Thursday, May 21, 2015

#5 : Hospital



rasanya aku penah cerita dulu kot yang aku dah serik nak bersalin kat hospital kerajaan.
don't get me wrong.  ok je hospital kerajaan.
cuma pengalaman aku kali pertama bersalin di hosp kerajaan masa iz.ryn dulu tu x sebaik orang lain menyebabkan aku fobia.
bukan la berlagak kaya nak bersalin kat hosp swasta.
hutang semua tu...hutanggg!!
maksudnya kayap la tu, bukan kaya hehehe...


selalu aku cakap kat iz.ryn camni...
"mama bersalin iz.ryn kat tempat yang paling best sekali"
bangga betul dia...padehallll hahaha...


untuk in.syirah nih, aku pilih hospital pakar an-nur lagi sekali sama macam masa is.yraf dulu.
aku dah biasa ngan dr kham tu.
so malas nak tukar2 doktor.  senang kekal doktor yang sama.
rekod pon dah ada.
maklum la, aku kan ada hypertension.
kalau sihat walafiat, mungkin x de masalah nak tukar2 hospital or doktor lain.


ada beberapa benda aku nak share kat sini berkaitan kos bersalin di hospital swasta. 
in term of costs, bergantung jugak sebenarnya.
kalau normal, insyaAllah ok lagi la kosnya.
kot la tetiba kena operate, aku rasa terduduk gak nak membayarnya, kalau aku la.
kalau ikut, since aku ada hypertension kan, possibility nak kena operate tu memang ada.
memang banyak2 berdoa supaya boleh bersalin normal.
(alhamdulillah...bersyukur sgt2 Allah perkenankan doa untuk bersalin normal semuanya)


untuk in.syirah hari tu, untuk 2 hari 1 malam aku kena around rm3k++.
single standard room, normal delivery.
macam yang aku cakap, kalau rasa boleh tahan sakit, x perlu guna epidural.
dapat jimat kos di situ (mampoih hospital marah sbb aku suggest jgn guna epi haha...)
x boleh nak cakap bab nih.
sebab lain orang lain cara sakit & lain jugak cara macamana boleh handle sakit tu ke x.


kalau nak kos lagi murah, sebenarnya kalau amik 4 orang sebilik pon ok.
cuma, x boleh la nak mintak husband teman kalau malam.
untuk aku, sebenarnya ok je mr abah x tido hospital malam tu.
sebabnya, kata hospital swasta kenn?  ko rasa sakit ke nak g toilet ke, tekan la butang panggil nurse hehe...
single room ni sebenarnya lebih kepada privacy.
mudah la kan...x perlu nak share toilet.
kot la nak tgk tv ke apa, nak on suara kuat sket...x de la mengganggu orang lain.
kot anak2 ko datang pulak, x de la memekak kacau orang nak rehat.


conclusionnya : ukurlah kemampuan diri untuk bersalin di hospital swasta.
kalau mampu, x salah berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan sendiri.
dulu ir.fan & fa.rah, aku keja kat private co mmg dicover kos bersalin.
mewah sungguh bersalin kat sjmc hahaha...
siap share doktor ngan artis - nora masa tu.
comey sangat nora pakai dress ngan perut memboyot.
masa tu dia belum berhijab lagi.
pastu pindah gomen.  tu yang amik gak pengalaman bersalin di hosp kerajaan.
seriously, services kat govt hosp not that bad.
aku yang "manja" kot sebab sebelum tu bersalin sjmc kata kooo hehe...




No comments: