Wednesday, June 3, 2015

Cuti Sekolah 2015 : Balik Kampung


bermula lah cuti sekolah for 2 weeks.
pening sikit aku kalau cuti sekolah nih.
sebab kena hantar ir.fan & fa.rah ke rumah babysitter yang memang out of the way to office.
kena ulang alik jauh sikit la.
& sampai ofis pon lambat sikit dari biasa.
tapi seb baik minggu ni mr abah keja shift malam.
so budak2 dok rumah je la.


1st week cuti sekolah nih, kalau ikut plannya memang x ke mana.
ingat nak duduk rumah je sebab 2nd week nanti memang dah plan nak berjalan.
tapi since kak rai jemput kenduri kawin anak dia kat pasir gudang, kami amik kesempatan balik johor.
kebetulan cuti sekolah, dapat la lajak sehari balik kampung.


selalunya, kalau balik kampung pagi, memang kami akan singgah breakfast di mana-mana.
tapi, cuti sekolah kan?
memang kami avoid la masuk rnr.
buang masa carik parking & tempat duduk nak makan je.
masa balik kampung sebelum ni, lepas exit pagoh baru kami round2 carik tempat makan.
untuk kali ni, memang serik dah nak breakfast kat pagoh.
sebab x de tempat yang menarik pon nak makan.


aku suggest kat mr abah suh exit muar.
boleh carik tempat makan menarik kat muar.
aku terlintas nak makan sate je sebenarnya.
muar kan terkenal sebagai tempat makan sate pagi2.
(hehe...memang peminat sate, nak wat camne kan?  sate jugak yang dicariknya)
walaupun sebenarnya x tau pon mana kedai yang menarik.
gugel2 orang kata ada kedai makan best depan bus stand muar.
x pon, makan je kat gerai tepi2 jalan tu ke.
sebab x tau kedai makan tepi jalan yang best, asik terlepas je la gerainya.
last2 sampai bandar muar hehe...
depan bus stand tu memang ada kedai yang berasap2.
mr abah kata tu mesti bakar sate tu hehe...
terus parking kat area bus stand tu & seb baik ada jejantas.
so here we are...




R&H Cafe - 
betul2 seberang jalan berhadapan dengan 
bus stand muar 



mr abah order mee rebus.
not bad...sedap!
merasa la aku kuahnya aje sebab sedap sangat, mr abah makan x pandang kiri kanan hehe...








budak 2 orang nih order roti manja.
2 keping roti bakar with butter on one & peanut butter on the other.
pastu 2 bijik telur separuh masak.
x cukup, siap nak tambah haha...




happy faces...




aku ingat nak makan sate je.
sedap sate dia.  kecik2 je.
rasanya aku ngan mr abah je yang makan tapi sampai 30 cucuk kami makan hehe...
tetiba terorder lontong pulak.
x sempat amik gambar, laju sangat aku makan.


ir.fan macam biasa order nasi lemak.
pastu mr abah order roti manja, dia yang makan abiskan hehe...
camne ek nak control makan budak yang tengah naik nih?
macam dipam2 badan dia huhuhu...


is.yraf x bagi amik gambar dia.
dia cuma makan nasi impit ngan sate 2 cucuk je.
nasi impit kosong pon jadi dia tu.
tapi aku suapkan jugak la kuah lontong tu.


overall, sangat berbaloi makan kat sini.
budak2 siap suh makan kat sini lagi lain kali.
fa.rah kata, birthday dia bulan 8 nanti boleh bawak makan kat sini lagi.
huahuahua...jauh benor tempat makan nak oiiii....
next time nak try benda lain pulak.
memang penuh kedai nih.
nasib baik masa kami sampai tu, ngam2 ada orang baru abis makan.
dapat la tempat duduk.



No comments: