Tuesday, May 19, 2015

Selamat Hari Guru



ini cerita semalam.
balut hadiah hari guru untuk ir.fan & fa.rah pukul 12 tgh malam.








mmg kalut malam tadi sebab in.syirah tido lambat.
dah la tido lambat, tido plak x nyenyak asik terbgn je.


aku plak macam2 la nak buat kan, since hari ni (read : semalam) start masuk ofis.
readykan beg2 utk in.syirah & is.yraf, defrost ebm, beg2 susu in.syirah & aku punya beg pump...macam2 lah.
maklum lah dah 3 bulan lepak2 saja.  beg taska is.yraf pon pagi2 tu baru aku kemas.
punya la bersenang lenang aku masa cuti tu.  malam tadi baru la dok kelam kabut rasa nak nangis bila in.syirah x mau tido haha...


seb baik 2 beg je aku kena kemas sekarang nih.
sekarang ni iz.ryn dah boleh harap untuk kemas beg sendiri.
tapi tetap kena check jugak.
aku kadang-kadang lupa nak check.
hamik ko, hari tu dia bawak dress g sekolah.
patutnya kelas petang dia kena pakai baju pra-kafa dia.
dah dibawaknya dress, pakai la dress ngan tudung.
bising mr abah bila amik anak dara dia petang tu pakai tudung ngan dress hahaha...


bila hari guru nih, mesti teringat kenangan zaman sekolah rendah dulu.
aku dulu pon dah katanya hari guru, mesti nak bawak hadiah untuk cikgu.
plak tu, last minute bagitau kat mak.
memang mak suruh amik je la apa yang ada kat rumah.
jadik la hadiah tisu sekotak & sabun mandi sebuku hehe...
punya lah happy bawak hadiah tisu sekotak kat cikgu.
kiranya tu hadiah paling besar la cikgu dapat.  bangga sangat.
menangis cikgu tengok isi hadiah tu hehehe...


untuk cikgu ir.fan & fa.rah nih, aku beli note pads je.
menarik jugak la sebab berwarna-warni.
sampaikan diaorang nak sorang satu, tapi aku kata x boleh.
kalau balik nanti ada yang x bagi kat cikgu, tau la sebabnya kenapa tu.


jumaat nih ada lagi teachers' day celebration kat tadika iz.ryn & KAFA budak2 nih.

x pikir lagi apa nak bawak for jamuan & oso hadiah for the teachers.


selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mengajar aku sejak kecil sehingga hari ini especially untuk mak & ayah.
teringat ayah dulu.  kalau hari sek, memang x pernah bagi kami tengok tv.
dok dalam bilik baca buku.  hakikatnya aku tido dalam bilik tu hehe...
memang sampai universiti aku tido awal walaupun orang lain bertungkus lumus baca buku.
sekarang nih, fa.rah tu la jelmaan aku.
x sempat nak suh baca buku, dah tertido hehehe...







No comments: