Thursday, August 20, 2015

Muhasabah Diri 1



2 kes kecederaan di sekolah ir.fan & fa.rah yang berlaku 2 hari berturut-turut benar-benar meruntun jiwa terutamanya kes 1.  Mungkin sbb yang terlibat adalah kawan sekelas ir.fan, aku jadik terlebih emosional pulak.

Aku x tau sangat cerita dari pihak yang cedera. Kawan ir.fan ni adalah pihak yang mencederakan.  Kalau ikutkan cerita, ia lbh kepada gurauan sesama kawan.  Terlebih sangat gurauan, jadik la kecederaan sehingga patah gigi.

Parents kpd anak yang cedera ni pula mengklasifikasikan ia sebagai kes buli. Maka laporan polis telah dibuat.  This is the saddest part.  Mengalir juga air mata aku bila dgr cerita ir.fan.  Seorang anak kecil berusia 10 tahun berhadapan dengan polis?  Polis dtg sekolah, kena panggil, kena siasat...x dpt aku bayangkan.

Kalau aku jadi ibu pada yang cedera, mmg confirmed aku marah kaw2.  Ye la...anak dara aku patah gigi kot.  Aku mengharapkan agar sekiranya situasi ini berlaku pada aku (mohon padamu Ya Allah agar dijauhkan), aku diberikan kesabaran yang tinggi dan pemikiran yang waras & jangan ikut amarah agar tidak melakukan sesuatu yg kurang wajar.  

Siasat dahulu dgn pihak sekolah perkara sebenar sebelum mengambil tindakan.  Jangan sampai tindakan kita bkn menyedarkan tetapi meninggalkan kesan trauma kepada anak yang masih kecil.  Letaklah diri kita di tempat anak tersebut.  Kedua-duanya...yg cedera & mencederakan. Pasti kita boleh memikirkan rasionalnya.  Melaporkan pada pihak polis, dalam konteks ini melibatkan kanak-kanak sekolah rendah, mungkin resolusi terakhir. Sebagai ibu yang tidak berada dalam situasi ini, aku x menyalahkan mana-mana pihak. Masing-masing ada hak.  Terpulang.  Mungkin juga jika aku berada di situasi itu aku akan bertindak yang sama.


Doa padamu Ya Allah agar anak-anakku sentiasa dalam lindunganmu Ya Allah.
Jauhkan lah mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak Engkau redhai...amin


*sedih...*

 

No comments: