik neb.
after neb, katanya memang x ok jugak.  masih wheezing.
dah kena injection plak.
x penah plak sebelum ni kena injection sebab asthma.
takut gak aku.
doc kata, kalau injection ni cepat sket tindak balas dia.  dah neb x jalan kan?
ok lah.  risau jugak aku asthma is.yraf ni teruk sangat plak kali nih.
abang ir.fan x membantu kot.  sebab malam2 asik ler nak berekon dalam bilik tu huhu...




is.yraf lepas kena cucuk sementara tunggu doc.
x nak berenggang ngan mr abah.



is.yraf ni sebenarnya x penah kena cucuk.
so reaksi dia masa kena cucuk tu, adoii haiii...
plak tu masa mula2 cucuk kat tangan kiri tu boleh plak salah cucuk smpi bengkak.
dah tukar tangan kanan pulak.
memang meraung la kan?
nak cucuk mula2 tu dia x tau pon nak kena cucuk.
relaks je la.
skali dah salah cucuk.  hmmmm...siap kena balut ngan kain, sampai 3 orang pegang dia, tetap kuat jugak dia meronta.


alhamdulillah...lepas cucuk, wheezing dah ok.
cuma tinggal selsema je.
bawak la bekal singulair, ventolin & antibiotics balik rumah.


& after 2 weeks, alhamdulillah...dah ok.
walaupun batuk ada lagi sikit2, tp banyak dah berkurang.
agak susah sket la nak control ekon sebab abang ir.fan tu malam2 pon nak berekon bagai huhuhu...


Thursday, September 10, 2015

Jalan-Jalan Janda Baik Part III



sebenarnya nak citer pasal tempat kami bermalam masa kat janda baik hari tu.
suggested by mak lang.
tempat ni namanya teratak malaya.
nak kata aku berpuas hati sepenuhnya, tidak la jugak.
tapi not bad la tempat nih.






mak lang booking 1 chalet besar & 2 chalet berkembar kecik.
chalet yang besar ni memang betul2 paling depan.
chalet paling best rasanya sebab kalau duduk kat pangkin bawah chalet ni, betul-betul mengadap sungai.
sebab aku tengok orang yang dok chalet belakang2 tu pon, semua terjun kat sungai depan ni jugak.



camni la rupa sahsiah chalet besar ni.
leceh sket la sebab kena naik tangga hehe...


aku ngan family dekna dapat sorang 1 bilik chelet kecik.





ada 1 katil queen & 1 katil single.
ok je sebab ir.fan & fa.rah tido kat chalet besar.
kalau dok sini gak, memang bersempit2 la tido sebab x de ruang.


x de ekon tapi ada kipas.
ok je sebab malam2 memang sejuk giler kat sini.
nyamuk pon banyak.  dah dok dalam hutan kan?  harus lerrr...
semut pon banyak gak huhuhu...
dalam gobok tu ada sejadah.  aku angkat je sejadah tu, ada semut buat sarang bawah tu.
memang banyak giler.  tekojut mak kauu...
seb baik aku standby bawak sejadah sendiri.
letak balik sejadah tu elok2.  ok semut...ko boleh bersarang dalam tu. aku x kacau hihi...


tv tu memang ada.  tapi 1 siaran pon x dapek.
memang masuk bilik, tido je la jawabnya.
kalau nak tengok tv, chalet besar tu dia bagi dekoder astro.
tu yang budak2 suka sangat melepak kat sana.  boleh tengok tv.






bukak2 pintu belakang chalet kecik tu, ada pangkin & boleh terjun terus ke tasik nih haha...
memang aku tutup je la pintu tu kalau is.yraf ada kat bilik.
takut tetiba dia terjun je dalam tasik tu.
dah ler is.yraf tu tau mama dia penakut, makin dia saje2 plak dok berdiri tepi2 tu.
boleh memancing kat tasik nih.
banyak jugak ikan aku tengok.


overall rating
so so la tempat nih.
selalunya orang buat team building kat sini.
dia memang ada sediakan dewan makan & kalau kita mintak pakej makan pon dia boleh sediakan.
cuma kami hari tu masak sendiri.
aku tengok ada geng motor ni siap tempah makan.
memang dia betul2 sediakan meja makan, siap hidang buffet style.
not bad la.



Wednesday, September 9, 2015

#5 : Kenduri Aqiqah



lama dah kenduri ni - bulan april lepas.
masa aku masih bercuti & in.syirah pon baru berusia 2 bulan.

memang dah lama plan nak buat kenduri kat rumah sendiri.
tp x penah kesampaian.
takut pon ada jugak.
ye lah kan...bukannya senang nak buat kenduri nih.
macam2 kena pikir.


aqiqah sebelum2 nih...
untuk ir.fan, fa.rah & iz.ryn...buat kat kampung je.
untuk ir.fan, buat kat johor.
x de kenduri pon.  just masak kambing & edar kat jiran2.
untuk fa.rah & iz.ryn, dua2 buat kat rompin.
buat kenduri kat rumah mak tok.


is.yraf pulak, mr abah join aqiqah kat tempat keja dia.
memang menjamu kawan2 tempat keja dia je.
& last sekali, in.syirah ni la yang kami dapat buat kat rumah sendiri.
sempoi je kenduri sebab memang niat nak menjamu tetamu je.
x de buat majlis berendoi bagai pon.
cukur rambut dah buat dah masa dalam pantang.
cuma ada la bacaan doa selamat oleh kariah surau pagi tu sebelum mula jamuan.


the challenging part...nak buat list sape yang nak dijemput.
mr abah punya list panjang berjela.
payah jugak nak menapisnya hehe...
pastu nak pikir menu pulak.  menu memang 100% aku la.
aku ni dok pikir kalau order banyak, kang x abis pulak.  pembaziran di situ.
mr abah pulak dok pikir takut x cukup huhu...
dilema orang nak buat kenduri camni la.



pegi kandang kambing untuk pemilihan kambing.
atok mak suggest suh pilih kambing biri-biri.
owner ni memang ada buat servis masak sekali untuk kenduri.


sehari sebelum majlis - pasang khemah.
saja buat khemah dalam kawasan porch tu takut hujan ke apa.
rupanya ada gap pulak antara porch ngan khemah tu.
alhamdulillah...panas terik masa hari kejadian tu.  petang dah abis majlis baru ujan
.




the princess of the day.
alhamdulillah...in.syirah x banyak meragam.


the spread...
towards the end tu, makanan x cukup huhuhu...
mr abah mintak tolong bang chik g tapaukan ayam goreng & nasi.
adik2 ipar yang lain buat telur dadar hehe...masak jugak nasik in case x cukup.
kelam kabut jugak tuan rumah makanan x cukup.
air dalam tong tu berapa kali jugak ulang buat.



the crowd...


alhamdulillah...majlis berjalan lancar walaupun last2 tu kelam kabut jugak bila makanan x cukup.
terima kasih semua yang sudi datang ke majlis kami yang x seberapa & terima kasih juga untuk semua hadiah & sumbangan tunai untuk in.syirah.
tqvm to atok, atok mak & ucu yang sudi datang & sudi tolong mana yang patut.
KR Clan pon semua turun (kecuali adik madi).  tqvm sebab sudi bantu dalam situasi kelam kabut tu haha...
tq2 to all sedara mara, jiran2 selorong, kawan2 tempat keja aku & mr abah, geng warikh, geng skypochi & semua sekali kawan2 lama yang sudi melapangkan masa untuk datang.


insyaAllah kalau ada rezeki di lain masa boleh la kami jemput lagi.
minta maaf atas kekurangan.
budak baru belajar nak buat kenduri kan?  camni ler jadiknya huhuhu...
boleh amik pengajaran untuk kenduri kali pertama ni untuk yang akan datang.




Tuesday, September 8, 2015

Jalan-Jalan Cameron Highlands 2015



bukan jalan-jalan sangat sebenarnya pon.
aku ada bengkel research kat sini from 14-16 ogos 2015.

this time around memang x round sangat pon CH nih.
sebab masa trip 2014 dulu rasanya habis dah semua tempat kami masuk.
lagipon ada bengkel kan? masa pon x banyak.

kami sampai CH almost kul 1pm kot.
tapi sebab hari jumaat, so carik la dulu masjid kat tepi2 jalan tu & after solat terus g carik tempat for lunch.
masa pegi CH tahun lepas, ada ucu bawak g makan kat 1 kedai makanan melayu nih.
bila lalu situ macam familiar, kami pon singgah je la makan kat situ.
lauk2 pon boleh tahan banyak gak pilihan, boleh la.


lepas lunch, terus kami checkin kat century pines resort hotel.
not bad la hotel nih.
mr abah suka sebab katanya selesa.
tapi x boleh nak bukak sliding door sangat sebab menderu2 lalat masuk hehe...
plak tu blower angin segar from luar kat bilik kami rosak pulak.
maintenance guy tu bagi kami kipas meja je hehe...
ok jugak la sebab memang sejuk.  kalau malam, x pasang kipas pon x pe.
aku suka housekeeping hotel nih.  x sampai 5 minit lepas call, terus datang check.


petang tu, kami keluar jap ke big red.
aku minat scones kat sini, so harus lah singgah makan.
hujan pulak petang tu.
sanggup mak ko payungkan si kecik semata2 nak makan haha...







lepas ke big red, kami terus ke pasar malam brinchang untuk tapau dinner.
masing2 macam dah kenyang.
tapau sikit je. mee goreng 2 bungkus, cendawan + brocoli celup tepung & strawberry coklat.
skali tu, balik bilik en asri bagi pulak nasi ayam mak dia masak.
erkkk...over kenyang malam tu.


malam tu dah start dah bengkel.
pukul 8.30pm - 11pm jugak kami diskas malam tu.
balik bilik, lampu dah malap & semua dah tido.


alhamdulillah, bengkel kali ni breakfast semua cover.
syok la budak2 tu makan breakfast.
buffet kan? memang makan x ingat la.
pastu ada pulak telur separuh masak favourite the kids.  ulang alik masing2.


bengkel mama pagi tu full sampai ke petang dalam kul 5pm camtu.
lunch je break kejap.
makan la kami kat area2 tanah rata tu je.  gerai tepi2 jalan.


petang tu, lepas abis bengkel, budak2 request nak aiskrim strawberry.
sebab dah petang, aku ajak gi round2 kat taman sedia je.
carik la aiskrim kat area2 situ sure ada punya.
hamikkk...sorang dua bekas aiskrim yg 2hinggit tu hehe...






pas makan eskem, terus singgah dinner kat deretan kedai sebelum sampai hotel.
settle semua, malam boleh tido awal.


next morning tu, kami siap2 terus & g breakfast dalam kul 8+ camtu.
by 9+ dah checkout & terus heading ke mardi.



amik gambar banyak2 sementera tunggu mr abah amik kereta


masa pegi tahun lepas, teh2 berperisa kat sini lagi murah daripada beli kat ladang teh.
(tapi aku terperasan kat pasar kea farm tu lagi murah huhu...)
aku borong la beberapa kotak.
beli jugak strawberry kering untuk office mates.



happy faces kat mardi


after round2 mardi, kami terus ke kea farm pulak.
ni memang otw balik.
plan asal memang x nak bawak balik strawberry basah.
takut x tahan panas dalam kereta.
tapi ada pulak kawan mr abah mintak tolong belikan.
beli la sikit.
beli sayur2 sikit, jagung, keledek madu & limau.
settle & kami terus balik.


singgah solat & lunch kat rnr tapah.
sampai rumah dalam kul 6pm+ jugak.
itu saje untuk percutian CH kali nih.
x berjalan sangat tapi budak2 happy je dapat dok hotel, dapat makan strawberry coklat & strawberry ice cream.  
mandi pool je x dapat sebab x de pool kat hotel nih.  
bak kata fa.rah...kalau ada pool, mesti air dia beku sebab sejuk.
huahuahua...ko ingat ni antartika ke nak oiiii!