Wednesday, May 20, 2015

#5 : Kelahiran Part II



walaupun edd aku 3.3.2015, tp bila ada hypertension nih...dah boleh agak la lebih kurang bila nak bersalinnya.
kalau ikut pengalaman sebelum2 nih, genap2 38 minggu memang doktor akan paksa bersalin.
untuk kali ni, ada jugak doktor cakap, kalau stabil bacaan bpnya, x perlu nak paksa lahir pada 38 minggu.  
eh, aku rasa macam pelik plak bila doc ckp camtu.  mana la nak tau bila bp tu nak shoot high.  scary...


tp tetap aku konpiden.
last day keja sebelum checkup nak masuk 38 minggu, aku dah siap2 kemas bilik ofis.
meja kasi clear, kunci drawers yang patut, notebook bawak balik rumah hahaha...agaknya orang yang masuk bilik aku mesti boleh rasa aku tau bila nak start cuti hehe...


hari sabtu 15.2.2015 aku g checkup.
memang bp dah x stabil dah a few weeks back.
kat rumah pon, aku banyak berehat je x nak bg bp naik tinggi2 sangat.
as expected, memang doc suh induced.
tp hr selasa depan tu baru aku genap 38 weeks.
so hari selasa la jawabnya aku kena serah diri.
dah tu, x kan isnin aku kena keja kot huhu...
doc kata boleh je kalau nak mc, tp nurse kata kena la dtg hr isnin amik mc tu.
x koser aku.  sudahnya hr ahad tu aku apply cuti untuk hari isnin tu hehe...


kalau ikutkan, dah tau hari kena admit nih, macam ok jugak.
sebabnya isnin tu macam2 aku settlekan kat rumah, beli barang etc.
beg hospital mmg dah ready.
benda2 lain especially utk budak2 & orang kat rumah tu la.
settle semua...tenang hati la nak serah diri hari selasa tu walaupun debarannya aku sorang je yang boleh rasa.


serah diri kat hospital pukul 8pg++ 17.2.2015.
siap breakfast sedap2 dulu.
aku teringin nak makan lempeng.
sampai hospital, tunggu pendaftaran bayar deposit bagai, terus masuk wad.
request nak single room tapi semua penuh.
so masuk dulu wad 4 orang sebilik.
sempat la wasap officemate & bos bagitau dah admit.


dalam wad, kena la pakai mesin monitor pergerakan baby.
baby pulak tu seronok sangat tido dalam perut.
puas la aku & nurse dok goyang perut kiri kanan nak bagi bacaan cantik.


x lama lepas tu, dalam kul 10pg camtu, doc datang check bukaan.
"dah 4cm nih.  awak ni x de rasa contraction ke?"...hehehe
entah la. aku ni kalau setakat sakit sikit2 memang jenis x amik pot sangat.
x pasti pulak ada contraction ke x.
cuma sakit pinggang tu memang selalu la jugak.


terus masuk ubat untuk buang air besar & lepas tu terus ke labour room.
nurse tanya, nak epidural ke x.
"x nak la nurse"...wahhhhh, konpiden gituuuuu...
doc yang dengar kat sebelah tu terus menyampuk "kalau x nak epi, at least amik injection. sbb takut kalau sakit sangat nanti, bp naik"...hehehe...baik doctor!!


dah masuk labour room tu, macam2 sakit timbul haha...
contraction x berapa sangat la, tp more to resah gelisah takut.
dalam kul 11pg++ doc datang pecahkan air ketuban.
atok mak pon dah sampai from johor.
sempat la dia tengok aku kat labor room.
memang lepas pecah air ketuban tu sakit & contraction memang x leh tahan.


bila rasa x tahan sangat macam nak buang air besar, baru aku call nurse.
kalau setakat rasa sikit2 tu, aku try tahan je dulu.
dia kata baru 7cm.
huhuhu...nak nangis sebab macam nak bersalin sangat dah.
tp seb baik nurse panggil doc suh naik labour room dah time tu.
bila aku try macam push sket2, terus bukak 10cm.
kelam kabut nurse baru nak pasang penghadang kaki bagai.
merasa la nurse kena bebel ngan doc hehe...


alhamdulillah...dipermudahkan kelahiran terakhir ini insyaAllah.
sekali push je, selamat la in.syirah dilahirkan.
& for the 1st time, x de koyakan/ x ada jahitan.
epidural x amik, & injection jugak aku x amik 
(mmg x penah amik pon sebelum2 nih.  kalau rasa boleh tahan sakit, x perlu la amik epidural kot.  kalau boleh tahan la kan. epidural tu sekali amik dalam 5-6 ratus jugak kos dia tu.  menangis nak bayar bil nanti)
syukur alhamdulillah.



in.syirah on her born day...
selasa 17 februari 2015
1.41 petang @ 3.2kg







No comments: