Thursday, September 10, 2015

Jalan-Jalan Janda Baik Part III



sebenarnya nak citer pasal tempat kami bermalam masa kat janda baik hari tu.
suggested by mak lang.
tempat ni namanya teratak malaya.
nak kata aku berpuas hati sepenuhnya, tidak la jugak.
tapi not bad la tempat nih.






mak lang booking 1 chalet besar & 2 chalet berkembar kecik.
chalet yang besar ni memang betul2 paling depan.
chalet paling best rasanya sebab kalau duduk kat pangkin bawah chalet ni, betul-betul mengadap sungai.
sebab aku tengok orang yang dok chalet belakang2 tu pon, semua terjun kat sungai depan ni jugak.



camni la rupa sahsiah chalet besar ni.
leceh sket la sebab kena naik tangga hehe...


aku ngan family dekna dapat sorang 1 bilik chelet kecik.





ada 1 katil queen & 1 katil single.
ok je sebab ir.fan & fa.rah tido kat chalet besar.
kalau dok sini gak, memang bersempit2 la tido sebab x de ruang.


x de ekon tapi ada kipas.
ok je sebab malam2 memang sejuk giler kat sini.
nyamuk pon banyak.  dah dok dalam hutan kan?  harus lerrr...
semut pon banyak gak huhuhu...
dalam gobok tu ada sejadah.  aku angkat je sejadah tu, ada semut buat sarang bawah tu.
memang banyak giler.  tekojut mak kauu...
seb baik aku standby bawak sejadah sendiri.
letak balik sejadah tu elok2.  ok semut...ko boleh bersarang dalam tu. aku x kacau hihi...


tv tu memang ada.  tapi 1 siaran pon x dapek.
memang masuk bilik, tido je la jawabnya.
kalau nak tengok tv, chalet besar tu dia bagi dekoder astro.
tu yang budak2 suka sangat melepak kat sana.  boleh tengok tv.






bukak2 pintu belakang chalet kecik tu, ada pangkin & boleh terjun terus ke tasik nih haha...
memang aku tutup je la pintu tu kalau is.yraf ada kat bilik.
takut tetiba dia terjun je dalam tasik tu.
dah ler is.yraf tu tau mama dia penakut, makin dia saje2 plak dok berdiri tepi2 tu.
boleh memancing kat tasik nih.
banyak jugak ikan aku tengok.


overall rating
so so la tempat nih.
selalunya orang buat team building kat sini.
dia memang ada sediakan dewan makan & kalau kita mintak pakej makan pon dia boleh sediakan.
cuma kami hari tu masak sendiri.
aku tengok ada geng motor ni siap tempah makan.
memang dia betul2 sediakan meja makan, siap hidang buffet style.
not bad la.



No comments: