Tuesday, September 15, 2015

Ujian Allah



turn in.syirah pulak tak sihat huhu...


10hb hari tu patutnya pegi injection 6 bulan.
(hehe...nak dekat masuk 7 bulan baru nak inject 6 bulan.  bagus sangat mak ko...)
masa nak amik kat taska tu, badan dia dedar la pulak.


bila jumpa nurse tu, saje la aku suh check temp.  in case...
dah nurse x bagi pulak cucuk sebab demam 37.5 huhu...
nurse suh jumpa doc.
& dapat la ubat demam.


dah aku kesian pulak nak hantar in.syirah ke taska semula.
balik rumah, susukan dia, bagi tido...baru aku ke ofis smula.
seb baik mr abah keja shif malam minggu lepas.
boleh la dia tengokkan in.syirah sementara aku g ofis jap.


3 hari jugak in.syirah x sihat.
on the 3rd day tu boleh pulak keluar ruam2 kat kaki & muka.
tapi badan x de pulak ruam2.
hmmmm...aku sapu2 je ngan calamine.
& on the 6th day, ruam2 pon makin beransur kurang, alhamdulillah.







tapi, on the 6th day ni pulak sekolah tutup due to jerebu huhuhu...
kelam kabut jugak la nak menghantar pulak budak2 ni ke rumah ibu.


alhamdulillah...at 11am, ipu dah turun ke 170 instead of 205 malam tadi.
ni pon dah panas sikit aku tengok kat luar tu.
boleh la matahari memancar sikit.
kalau tengok semalam, memang macam kat obersea sangat.
kalau obersea tu ok ler jugak sebab sejuk.
ni membahang together with bau asap.
huhuhu...memang ujian Allah ke atas manusia yang x bersyukur dok bakar hutan.


insyaAllah...semoga udara makin sihat hari ni & seterusnya.


Friday, September 11, 2015

#4 : Asthma




info googled :

Early warning signs of an asthma attack may include:
  • Frequent cough, especially at night
  • Reduced peak flow meter readings
  • Losing your breath easily or shortness of breath
  • Feeling very tired or weak when exercising
  • Wheezing or coughing during or after exercise (exercise-induced asthma)
  • Feeling tired, easily upset, grouchy, or moody
  • Decreases or changes in lung function as measured on a peak flow meter
  • Signs of a cold or allergies (sneezingrunny nose, cough, nasal congestion, sore throat, and headache)
  • Trouble sleeping with nighttime asthma

is.yraf ni memang ada sejarah asthma sejak kecil.
tapi x teruk la.
sekali sekala je kena attack.
pernah sebelum ni refer dia ke pediatrician.
masa tu rasanya dia batuk yang x baik2 bersekali ngan selsema.
memang doc prescribed singulair kat is.yraf.
& katanya...everytime dia batuk memang perlu amik singulair ni.
kalau x, memang susah nak baik.


untuk kali ni, dah lama jugak is.yraf batuk.
kami x pegi pon ke pediatrician.
cuma pegi kat klinik biasa dekat ngan rumah je.
kena neb, pastu doc bagi ventolin.
sampai la ventolin abis, batuk x jugak baik2 huhuhu...


last 2 weeks, kami bawak la is.yraf ke klinik lain pulak.
memang nampak is.yraf macam semput jugak.
tapi dia still aktif macam biasa.
kebetulan waktu tu memang ramai orang kat klinik.
lama jugak kami tunggu giliran.
sampai is.yraf mengamuk2, muntah bagai (sabo je la mak kau nihhh syapp oiii...).
masuk je jumpa doc, terus kena warning apesal x potong queue?
eh...mana la aku tau.
memang ler anak aku semput, tapi x nampak plak kritikalnya sampai nak potong queue.
seriau plak aku doc warning gitu.


ok, terus je doc suh g emergency amik neb.
after neb, katanya memang x ok jugak.  masih wheezing.
dah kena injection plak.
x penah plak sebelum ni kena injection sebab asthma.
takut gak aku.
doc kata, kalau injection ni cepat sket tindak balas dia.  dah neb x jalan kan?
ok lah.  risau jugak aku asthma is.yraf ni teruk sangat plak kali nih.
abang ir.fan x membantu kot.  sebab malam2 asik ler nak berekon dalam bilik tu huhu...




is.yraf lepas kena cucuk sementara tunggu doc.
x nak berenggang ngan mr abah.



is.yraf ni sebenarnya x penah kena cucuk.
so reaksi dia masa kena cucuk tu, adoii haiii...
plak tu masa mula2 cucuk kat tangan kiri tu boleh plak salah cucuk smpi bengkak.
dah tukar tangan kanan pulak.
memang meraung la kan?
nak cucuk mula2 tu dia x tau pon nak kena cucuk.
relaks je la.
skali dah salah cucuk.  hmmmm...siap kena balut ngan kain, sampai 3 orang pegang dia, tetap kuat jugak dia meronta.


alhamdulillah...lepas cucuk, wheezing dah ok.
cuma tinggal selsema je.
bawak la bekal singulair, ventolin & antibiotics balik rumah.


& after 2 weeks, alhamdulillah...dah ok.
walaupun batuk ada lagi sikit2, tp banyak dah berkurang.
agak susah sket la nak control ekon sebab abang ir.fan tu malam2 pon nak berekon bagai huhuhu...


Thursday, September 10, 2015

Jalan-Jalan Janda Baik Part III



sebenarnya nak citer pasal tempat kami bermalam masa kat janda baik hari tu.
suggested by mak lang.
tempat ni namanya teratak malaya.
nak kata aku berpuas hati sepenuhnya, tidak la jugak.
tapi not bad la tempat nih.






mak lang booking 1 chalet besar & 2 chalet berkembar kecik.
chalet yang besar ni memang betul2 paling depan.
chalet paling best rasanya sebab kalau duduk kat pangkin bawah chalet ni, betul-betul mengadap sungai.
sebab aku tengok orang yang dok chalet belakang2 tu pon, semua terjun kat sungai depan ni jugak.



camni la rupa sahsiah chalet besar ni.
leceh sket la sebab kena naik tangga hehe...


aku ngan family dekna dapat sorang 1 bilik chelet kecik.





ada 1 katil queen & 1 katil single.
ok je sebab ir.fan & fa.rah tido kat chalet besar.
kalau dok sini gak, memang bersempit2 la tido sebab x de ruang.


x de ekon tapi ada kipas.
ok je sebab malam2 memang sejuk giler kat sini.
nyamuk pon banyak.  dah dok dalam hutan kan?  harus lerrr...
semut pon banyak gak huhuhu...
dalam gobok tu ada sejadah.  aku angkat je sejadah tu, ada semut buat sarang bawah tu.
memang banyak giler.  tekojut mak kauu...
seb baik aku standby bawak sejadah sendiri.
letak balik sejadah tu elok2.  ok semut...ko boleh bersarang dalam tu. aku x kacau hihi...


tv tu memang ada.  tapi 1 siaran pon x dapek.
memang masuk bilik, tido je la jawabnya.
kalau nak tengok tv, chalet besar tu dia bagi dekoder astro.
tu yang budak2 suka sangat melepak kat sana.  boleh tengok tv.






bukak2 pintu belakang chalet kecik tu, ada pangkin & boleh terjun terus ke tasik nih haha...
memang aku tutup je la pintu tu kalau is.yraf ada kat bilik.
takut tetiba dia terjun je dalam tasik tu.
dah ler is.yraf tu tau mama dia penakut, makin dia saje2 plak dok berdiri tepi2 tu.
boleh memancing kat tasik nih.
banyak jugak ikan aku tengok.


overall rating
so so la tempat nih.
selalunya orang buat team building kat sini.
dia memang ada sediakan dewan makan & kalau kita mintak pakej makan pon dia boleh sediakan.
cuma kami hari tu masak sendiri.
aku tengok ada geng motor ni siap tempah makan.
memang dia betul2 sediakan meja makan, siap hidang buffet style.
not bad la.



Wednesday, September 9, 2015

#5 : Kenduri Aqiqah



lama dah kenduri ni - bulan april lepas.
masa aku masih bercuti & in.syirah pon baru berusia 2 bulan.

memang dah lama plan nak buat kenduri kat rumah sendiri.
tp x penah kesampaian.
takut pon ada jugak.
ye lah kan...bukannya senang nak buat kenduri nih.
macam2 kena pikir.


aqiqah sebelum2 nih...
untuk ir.fan, fa.rah & iz.ryn...buat kat kampung je.
untuk ir.fan, buat kat johor.
x de kenduri pon.  just masak kambing & edar kat jiran2.
untuk fa.rah & iz.ryn, dua2 buat kat rompin.
buat kenduri kat rumah mak tok.


is.yraf pulak, mr abah join aqiqah kat tempat keja dia.
memang menjamu kawan2 tempat keja dia je.
& last sekali, in.syirah ni la yang kami dapat buat kat rumah sendiri.
sempoi je kenduri sebab memang niat nak menjamu tetamu je.
x de buat majlis berendoi bagai pon.
cukur rambut dah buat dah masa dalam pantang.
cuma ada la bacaan doa selamat oleh kariah surau pagi tu sebelum mula jamuan.


the challenging part...nak buat list sape yang nak dijemput.
mr abah punya list panjang berjela.
payah jugak nak menapisnya hehe...
pastu nak pikir menu pulak.  menu memang 100% aku la.
aku ni dok pikir kalau order banyak, kang x abis pulak.  pembaziran di situ.
mr abah pulak dok pikir takut x cukup huhu...
dilema orang nak buat kenduri camni la.



pegi kandang kambing untuk pemilihan kambing.
atok mak suggest suh pilih kambing biri-biri.
owner ni memang ada buat servis masak sekali untuk kenduri.


sehari sebelum majlis - pasang khemah.
saja buat khemah dalam kawasan porch tu takut hujan ke apa.
rupanya ada gap pulak antara porch ngan khemah tu.
alhamdulillah...panas terik masa hari kejadian tu.  petang dah abis majlis baru ujan
.




the princess of the day.
alhamdulillah...in.syirah x banyak meragam.


the spread...
towards the end tu, makanan x cukup huhuhu...
mr abah mintak tolong bang chik g tapaukan ayam goreng & nasi.
adik2 ipar yang lain buat telur dadar hehe...masak jugak nasik in case x cukup.
kelam kabut jugak tuan rumah makanan x cukup.
air dalam tong tu berapa kali jugak ulang buat.



the crowd...


alhamdulillah...majlis berjalan lancar walaupun last2 tu kelam kabut jugak bila makanan x cukup.
terima kasih semua yang sudi datang ke majlis kami yang x seberapa & terima kasih juga untuk semua hadiah & sumbangan tunai untuk in.syirah.
tqvm to atok, atok mak & ucu yang sudi datang & sudi tolong mana yang patut.
KR Clan pon semua turun (kecuali adik madi).  tqvm sebab sudi bantu dalam situasi kelam kabut tu haha...
tq2 to all sedara mara, jiran2 selorong, kawan2 tempat keja aku & mr abah, geng warikh, geng skypochi & semua sekali kawan2 lama yang sudi melapangkan masa untuk datang.


insyaAllah kalau ada rezeki di lain masa boleh la kami jemput lagi.
minta maaf atas kekurangan.
budak baru belajar nak buat kenduri kan?  camni ler jadiknya huhuhu...
boleh amik pengajaran untuk kenduri kali pertama ni untuk yang akan datang.




Tuesday, September 8, 2015

Jalan-Jalan Cameron Highlands 2015



bukan jalan-jalan sangat sebenarnya pon.
aku ada bengkel research kat sini from 14-16 ogos 2015.

this time around memang x round sangat pon CH nih.
sebab masa trip 2014 dulu rasanya habis dah semua tempat kami masuk.
lagipon ada bengkel kan? masa pon x banyak.

kami sampai CH almost kul 1pm kot.
tapi sebab hari jumaat, so carik la dulu masjid kat tepi2 jalan tu & after solat terus g carik tempat for lunch.
masa pegi CH tahun lepas, ada ucu bawak g makan kat 1 kedai makanan melayu nih.
bila lalu situ macam familiar, kami pon singgah je la makan kat situ.
lauk2 pon boleh tahan banyak gak pilihan, boleh la.


lepas lunch, terus kami checkin kat century pines resort hotel.
not bad la hotel nih.
mr abah suka sebab katanya selesa.
tapi x boleh nak bukak sliding door sangat sebab menderu2 lalat masuk hehe...
plak tu blower angin segar from luar kat bilik kami rosak pulak.
maintenance guy tu bagi kami kipas meja je hehe...
ok jugak la sebab memang sejuk.  kalau malam, x pasang kipas pon x pe.
aku suka housekeeping hotel nih.  x sampai 5 minit lepas call, terus datang check.


petang tu, kami keluar jap ke big red.
aku minat scones kat sini, so harus lah singgah makan.
hujan pulak petang tu.
sanggup mak ko payungkan si kecik semata2 nak makan haha...







lepas ke big red, kami terus ke pasar malam brinchang untuk tapau dinner.
masing2 macam dah kenyang.
tapau sikit je. mee goreng 2 bungkus, cendawan + brocoli celup tepung & strawberry coklat.
skali tu, balik bilik en asri bagi pulak nasi ayam mak dia masak.
erkkk...over kenyang malam tu.


malam tu dah start dah bengkel.
pukul 8.30pm - 11pm jugak kami diskas malam tu.
balik bilik, lampu dah malap & semua dah tido.


alhamdulillah, bengkel kali ni breakfast semua cover.
syok la budak2 tu makan breakfast.
buffet kan? memang makan x ingat la.
pastu ada pulak telur separuh masak favourite the kids.  ulang alik masing2.


bengkel mama pagi tu full sampai ke petang dalam kul 5pm camtu.
lunch je break kejap.
makan la kami kat area2 tanah rata tu je.  gerai tepi2 jalan.


petang tu, lepas abis bengkel, budak2 request nak aiskrim strawberry.
sebab dah petang, aku ajak gi round2 kat taman sedia je.
carik la aiskrim kat area2 situ sure ada punya.
hamikkk...sorang dua bekas aiskrim yg 2hinggit tu hehe...






pas makan eskem, terus singgah dinner kat deretan kedai sebelum sampai hotel.
settle semua, malam boleh tido awal.


next morning tu, kami siap2 terus & g breakfast dalam kul 8+ camtu.
by 9+ dah checkout & terus heading ke mardi.



amik gambar banyak2 sementera tunggu mr abah amik kereta


masa pegi tahun lepas, teh2 berperisa kat sini lagi murah daripada beli kat ladang teh.
(tapi aku terperasan kat pasar kea farm tu lagi murah huhu...)
aku borong la beberapa kotak.
beli jugak strawberry kering untuk office mates.



happy faces kat mardi


after round2 mardi, kami terus ke kea farm pulak.
ni memang otw balik.
plan asal memang x nak bawak balik strawberry basah.
takut x tahan panas dalam kereta.
tapi ada pulak kawan mr abah mintak tolong belikan.
beli la sikit.
beli sayur2 sikit, jagung, keledek madu & limau.
settle & kami terus balik.


singgah solat & lunch kat rnr tapah.
sampai rumah dalam kul 6pm+ jugak.
itu saje untuk percutian CH kali nih.
x berjalan sangat tapi budak2 happy je dapat dok hotel, dapat makan strawberry coklat & strawberry ice cream.  
mandi pool je x dapat sebab x de pool kat hotel nih.  
bak kata fa.rah...kalau ada pool, mesti air dia beku sebab sejuk.
huahuahua...ko ingat ni antartika ke nak oiiii!





Monday, September 7, 2015

Ulangtahun Ke 12




so today 7.9.2015 is our 12th wedding anniversary.  hoyeayyyy!!!


lama sangat dah rasanya x follow rutin biasa kami setiap kali anniversary.
cuti sehari & habiskan masa bersama2.  tengok wayang, jalan2, makan2.
sama jugak la tahun nih huhuhu...
kesian kat mr abah sebab minggu ni dia keja shif malam.
malam tadi dah keja takkan pulak aku nak suh jalan2 pulak siang ni kan?
ada karang macam zombi plak dia x tido.


supaya feel anniversary tu ada (hahaha...jangan x ada langsung pulak kan?),
jom ler kita lunchie sama2.
kalau suh aku cadang, definately la nasi arab.
tak pon kat kedai gulai omak den yang mr abah baru bagitau semalam (as suggested by his fren).
tapi, tetiba mr abah plak suggest pegi secret recipe.
wahhhh...very kebaratan rupanya dia hehe...
rasanya mr abah pikirkan aku tu.
sebab aku penah cakap dulu...macam best je kalau dapat makan kat sr hehe...







curry laksa for mr abah & seafood spegetti for yours truly.
sorry ek mr abah.
tersalah order hehehe...
mr abah mana minat spegetti.
pandai2 je aku order curry laksa huhuhu...
yang paling sedap skali...of course ler brownies with ice cream tu.
nyum2...


to mr abah...
happy 12th wedding anniversary!!
semoga hubungan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat.
walaupun kita sering tidak sependapat,
walaupun kita x seromantik pasangan2 lain,
namun diharapkan agar kasih sayang yang kita bina sejak LEBIH 12 tahun yang lalu akan tetap kekal & tumbuh subur selamanya...
(eh, kata x romantik kan? mana pulak datangnya ayat2 sebegini hehehe...)





Thursday, September 3, 2015

Jalan-Jalan Janda Baik 2015 Part II



ok. 2nd day pulak.
the best part keluarga mr abah nih sebab diaorang rajin nak masak2 kalau pegi bercuti2 camni.
tapi hamik la berhangkut segala macam periuk belanga beras minyak bagai hehe...
muat x muat kereta je la kena sumbat macam2.
kalau homestay yang boleh masak, ok lagi.
tapi tempat nih walaupun dia bagi permission kalau kita nak masak, tapi x de dapur & periuk ya kat sini.
sila la bawak kuali, dapur etc.


breakfast 2nd day nih diaorang masak nasi goreng.
pastu ada sukaneka.







1st game tu main musical chair.
hmmm...belum apa2 aku jadik orang pertama terkeluar.  semuanya salah mr abah hehe...
pastu 2nd game tu main baling2 belon air & pecahkan belon.
semua main ngelat.  siap ada plak group yang guna jarum keronsang untuk pecahkan belon group lawan.  group sape lah tuuuu hahaha...


3rd game tu boling padang guna kelapa kalau x silap.
aku x tengok pon sebab in.syirah dah mengamuk nak tido.


ada sesi bagi2 hadiah & amik2 gambar plak lps sukaneka.
semua family dapat hamper.
acah2 je pon sebab x de sape pemenang, & x de sape pengalah hehehe...







malam tu ada bbq lagi.
nampak x ada orang berlakon membakar2 tu hehehe...






ok...sebelum balik besoknya, sesi bergambar!!
budak2 aku x bagi mandi sungai dah pagi tu sebab semalam dah berendam lebih 3-4 jam jugak.
fa.rah & is.yraf pulak masing2 dah flat.
sorang pening & muntah malam tu, & sorang lagi pulak sepanjang malam dok muntah2 x tau kenapa.
lagipun, nak checkout awal sikit pagi tu.





last but not least, kami g minum2 plak sebelum masing2 bawa haluan ke rumah masing2.
bill is on mak tok.  tqvm mak tok!!
mak tok siap suh tapau lauk lagi.  x pe lah mak tok.
x tau lagi ada yang nak makan x lauk pauk tu nanti.
so better x yah la tapau hehe...






jumpa lagi next year KR Clan!!! insyaAllah


Wednesday, September 2, 2015

The Kids - #5



lama sangat rasanya x bercerita pasal my #5 nih.
in fact, rasanya memang kurang bercerita pasal dia.
anak dah 5 kan...memang gitu ler haha...


alhamdulillah...in.syirah dah berusia 6 bulan pada 17 ogos yang lepas.
4 bulan dah boleh menyiarap.
5 bulan dah boleh menyelar sikit2 tapi belum berapa laju lagi.
bontot pon dah angkat.
tapi dok tergoyang2 camtu je la.
at 6 months pon camtu jugak la.  dok goyang2 pastu tergolek hehe...


a very happy-go-lucky baby.
kalau setakat orang cubit2 pipi, is.yraf dok genggam2 tangan kuat2...kira no hal lah pada dia.  sengeh je, x marah pon.


kalau baca buku nota harian taska, mesti ada je cikgu catitkan...suka kacau kawan sebelah tido hehe...
sebabnya dia memang x berapa nak tido siang.
malam pulak, as early as 8.30pm to 9pm selalunya memang dia dah tido.
tensen agaknya cikgu sebab dia susah nak tido.
sama macam mama yang x dapat nak siapkan keja rumah masa wiken sebab kena layan dia haha...(tapi mama suka je, alasan mama skip buat keja pastu meroyan keja x siap)
malam pulak, bila dia tido mamapon rasa nak lelap sama.
camno tu?  nasib ko la mama oiiii...














Tuesday, September 1, 2015

Jalan-Jalan Janda Baik 2015 - Part I



kalau tahun lepas, kami dah ke cherating,
tahun ni Kuala Rompin (KR) Clan pilih Janda Baik pulak untuk lokasi family gathering.
awal jugak plannya hari tu.  rasanya, sebelum puasa lagi kami dah booking tempat nih.
all suggested by mak lang aka caq sebab dia penah buat team building kat sini.


untuk kali ni, semua pakat nak stay untuk 3 hari 2 malam.
ambil iktibar dari gathering tahun lepas.
x puas sebab kejap sangat.
sebab plan awal, memang saje pilih date dari 29 sampai 31 ogos 2015.
so x de la nak kena amik extra cuti kecuali kalau saje nak rehat2.
aku x cuti la sebab perjalanan x berapa nak jauh sangat.  x la penat sangat.
cuma merasa la malam tadi bertungkus lumus iron baju sekolah.
half way je iron sebab dah x larat.
yang penting, baju untuk hari ni dah siap iron hehehe...


untuk hari sabtu tu, masing-masing potluck je lauk2 for lunch.
jumaat tu, walaupun aku cuti tapi macam2 benda nak settle.
sudahnya siang dah penat, malam aku tido awal.
terpaksa la bangun kul 5 pagi sebab beg satu hape pon x kemas.
pastu nak masak pulak untuk potluck tu.
seb baik sempoi.  ayam kicap & sup cendawan + tauhu telur je.
mr abah nak bertolak awal sebab x nak jem.
dalam kul 930 pagi camtu kami dah bertolak.
jem jugak la especially lepas tol sungai besi tu sebab ada road block polis.


sampai kat genting sempah dalam pukul 1145 pagi.
tengok2 yang lain x sampai pon lagi.
yang bawak periuk nasik pulak, keluar rumah pon belum huhuhu...
tggu jugak la dalam sejam lebih kat rnr genting sempah tu.
tggu dikna sampai & konvoi sekali.
lapar punya pasal terpaksa tapau nasik.  takkan nak tggu pembawa periuk pulak kan?
makan la kari ayam kampung by dikna & ayam kicap + sup cendawan by your truly.







lepas makan, budak2 dah sebok nak terjun sungai.
sungai betul2 depan mata sebab chalet kami memang yang paling depan & sungai mengalir kat sebelah je hah.


bagi chan la depa terjun sungai.
in.syirah pon baik je dok ngan mak tok.
sorry ye syirah.  mama malas nak terjun sungai.
so x dapek la syirah nak berendam hehe...







bawah chalet kami tu memang ada pangkin.
lepak situ sambil tengok budak2 mandi sungai memang seronok.
petang tu, buat bbq sikit, goreng sayur & masak nasi putih.
rajin pulak qis & ir.fan nyalakan api & jaga ayam.


mak tok rajin betul nak jaga in.syirah.
minah tecik tu kan, boleh je ngan sape2.  so no hal la kalau nak pass kat sesape sementara mama makan or buat keja lain.






hampeh betul suruh mr abah snap kan gambar yang ada tulisan teratak malaya at the back.
main snap suka2 hati dia je.  grrrrrr!!!






nanti aku sambung lagi pasal gathering nih ya.
& oso pasal tempat ni - teratak malaya @ janda baik!