Tuesday, May 26, 2015

#5 : Pantang



ok...hari ni sambung lagi cerita pasal in.syirah.
aku nak share pasal tempoh berpantang pulak.
kali nih, aku berpantang kat rumah sendiri je.
masa is.yraf dulu kan aku berpantang kat kampung.
dr pengalaman dulu tu, kesian pulak nak tinggalkan mr abah & budak2.
macam x terurus je aku tengok diaorang.
(macam la bila aku ada terurus sangat2 haha...).


sharing my version of berpantang kali ni...


1. walaupun berpantang sendiri, aku berterima kasih sangat2 kat atok mak sebab datang jugak jaga aku.  sebulan jugak la atok mak kat rumah aku.  tapi x la sepanjang masa. atok risau asik duduk baring je x de keja nak buat kat rumah aku.  dia lagi rela ulang alik ke bp every weekends.  walaupun aku kesian atok drive pegi balik, tapi nak buat camne.  atok mak pulak jenis yang memang kalau berpantang tu, memang dia jaga betul.  dia x bagi buat keja.  sebab tu dia nak jugak dok rumah aku for at least sebulan cam tu.  tapi bila dia balik bp tu, ada la jugak aku masak untuk diri sendiri.  sempoi2 je pon.


2. merasa la aku carik makcik urut sendiri.  kalau kat kampung tu, memang atok mak yang carikkan.  kalau ikutkan, kalau google2 tu macam2 pakej urutan bersalin ada.  cuma, mahal sikit & aku pon x berapa nak pasti ok ke x.  mahal sebab selalunya memang full package diaorang buat.  x mampu la aku sebab bukan sekali je nak mengurut tu.  paling sikit pon, makan 3 kali jugak.

kebetulan, dalam geng moksu warikh tu ada sorang kakak ni promote bisnes urutan dia. walaupun aku x kenal, tp since ada dalam group, rasanya ok kot.  boleh try.  deal through wasap je pon.  aku amik 3 hari urutan & tungku.  kakak ni muda lagi dalam 40+ kot umur dia. tapi memang dia amik kursus urutan ni.  disebabkan muda, stamina pon kuat...agak sakit jugak la dia mengurut.  ke, aku jenis x tahan haha...tp bab tungku tu memang best. syok je ada orang tungkukan satu badan.

pakej dia quite reasonable jugak la.  sapa2 yang nak guna khidmat dia boleh la call kak halijah - 0133267070.  kakak ni dok area semenyih.  bukan urut bersalin je, urut biasa2 pon dia boleh.  yang paling best, sebab dia boleh datang rumah.  so, x yah la susah2 nak drive bagai.


3.  aku guna set penjagaan berpantang dherbs terlajak laris.  sebenarnya, kalau ikut pengalaman bersalin yang lepas2, aku takut nak beli set yang mahal2 sangat.  takut membazir hehe...jamu tu memang la makan.  tapi, selalunya x abis pon.  separuh jalan je aku makan.  set dherbs ni yang paling aku suka dia punya krim panas.  memang betul2 panas.  1st day pakai tu, punya la banyak aku letak.  merasa la ko macam cacing kepanasan haha...pulak tu panas dia tu memang tahan sampai ke petang.

yang paling x best, tungku dia tu.  arahannya, patutnya kena kukus.  tapi, dari atas dapur masuk bilik yang cuma beberapa langkah je tu pon, dah hilang panasnya.  apa kejadah nak guna kalau gitu.  maka, jawabnya memang campak dalam tong je lah huhu...


4.  additional - aku ada beli jugak tapal perut from sari ayu & minyak pilis from anugerah.  semuanya aku beli sebab poyo sangat x nak guna tapal perut & pilis tradisional yang kalau pakai tu bersepah2 nanti satu rumah hehehe...moden sangat kan orang zaman sekarang punya berpantang.  atok mak pon dah x terkata haha...


5.  macam biasa, kalau ikut atok mak...tempoh berpantang 44 hari.  ok, hari ke45 dah boleh minum air sejuk hahaha...membebel atok mak.


6.  ada orang (read : my makmen), kalau berpantang boleh je makan kari, makan nasi lemak, makan ikan goreng.  tapi, disebabkan aku follow atok mak punya versi berpantang, so my lauk2 pantang adalah ikan bakar, ikan steam, ikan singgang, ikan masak asam.  bila dah sebulan, baru boleh tambah ayam bakar or sup ayam tanpa tumis.  sayur & buah plak lepas 2 minggu baru boleh makan.  tu pon, sayurnya either sawi, pegaga or peria & buah oren.  dulu2 ok je aku makan lauk pantang gini.  but this time around, baru 3-4 minggu aku dah kebosanan ulang lauk yang sama.


7.  bengkung & stokin tu memang aku pakai ya.  tapi bengkung tu bila malam aku bukak.  sebabnya aku dok kat bilik bawah yang bahangnya mak aiiiii...memang x boleh la nak pakai bengkung 24hrs.  stokin pon kadang2 waktu malam aku bukak oppsss hehehe...


8.  macam biasa, awal2 pantang tu, in.syirah tido siang berjaga malam.  tido2 sampai kul 10 malam.  bila time aku ngantuk nak terlelap je, mata dia pon terbukak sampai kul 3 pagi.  tersenguk2 mak ko.  tp, biasa laaa...kalau baby x berjaga malam masa pantang, rasanya jarang2 sangat berlaku tu.  so, pasrah.  lagi pon, kata dalam pantang kan?  besok pagi tu ko sambung la tido sebab x de keja pon nak buat hahaha...


ok...itu je cerita berpantang aku.
x la strict sangat.
yang penting kalau ikut atok mak - dalam pantang jaga makan, jangan buat keja & jangan banyak bergerak.  dah orang kasi rehat tu, rehat je la kan?



Monday, May 25, 2015

Of Satay & GST






cer teka apa yang x de? huhuhu...


sabtu lepas, saja bawak budak2 g main kat taman.
lama dah rasanya x bawak diaorang g taman.
sebelum tu, aku dah bgtau mr abah nak pegi pasar malam.
planningnya, lepas main2 kat taman, terus singgah pasar malam.
sekali tu, abis main kat taman pon dah nak dekat kul 7.
malas la pulak nak ke pasar malam maghrib2 dengan in.syirah.
so, tukar plan...tapau satay willy je lah.


ya ampun...ramainya umat kat satay willy petang tu.
padahal aku ada je no tepon kedai tu.  boleh order siap2.
boleh pulak terlupa nak call.
order2 diaorang kata amik lagi setengan jam.
mr abah hantar kami blk rumah dulu, pastu dia kuar balik naik moto g amik.


boleh pulak dia x check dalam beg plastik tu complete ke dak.
tp dia kata dah tanya dah kat budak tu, cukup x semua?
dah budak tu kata ada semua, x pulak dia amik effort nak jenguk beg plastik tu huahuahua...
merasa la makan satay & nasi impit tanpa kuah kacang malam tu.
suruh dah budak kedai tu hantar.
ko rasa budak tu nak layan ke? nan hadooo...
nak g amik tu, bukan ler sebelah rumah senang2 nak pegi balik 2-3 kali.
dahhh..abaikan lah.
budak2 yang minat nasi impit tu pon selamba je makan nasi impit kosong (kesian...).


blame it on gst,
satay yang dulunya secucuk 80 sen, sekarang ni dah seringgit.
mak aiihhhh...
selamba dek muka tokey kedai bila mr abah kata banyaknya naik.
dia pon malas nak amik pot agaknya sebab dah semua orang kata gitu kat dia.


aku x paham sangat sebenarnya.
sebelum gst, macam2 la kata gst x membebankan rakyat.
tp setakat hari ni, aku x nampak pulak apa yang memberi kebaikan pada rakyat tu.
dah kalau ko amik pakej telefon rm68, bila gst pakej tu terus jadik rm70+.
dah kononnya makanan x de gst, tup2 harga naik mencanak2...apa maknanya tu?
gaji takat tu jugak.  kos makin meningkat.
aihhhhh...
(sebenarnya ni mood meroyan lepas transfer duit ke merata2 tempat.
sakit ati tengok semuanya naik.
& the lastest fakta yang aku perasan, pasal pakej tepon tu la.
memang p****** betulll).






Friday, May 22, 2015

Hari Guru...Lagi



masih lagi mood hari guru.
katanya, hari isnin hr tu opening ceremony untuk hari guru.
& hari ni acara penutup pulak.
apa2 je lah.  yang penting ir.fan & fa.rah suka sebab x yah bawak buku, x belajar.
semalam abis exams, hari ni enjoy hehe...
ada la diaorang masuk persembahan apa tah pagi nih.


tadika iz.ryn pon buat celebration hari ni.
kena bawak makanan.
pening jugak memikirkan apa yang nak dibawak.
kena pikir apa yang senang.
mula-mula ingat nak gorengkan karipap frozen je.
pastu terpikir plak takut kelam kabut pagi tu baru nak ready macam2.
kang kalau tetiba in.syirah meragam pagi tu (kot la kan...selalunya memang dia tido je), x ke naya.
last2, buat sandwich telur je lah.
boleh prepare malam tu, letak dalam peti ais.
besok pagi makan sandwich telur sejuk2, sedapnyaaa...


buat 3 bekas.
1 untuk iz.ryn, & 2 lagi untuk KAFA ir.fan & fa.rah petang ni.
KAFA pon buat sambutan hari guru jugak.






saja buat seronok budak2, aku prepare kan hadiah untuk cikgu.
beli container, letak a few chocolates dalam tu, ikat reben.
taraaaaa...jadiklah hadiah sempoi untuk cikgu.


yang ni untuk ustazah2 KAFA.





& yang ini untuk cikgu-cikgu tadika iz.ryn.






Thursday, May 21, 2015

#5 : Hospital



rasanya aku penah cerita dulu kot yang aku dah serik nak bersalin kat hospital kerajaan.
don't get me wrong.  ok je hospital kerajaan.
cuma pengalaman aku kali pertama bersalin di hosp kerajaan masa iz.ryn dulu tu x sebaik orang lain menyebabkan aku fobia.
bukan la berlagak kaya nak bersalin kat hosp swasta.
hutang semua tu...hutanggg!!
maksudnya kayap la tu, bukan kaya hehehe...


selalu aku cakap kat iz.ryn camni...
"mama bersalin iz.ryn kat tempat yang paling best sekali"
bangga betul dia...padehallll hahaha...


untuk in.syirah nih, aku pilih hospital pakar an-nur lagi sekali sama macam masa is.yraf dulu.
aku dah biasa ngan dr kham tu.
so malas nak tukar2 doktor.  senang kekal doktor yang sama.
rekod pon dah ada.
maklum la, aku kan ada hypertension.
kalau sihat walafiat, mungkin x de masalah nak tukar2 hospital or doktor lain.


ada beberapa benda aku nak share kat sini berkaitan kos bersalin di hospital swasta. 
in term of costs, bergantung jugak sebenarnya.
kalau normal, insyaAllah ok lagi la kosnya.
kot la tetiba kena operate, aku rasa terduduk gak nak membayarnya, kalau aku la.
kalau ikut, since aku ada hypertension kan, possibility nak kena operate tu memang ada.
memang banyak2 berdoa supaya boleh bersalin normal.
(alhamdulillah...bersyukur sgt2 Allah perkenankan doa untuk bersalin normal semuanya)


untuk in.syirah hari tu, untuk 2 hari 1 malam aku kena around rm3k++.
single standard room, normal delivery.
macam yang aku cakap, kalau rasa boleh tahan sakit, x perlu guna epidural.
dapat jimat kos di situ (mampoih hospital marah sbb aku suggest jgn guna epi haha...)
x boleh nak cakap bab nih.
sebab lain orang lain cara sakit & lain jugak cara macamana boleh handle sakit tu ke x.


kalau nak kos lagi murah, sebenarnya kalau amik 4 orang sebilik pon ok.
cuma, x boleh la nak mintak husband teman kalau malam.
untuk aku, sebenarnya ok je mr abah x tido hospital malam tu.
sebabnya, kata hospital swasta kenn?  ko rasa sakit ke nak g toilet ke, tekan la butang panggil nurse hehe...
single room ni sebenarnya lebih kepada privacy.
mudah la kan...x perlu nak share toilet.
kot la nak tgk tv ke apa, nak on suara kuat sket...x de la mengganggu orang lain.
kot anak2 ko datang pulak, x de la memekak kacau orang nak rehat.


conclusionnya : ukurlah kemampuan diri untuk bersalin di hospital swasta.
kalau mampu, x salah berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan sendiri.
dulu ir.fan & fa.rah, aku keja kat private co mmg dicover kos bersalin.
mewah sungguh bersalin kat sjmc hahaha...
siap share doktor ngan artis - nora masa tu.
comey sangat nora pakai dress ngan perut memboyot.
masa tu dia belum berhijab lagi.
pastu pindah gomen.  tu yang amik gak pengalaman bersalin di hosp kerajaan.
seriously, services kat govt hosp not that bad.
aku yang "manja" kot sebab sebelum tu bersalin sjmc kata kooo hehe...




Wednesday, May 20, 2015

#5 : Kelahiran Part II



walaupun edd aku 3.3.2015, tp bila ada hypertension nih...dah boleh agak la lebih kurang bila nak bersalinnya.
kalau ikut pengalaman sebelum2 nih, genap2 38 minggu memang doktor akan paksa bersalin.
untuk kali ni, ada jugak doktor cakap, kalau stabil bacaan bpnya, x perlu nak paksa lahir pada 38 minggu.  
eh, aku rasa macam pelik plak bila doc ckp camtu.  mana la nak tau bila bp tu nak shoot high.  scary...


tp tetap aku konpiden.
last day keja sebelum checkup nak masuk 38 minggu, aku dah siap2 kemas bilik ofis.
meja kasi clear, kunci drawers yang patut, notebook bawak balik rumah hahaha...agaknya orang yang masuk bilik aku mesti boleh rasa aku tau bila nak start cuti hehe...


hari sabtu 15.2.2015 aku g checkup.
memang bp dah x stabil dah a few weeks back.
kat rumah pon, aku banyak berehat je x nak bg bp naik tinggi2 sangat.
as expected, memang doc suh induced.
tp hr selasa depan tu baru aku genap 38 weeks.
so hari selasa la jawabnya aku kena serah diri.
dah tu, x kan isnin aku kena keja kot huhu...
doc kata boleh je kalau nak mc, tp nurse kata kena la dtg hr isnin amik mc tu.
x koser aku.  sudahnya hr ahad tu aku apply cuti untuk hari isnin tu hehe...


kalau ikutkan, dah tau hari kena admit nih, macam ok jugak.
sebabnya isnin tu macam2 aku settlekan kat rumah, beli barang etc.
beg hospital mmg dah ready.
benda2 lain especially utk budak2 & orang kat rumah tu la.
settle semua...tenang hati la nak serah diri hari selasa tu walaupun debarannya aku sorang je yang boleh rasa.


serah diri kat hospital pukul 8pg++ 17.2.2015.
siap breakfast sedap2 dulu.
aku teringin nak makan lempeng.
sampai hospital, tunggu pendaftaran bayar deposit bagai, terus masuk wad.
request nak single room tapi semua penuh.
so masuk dulu wad 4 orang sebilik.
sempat la wasap officemate & bos bagitau dah admit.


dalam wad, kena la pakai mesin monitor pergerakan baby.
baby pulak tu seronok sangat tido dalam perut.
puas la aku & nurse dok goyang perut kiri kanan nak bagi bacaan cantik.


x lama lepas tu, dalam kul 10pg camtu, doc datang check bukaan.
"dah 4cm nih.  awak ni x de rasa contraction ke?"...hehehe
entah la. aku ni kalau setakat sakit sikit2 memang jenis x amik pot sangat.
x pasti pulak ada contraction ke x.
cuma sakit pinggang tu memang selalu la jugak.


terus masuk ubat untuk buang air besar & lepas tu terus ke labour room.
nurse tanya, nak epidural ke x.
"x nak la nurse"...wahhhhh, konpiden gituuuuu...
doc yang dengar kat sebelah tu terus menyampuk "kalau x nak epi, at least amik injection. sbb takut kalau sakit sangat nanti, bp naik"...hehehe...baik doctor!!


dah masuk labour room tu, macam2 sakit timbul haha...
contraction x berapa sangat la, tp more to resah gelisah takut.
dalam kul 11pg++ doc datang pecahkan air ketuban.
atok mak pon dah sampai from johor.
sempat la dia tengok aku kat labor room.
memang lepas pecah air ketuban tu sakit & contraction memang x leh tahan.


bila rasa x tahan sangat macam nak buang air besar, baru aku call nurse.
kalau setakat rasa sikit2 tu, aku try tahan je dulu.
dia kata baru 7cm.
huhuhu...nak nangis sebab macam nak bersalin sangat dah.
tp seb baik nurse panggil doc suh naik labour room dah time tu.
bila aku try macam push sket2, terus bukak 10cm.
kelam kabut nurse baru nak pasang penghadang kaki bagai.
merasa la nurse kena bebel ngan doc hehe...


alhamdulillah...dipermudahkan kelahiran terakhir ini insyaAllah.
sekali push je, selamat la in.syirah dilahirkan.
& for the 1st time, x de koyakan/ x ada jahitan.
epidural x amik, & injection jugak aku x amik 
(mmg x penah amik pon sebelum2 nih.  kalau rasa boleh tahan sakit, x perlu la amik epidural kot.  kalau boleh tahan la kan. epidural tu sekali amik dalam 5-6 ratus jugak kos dia tu.  menangis nak bayar bil nanti)
syukur alhamdulillah.



in.syirah on her born day...
selasa 17 februari 2015
1.41 petang @ 3.2kg







Tuesday, May 19, 2015

Selamat Hari Guru



ini cerita semalam.
balut hadiah hari guru untuk ir.fan & fa.rah pukul 12 tgh malam.








mmg kalut malam tadi sebab in.syirah tido lambat.
dah la tido lambat, tido plak x nyenyak asik terbgn je.


aku plak macam2 la nak buat kan, since hari ni (read : semalam) start masuk ofis.
readykan beg2 utk in.syirah & is.yraf, defrost ebm, beg2 susu in.syirah & aku punya beg pump...macam2 lah.
maklum lah dah 3 bulan lepak2 saja.  beg taska is.yraf pon pagi2 tu baru aku kemas.
punya la bersenang lenang aku masa cuti tu.  malam tadi baru la dok kelam kabut rasa nak nangis bila in.syirah x mau tido haha...


seb baik 2 beg je aku kena kemas sekarang nih.
sekarang ni iz.ryn dah boleh harap untuk kemas beg sendiri.
tapi tetap kena check jugak.
aku kadang-kadang lupa nak check.
hamik ko, hari tu dia bawak dress g sekolah.
patutnya kelas petang dia kena pakai baju pra-kafa dia.
dah dibawaknya dress, pakai la dress ngan tudung.
bising mr abah bila amik anak dara dia petang tu pakai tudung ngan dress hahaha...


bila hari guru nih, mesti teringat kenangan zaman sekolah rendah dulu.
aku dulu pon dah katanya hari guru, mesti nak bawak hadiah untuk cikgu.
plak tu, last minute bagitau kat mak.
memang mak suruh amik je la apa yang ada kat rumah.
jadik la hadiah tisu sekotak & sabun mandi sebuku hehe...
punya lah happy bawak hadiah tisu sekotak kat cikgu.
kiranya tu hadiah paling besar la cikgu dapat.  bangga sangat.
menangis cikgu tengok isi hadiah tu hehehe...


untuk cikgu ir.fan & fa.rah nih, aku beli note pads je.
menarik jugak la sebab berwarna-warni.
sampaikan diaorang nak sorang satu, tapi aku kata x boleh.
kalau balik nanti ada yang x bagi kat cikgu, tau la sebabnya kenapa tu.


jumaat nih ada lagi teachers' day celebration kat tadika iz.ryn & KAFA budak2 nih.

x pikir lagi apa nak bawak for jamuan & oso hadiah for the teachers.


selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mengajar aku sejak kecil sehingga hari ini especially untuk mak & ayah.
teringat ayah dulu.  kalau hari sek, memang x pernah bagi kami tengok tv.
dok dalam bilik baca buku.  hakikatnya aku tido dalam bilik tu hehe...
memang sampai universiti aku tido awal walaupun orang lain bertungkus lumus baca buku.
sekarang nih, fa.rah tu la jelmaan aku.
x sempat nak suh baca buku, dah tertido hehehe...







Monday, May 18, 2015

Intro - Meniup Sawang




lama blog bersawang.
mood & cara nak menulis pon macam dah x ada.
tulis tulis...delete...
tulis tulis...save dulu lah...sbb x tau dah camne nak sambung cerita.
haru betul hehe...



some updates for a start (carik mood)...

in.syirah dah 3 bulan semalam.
alhamdulillah...membesar dengan sihat.
x banyak kerenah seperti abang-abang & kakak-kakak sebelum nih.
mungkin dia tau mama dia nih dah tua & cepat letih huahuahua...







one of the toughest job setakat nih - in.syirah x mau menyusu direct from bottle.
kalau dulu, is.yraf tu susah jugak sampai bermacam jenis botol aku beli.
tapi, yang ni lagi mencabar huhu...


punya la nak skip senang keja, terus aku beli botol jenis MAM yang is.yraf boleh terima sebelum nih.
ko ingat semudah tu? nan hado...
last2 cikgu taska suh beli puting doctor baby tu je hah.
simpan la balik botol MAM tu jauh2 (siap ngan spare puting & ring getah tu aku beli buat stok. hamik ko...punya lah konfiden)


tu pun, bukannya dia nak minum sangat pun.
buat2 main je puting tu tolak ngan lidah huhu...
itu kalau aku yang bagi la.
x tau la pulak apa ceritanya kat taska tu sebab cikgu kata ok je.
aku memang standby je kat ofis nih kot2 cikgu taska call.



panjang plak intro.
ok...nanti2 aku sambung cerita pasal in.syirah lagi ya
(eh...nak bagi nama in.syirah nih pon, ada ceritanya haha...)