Friday, July 24, 2015

#5 : Jaundis



pengalaman anak kena jaundis nih, memang aku merasa kat semua lima2 anak.
nak menangis pon ada.
ye la kan...dah ko pon masih dalam pantang.
badan pon x berapa nak sihat lagi.


pengalaman paling mencabar masa is.yraf.
bayangkan la is.yraf tu prolonged jaundice dia makan masa almost 60 hari.
dengan masuk wadnya lagi.
pulak time tu aku x dibenarkan dok ward sekali.
merasa la ulang alik pegi hospital masa time menyusu.
malam2 pulak kena bangun pam susu yang melimpah ruah tu sampai sakit2 dibuatnya.
kalau pikir balik memang rasa nak menangis pon ada.


kalau ikutkan, salah satu perkara yang aku fobia bila mengandung...sebabnya jaundis ni la.
masa mengandungkan in.syirah, selain berdoa yang tidak putus2 kepada Allah supaya dipermudahkan semuanya semasa & selepas bersalin, aku plan nak ikut petua minum susu kambing masa mengandung.
berkobar2 nih beli susu kambing seawal mengandung.
sekali tu, minum susu kambing je rasa nak muntah huahuahua...
padahal sebelum ni minum higoat tu x de masalah pon.
aku campur ngan milo pon x beri kesan.
sampai sekarang ada lagi paket higoat tu x minum pon.
okeh...x menjadik la plan aku & risau pon membuak2.


ada lagi petua.  makan kurma/ tamar.
yang nih aku amalkan sejak is.yraf lagi.
memang makan kurma berkilo2 sepanjang mengandung.
kurma kan sedap.  plak tu aku memang suka kurma.
ni sebab fobia si iz.ryn dulu prolonged jaundice dia sampai over 40 days.
sekali hamik koooo...60 hari pulak si is.yraf nih.
(Allahuakbar...perancangan Allah kita x tau.  aku redha dengan ujian).


ada jugak aku terbaca boleh amalkan makan delima atau jus delima.
delima kan susah nak jumpa.
ada aku g rumah sedara mak aku, ada pulak pokok delima.
dengan x malunya aku mintak 2 bijik delima.
pastu kakak aku balik dari jordan bawak pulak delima besar2 bola tenis tu.
memang aku makan semuanya + jus delima yang memang x putus2 ada stok kat rumah tu.


pastu, masa aku jalan2 kat pesta konvo usim time tu, ada orang jual jus za'faran + kurma + apa tah satu lagi x ingat.
yang ni pon ada aku penah dengar boleh mengurangkan kena jaundis.
x salah mencuba.
memang aku minum jus nih or makan sesudu tiap2 hari.
jus tu kalau aku buat aku campur sket ngan jus delima.
jadik la rasa dia ala2 masam.


dengan kuasa Allah, walaupon in.syirah kena jaundis jugak,
tapi alhamdulillah...jaundis dia x lama.
x lama bagi aku la yang ada pengalaman anak jaundis sampai 60 hari kan?
dalam 16 hari kot jaundis dia dah hilang.
walaupon awal2 tu ulang alik jugak ke hospital sebab jaundis turun naik,
tapi alhamdulillah x warded.


siapa2 yang ada pengalaman anak prolonged jaundice tu, boleh la cuba petua2 saya nih ya.
& selepas berusaha, yang paling penting, doa yang x putus2 ya & tawakal.
insyaAllah...



in.syirah @ 5 months old

No comments: