Tuesday, July 28, 2015

SUT 6 Terengganu Part II



okeh...sambung balik cerita terengganu.
pas makan kenduri tu kami terus ke hotel penginapan rasmi SUT 6 - primula beach resort.
masa tu rasanya dalam kul 2pm++.
bila sampai je, mak aihhhh...beratuq exora nak parking.
kat lobi tu jangan cakap la.  dengan budak2 berlari2, babies menangis.
aku pon nak menangis gak time tu.  letih nak control anak2 + nak pegang baby lagi.
memang failed la organiser & pihak hotel nak urus check-in.
boleh pengsan nak menunggu.


kebetulan time tu ada geng warikh ajak pekena ikan celup tepung.
kensel la check-in.  kita g makan dulu hehe...






fitri & nad bawak kami ke pantai teluk ketapang (kalau x silap).
gerai pok nong.
memang ramai orang x hingat punya.
mula2 beratur tu x ramai orang kejap je dah dapat.
tapi banyak la yang tengah goreng lagi.  dapat kopok lekor je.
bila beratur kali ke2, memang x dapek nak nolong la panjangnya barisan.
penat beratuq.
verdict - not as expected la.  x tau la kalau sebab ramai sangat orang.
tapi sotong dia quite liat huhuhu...x puas makan.
mr abah pon x nak makan sebab dia kata x sedap.
baik pegi kedai sebelah yang x de orang beratur pon katanya hehehe...
kita mesti la pegi kat tempat yg femes ye dak?
apa kellas g kedai x glamer.  biar la x sedap pon huahuahua...(menangis bc statement ko...)


lepas makan, ada pulak kereta kuda kat sebelah dulu.
ada pulak geng2 yang naik.
dah budak2 ni pulak nak naik jugak.
merasa la mak ko naik keta kuda pakai baju kurung huhuhu...


pas naik kuda, kami pusing sekitar KT dulu.
nak tapau dinner sebenarnya.
sebab mr abah ada dinner malam tu.
aku malas nak follow sekali.  kang nak handle in.syirah lagi, ngan budak2 nih lagi.
x koser la.
in.syirah pulak petang tu dah mengamuk2 dalam keta.  serba x kena semua x nak.







lepas tapau makan, kami terus ke hotel semula.
kena tunggu jugak lagi 10 minit kot baru dapat masuk bilik (hampeh tull...).
seb baik bilik dia ok la jugak.
dapat pulak balkoni ngadap laut & bawah tu swimming pool.
asik keluar balkoni je la budak2 nih sebok tengok bawah.
nak g mandi petang tu macam dah lewat je.  besok pagi je la kot.
petang tu mr abah bagi berendam dulu dalam bath tub hehe...







pagi2 lg budak2 dah ready nak terjun pool.
tapi sebelum tu mr abah g tapaukan nasi dagang mak nah (ke mak jah x ingat) kat area tepi pantai batu burok tu.
nad kata memang femes & sedap kat situ.
x lengkap la g terengganu kalau x pekena nasi dagang kan hihi...
verdict : memang sedap!!!


lepas dah makan & mandi puas2 kat pool,
kami check-out & terus ke masjid kristal.





aku, ir.fan & fa.rah je yang jalan2 sekitar masjid tu dalam panas terik matahari haha...
masa tu rasanya iz.ryn & is.yraf tido kot.
so mr abah handle 3 orang budak tu kat kereta, aku bertiga je la jalan2 sekitar masjid tu.






lepas dah round masjid, budak2 nih nak singgah pulak kat taman tamadun islam sebelah masjid tu.
sebenarnya, mama ni x berapa nak rajin.  panas wehhh...
tapi kesian pulak.
mr abah biasa la...tempat2 gini memang x nak masuk.
masuklah aku ngan 3 orang budak nih.
kalau nak berjalan dalam ni, memang mampoih basah kuyup la ko ngan peluh.
so kami naik tram je.
dah la masuk kena bayar, naik tram pon kena bayar lagi.
& tram akan stop kat beberapa destinasi yang ada ruang pameran & video interaktif yg ko boleh tengok.
rasanya 2 tempat je kot aku berenti amik gambar.
yang lain, malas nak turun.
tengok je dari dalam tram.


lepas habis round, aku ajak la mr abah g makan kat kedai mat binjai.
yang ni aku jumpa bila gugel2 memang ramai yang suggest.
senang je kat terengganu ni.  aku guna waze je sampai la kat tempat2 femes nih.
rasanya nak dekat kul 2pm kot baru kami sampai.
mr abah turun dulu tanya, katanya dah abis huhuhuhu...x dapat merasa.
x tau la apa yang budak kedai tu cakap sampai mr abah kata depa berlagak & sombong.
memang x la dia nak g makan kat kedai tu sampai bila2.


terus la kami ke hiway nak ke kuantan.
terus2 je dah x jumpa kedai makan.
x makan la kami lunch tu hahahaha...
hajatnya memang nak singgah ke rumah caq, adik mr abah kat kuantan.
sesat pulak sebab caq baru je pindah rumah.
maghrib jugak la kami sampai.
caq pon dah siap2 masak. mandi solat bagai...terus dinner.


besoknya lepas breakfast, terus ke pekan untuk kenduri rumah sedara belah mr abah & zasss back to nilai.
berakhirlah episod jalan-jalan terengganu kami kali ni.




No comments: