Monday, May 25, 2015

Of Satay & GST






cer teka apa yang x de? huhuhu...


sabtu lepas, saja bawak budak2 g main kat taman.
lama dah rasanya x bawak diaorang g taman.
sebelum tu, aku dah bgtau mr abah nak pegi pasar malam.
planningnya, lepas main2 kat taman, terus singgah pasar malam.
sekali tu, abis main kat taman pon dah nak dekat kul 7.
malas la pulak nak ke pasar malam maghrib2 dengan in.syirah.
so, tukar plan...tapau satay willy je lah.


ya ampun...ramainya umat kat satay willy petang tu.
padahal aku ada je no tepon kedai tu.  boleh order siap2.
boleh pulak terlupa nak call.
order2 diaorang kata amik lagi setengan jam.
mr abah hantar kami blk rumah dulu, pastu dia kuar balik naik moto g amik.


boleh pulak dia x check dalam beg plastik tu complete ke dak.
tp dia kata dah tanya dah kat budak tu, cukup x semua?
dah budak tu kata ada semua, x pulak dia amik effort nak jenguk beg plastik tu huahuahua...
merasa la makan satay & nasi impit tanpa kuah kacang malam tu.
suruh dah budak kedai tu hantar.
ko rasa budak tu nak layan ke? nan hadooo...
nak g amik tu, bukan ler sebelah rumah senang2 nak pegi balik 2-3 kali.
dahhh..abaikan lah.
budak2 yang minat nasi impit tu pon selamba je makan nasi impit kosong (kesian...).


blame it on gst,
satay yang dulunya secucuk 80 sen, sekarang ni dah seringgit.
mak aiihhhh...
selamba dek muka tokey kedai bila mr abah kata banyaknya naik.
dia pon malas nak amik pot agaknya sebab dah semua orang kata gitu kat dia.


aku x paham sangat sebenarnya.
sebelum gst, macam2 la kata gst x membebankan rakyat.
tp setakat hari ni, aku x nampak pulak apa yang memberi kebaikan pada rakyat tu.
dah kalau ko amik pakej telefon rm68, bila gst pakej tu terus jadik rm70+.
dah kononnya makanan x de gst, tup2 harga naik mencanak2...apa maknanya tu?
gaji takat tu jugak.  kos makin meningkat.
aihhhhh...
(sebenarnya ni mood meroyan lepas transfer duit ke merata2 tempat.
sakit ati tengok semuanya naik.
& the lastest fakta yang aku perasan, pasal pakej tepon tu la.
memang p****** betulll).






No comments: