Wednesday, September 9, 2015

#5 : Kenduri Aqiqah



lama dah kenduri ni - bulan april lepas.
masa aku masih bercuti & in.syirah pon baru berusia 2 bulan.

memang dah lama plan nak buat kenduri kat rumah sendiri.
tp x penah kesampaian.
takut pon ada jugak.
ye lah kan...bukannya senang nak buat kenduri nih.
macam2 kena pikir.


aqiqah sebelum2 nih...
untuk ir.fan, fa.rah & iz.ryn...buat kat kampung je.
untuk ir.fan, buat kat johor.
x de kenduri pon.  just masak kambing & edar kat jiran2.
untuk fa.rah & iz.ryn, dua2 buat kat rompin.
buat kenduri kat rumah mak tok.


is.yraf pulak, mr abah join aqiqah kat tempat keja dia.
memang menjamu kawan2 tempat keja dia je.
& last sekali, in.syirah ni la yang kami dapat buat kat rumah sendiri.
sempoi je kenduri sebab memang niat nak menjamu tetamu je.
x de buat majlis berendoi bagai pon.
cukur rambut dah buat dah masa dalam pantang.
cuma ada la bacaan doa selamat oleh kariah surau pagi tu sebelum mula jamuan.


the challenging part...nak buat list sape yang nak dijemput.
mr abah punya list panjang berjela.
payah jugak nak menapisnya hehe...
pastu nak pikir menu pulak.  menu memang 100% aku la.
aku ni dok pikir kalau order banyak, kang x abis pulak.  pembaziran di situ.
mr abah pulak dok pikir takut x cukup huhu...
dilema orang nak buat kenduri camni la.



pegi kandang kambing untuk pemilihan kambing.
atok mak suggest suh pilih kambing biri-biri.
owner ni memang ada buat servis masak sekali untuk kenduri.


sehari sebelum majlis - pasang khemah.
saja buat khemah dalam kawasan porch tu takut hujan ke apa.
rupanya ada gap pulak antara porch ngan khemah tu.
alhamdulillah...panas terik masa hari kejadian tu.  petang dah abis majlis baru ujan
.




the princess of the day.
alhamdulillah...in.syirah x banyak meragam.


the spread...
towards the end tu, makanan x cukup huhuhu...
mr abah mintak tolong bang chik g tapaukan ayam goreng & nasi.
adik2 ipar yang lain buat telur dadar hehe...masak jugak nasik in case x cukup.
kelam kabut jugak tuan rumah makanan x cukup.
air dalam tong tu berapa kali jugak ulang buat.



the crowd...


alhamdulillah...majlis berjalan lancar walaupun last2 tu kelam kabut jugak bila makanan x cukup.
terima kasih semua yang sudi datang ke majlis kami yang x seberapa & terima kasih juga untuk semua hadiah & sumbangan tunai untuk in.syirah.
tqvm to atok, atok mak & ucu yang sudi datang & sudi tolong mana yang patut.
KR Clan pon semua turun (kecuali adik madi).  tqvm sebab sudi bantu dalam situasi kelam kabut tu haha...
tq2 to all sedara mara, jiran2 selorong, kawan2 tempat keja aku & mr abah, geng warikh, geng skypochi & semua sekali kawan2 lama yang sudi melapangkan masa untuk datang.


insyaAllah kalau ada rezeki di lain masa boleh la kami jemput lagi.
minta maaf atas kekurangan.
budak baru belajar nak buat kenduri kan?  camni ler jadiknya huhuhu...
boleh amik pengajaran untuk kenduri kali pertama ni untuk yang akan datang.




No comments: