Friday, May 22, 2015

Hari Guru...Lagi



masih lagi mood hari guru.
katanya, hari isnin hr tu opening ceremony untuk hari guru.
& hari ni acara penutup pulak.
apa2 je lah.  yang penting ir.fan & fa.rah suka sebab x yah bawak buku, x belajar.
semalam abis exams, hari ni enjoy hehe...
ada la diaorang masuk persembahan apa tah pagi nih.


tadika iz.ryn pon buat celebration hari ni.
kena bawak makanan.
pening jugak memikirkan apa yang nak dibawak.
kena pikir apa yang senang.
mula-mula ingat nak gorengkan karipap frozen je.
pastu terpikir plak takut kelam kabut pagi tu baru nak ready macam2.
kang kalau tetiba in.syirah meragam pagi tu (kot la kan...selalunya memang dia tido je), x ke naya.
last2, buat sandwich telur je lah.
boleh prepare malam tu, letak dalam peti ais.
besok pagi makan sandwich telur sejuk2, sedapnyaaa...


buat 3 bekas.
1 untuk iz.ryn, & 2 lagi untuk KAFA ir.fan & fa.rah petang ni.
KAFA pon buat sambutan hari guru jugak.






saja buat seronok budak2, aku prepare kan hadiah untuk cikgu.
beli container, letak a few chocolates dalam tu, ikat reben.
taraaaaa...jadiklah hadiah sempoi untuk cikgu.


yang ni untuk ustazah2 KAFA.





& yang ini untuk cikgu-cikgu tadika iz.ryn.






No comments: