Tuesday, September 8, 2015

Jalan-Jalan Cameron Highlands 2015



bukan jalan-jalan sangat sebenarnya pon.
aku ada bengkel research kat sini from 14-16 ogos 2015.

this time around memang x round sangat pon CH nih.
sebab masa trip 2014 dulu rasanya habis dah semua tempat kami masuk.
lagipon ada bengkel kan? masa pon x banyak.

kami sampai CH almost kul 1pm kot.
tapi sebab hari jumaat, so carik la dulu masjid kat tepi2 jalan tu & after solat terus g carik tempat for lunch.
masa pegi CH tahun lepas, ada ucu bawak g makan kat 1 kedai makanan melayu nih.
bila lalu situ macam familiar, kami pon singgah je la makan kat situ.
lauk2 pon boleh tahan banyak gak pilihan, boleh la.


lepas lunch, terus kami checkin kat century pines resort hotel.
not bad la hotel nih.
mr abah suka sebab katanya selesa.
tapi x boleh nak bukak sliding door sangat sebab menderu2 lalat masuk hehe...
plak tu blower angin segar from luar kat bilik kami rosak pulak.
maintenance guy tu bagi kami kipas meja je hehe...
ok jugak la sebab memang sejuk.  kalau malam, x pasang kipas pon x pe.
aku suka housekeeping hotel nih.  x sampai 5 minit lepas call, terus datang check.


petang tu, kami keluar jap ke big red.
aku minat scones kat sini, so harus lah singgah makan.
hujan pulak petang tu.
sanggup mak ko payungkan si kecik semata2 nak makan haha...







lepas ke big red, kami terus ke pasar malam brinchang untuk tapau dinner.
masing2 macam dah kenyang.
tapau sikit je. mee goreng 2 bungkus, cendawan + brocoli celup tepung & strawberry coklat.
skali tu, balik bilik en asri bagi pulak nasi ayam mak dia masak.
erkkk...over kenyang malam tu.


malam tu dah start dah bengkel.
pukul 8.30pm - 11pm jugak kami diskas malam tu.
balik bilik, lampu dah malap & semua dah tido.


alhamdulillah, bengkel kali ni breakfast semua cover.
syok la budak2 tu makan breakfast.
buffet kan? memang makan x ingat la.
pastu ada pulak telur separuh masak favourite the kids.  ulang alik masing2.


bengkel mama pagi tu full sampai ke petang dalam kul 5pm camtu.
lunch je break kejap.
makan la kami kat area2 tanah rata tu je.  gerai tepi2 jalan.


petang tu, lepas abis bengkel, budak2 request nak aiskrim strawberry.
sebab dah petang, aku ajak gi round2 kat taman sedia je.
carik la aiskrim kat area2 situ sure ada punya.
hamikkk...sorang dua bekas aiskrim yg 2hinggit tu hehe...






pas makan eskem, terus singgah dinner kat deretan kedai sebelum sampai hotel.
settle semua, malam boleh tido awal.


next morning tu, kami siap2 terus & g breakfast dalam kul 8+ camtu.
by 9+ dah checkout & terus heading ke mardi.



amik gambar banyak2 sementera tunggu mr abah amik kereta


masa pegi tahun lepas, teh2 berperisa kat sini lagi murah daripada beli kat ladang teh.
(tapi aku terperasan kat pasar kea farm tu lagi murah huhu...)
aku borong la beberapa kotak.
beli jugak strawberry kering untuk office mates.



happy faces kat mardi


after round2 mardi, kami terus ke kea farm pulak.
ni memang otw balik.
plan asal memang x nak bawak balik strawberry basah.
takut x tahan panas dalam kereta.
tapi ada pulak kawan mr abah mintak tolong belikan.
beli la sikit.
beli sayur2 sikit, jagung, keledek madu & limau.
settle & kami terus balik.


singgah solat & lunch kat rnr tapah.
sampai rumah dalam kul 6pm+ jugak.
itu saje untuk percutian CH kali nih.
x berjalan sangat tapi budak2 happy je dapat dok hotel, dapat makan strawberry coklat & strawberry ice cream.  
mandi pool je x dapat sebab x de pool kat hotel nih.  
bak kata fa.rah...kalau ada pool, mesti air dia beku sebab sejuk.
huahuahua...ko ingat ni antartika ke nak oiiii!





No comments: